CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Malaysiakini Terima Notis Saman

16-5-2014 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5972| Komen: 24

Description: Selain Menyediakan Akujanji Akan Lebih Berhati-Hati Untuk Menerbitkan Semula Komen Pengguna Secara Amnya Serta Membayar Ganti Rugi Serta Kos Perbelanjaan Dalam Perkara Ini.





Satu notis tuntutan saman dihantar kepada kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini, di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Peguambela dan Peguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Ia berkiatan penerbitan artikel yang bertajuk A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu.

Peguambela Raihanah Ariffin, notis tuntutan saman tersebut telah dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini yang bertempat di Jalan Bangsar Utama petang Khamis.

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014 baru-baru ini.

“Biarpun pada awalnya wakil daripada portal berita tersebut berkeras tidak mahu menerima notis tersebut, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” jelasnya dipetik dari umno-online.

Kata Raihanah, notis tuntutan itu menuntut portal tersebut untuk membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akanmengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.

“Segala tuntutan yang dibuat oleh anakguam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut terhadap Malaysiakini,” jelasnya.

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar selain Ketua Pengrang Kumpulan, Steven Gan kerana telah membenarkan artikel tersebut diterbitkan.

3

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lkick2113 16-5-2014 04:38 PM
tak pitnah la kalau itu way of life depa
Quote Leonarzi 16-5-2014 04:40 PM
Fitnah demi kuasa politik...saman je...kasi ajar skit
Quote akughi 16-5-2014 04:53 PM
Leonarzi posted on 16-5-2014 04:40 PM
Fitnah demi kuasa politik...saman je...kasi ajar skit

skrg ni macai PR percaye abis yg najib dah bayo mat said jota2

ni la kuase fitnah pemimpin PR......PAS sbg penyumbang idea....

pas penyumbang kpd agenda fitnah dan pas jugak menfitnah mat said serta najib.....

pas dan fitnah berpisah tiada
Quote an2toncit 16-5-2014 04:55 PM
paste la english version ada tulis ni

As a background for discussion - The legal position in Malaysia is that government bodies cannot sue for defamation in relation to political criticism. A prime minister cannot sue for defamation in the capacity of a prime minister. But if Najib sues in his personal capacity, he will need to prove that the comments are not political criticism, but of another nature (almost impossible task for Najib).
Quote bidacool 16-5-2014 04:56 PM
tak tau apa2 diam2 je... nak syak wasangka boleh tp pun sama, simpan sendiri2 je.....
Quote scorpionkiki 16-5-2014 04:56 PM
Kasi mcm Singapore...kalau fitnah tp Tak pernah ambik tindakan tu Kira mcm betol LA ayat yg tukang cerita kata.
Quote Knights 16-5-2014 05:07 PM
Malaysiakini adalah media yang penuh dengan berita berita fitnah
Quote sepiITUindah 16-5-2014 05:13 PM
malaysiakini siarkan berita dia org kena saman
pesal utusan setiap kali kena saman tak disiarkan
Quote ultra78 16-5-2014 05:13 PM
Kalau bagi komen sarcasm kena saman juga kah?

sekadar ingin tahu
Quote Knights 16-5-2014 05:18 PM
Pemimpin pas dari presiden , timb presiden, setiausaha agung semua kalah saman fitnah
Quote highcastle 16-5-2014 05:22 PM
Korang boleh baca kat FB malaysiakini...

http://www.malaysiakini.com/news/262960
Quote Knights 16-5-2014 05:33 PM
Saman malaysiakini

Kalau boleh biar duit derma bata itu digunakan utuk bayar saman

Media yang penuh dengan fitnah ini mesti disaman
Quote highcastle 16-5-2014 05:36 PM
Nasib baik aku baca Utusan, Berita Harian, tonton Tv1 & TV3.. Kebenaran semua ada di sini..................
Quote totokreturn 16-5-2014 05:46 PM
Umno dan duit tak dapat dipisahkan... bila duit dah kering, perah hidup rakyat dengan memacam kenaikan harga barang.... semoga Allah melaknat umno hingga tersembam..
Quote kecimpret 16-5-2014 05:53 PM
“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014 baru-baru ini.

Najib butt hurt dgn komen pembaca malaysiakini???




leh tau plak malaysiakini berniat jahat or baik yer..niat pembaca yg tulis komen tau tak?
Last edited by kecimpret on 16-5-2014 05:54 PM

Quote kecimpret 16-5-2014 05:54 PM
totokreturn posted on 16-5-2014 05:46 PM
Umno dan duit tak dapat dipisahkan... bila duit dah kering, perah hidup rakyat dengan memacam kenaik ...

punyalaa desperet nak duit smp komen pembaca pun leh jd modal utk saman
Quote sup@rm@n 16-5-2014 05:56 PM
Hidup malaysiakini. Hidup mca.
Quote kambeng_masam 16-5-2014 06:32 PM
hishh...korang ni rakyat marhein..susah sangat ke nak ikut tatatertib macam N.Korea hah?
Quote totokreturn 16-5-2014 06:45 PM
kecimpret posted on 16-5-2014 05:54 PM
punyalaa desperet nak duit smp komen pembaca pun leh jd modal utk saman

Umno bn kan bodoh, dia tak baca kat bawah tuh malaysiakini tulsi tak bertanggungjawab sebarang cadangan atau komen... kah..kah..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.325614 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top