CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saman Jika Tumpahan Konkrit Di Jalan Raya

12-3-2014 10:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7557| Komen: 13

Description: “Pada Masa Sama Kami Mengambil Langkah Penguatkuasaan Apabila Dbkl Berbincang Mengenai Undang-Undang Untuk Menahan Lebih Lama Lori Yang Membuat Kesalahan Berkenaan Selain Mengenakan Saman.


Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas kepada syarikat pengeluar konkrit sekiranya lori milik mereka membuat tumpahan bahan berkenaan di atas jalan raya termasuk menahannya lebih 48 jam serta berdepan undang-undang mahkamah.

Ini kerana, DBKL mengeluarkan kos yang tinggi sekitar RM6,000 setiap kali membersihkan jalan disebabkan tumpahan konkrit itu.

Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihak DBKL memandang serius kesalahan ini memandangkan simen atau konkrit yang bertaburan bukan saja mengotorkan jalan raya malah membahayakan keselamatan pengguna.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya mengambil langkah membeli dua jentera yang mampu membersihkan dan menurap jalan raya yang rosak dengan cepat sekiranya berlaku tumpahan konkrit atau simen di atas jalan.

“Pada masa sama kami mengambil langkah penguatkuasaan apabila DBKL berbincang mengenai undang-undang untuk menahan lebih lama lori yang membuat kesalahan berkenaan selain mengenakan saman. 

“Sekiranya lori ini ditahan lebih masa, ia memberi kerugian kepada syarikat pengeluar konkrit atau simen memandangkan bahan berkenaan keras di bahagian corong pengeluarannya,” katanya selepas merasmikan kilang konkrit siap diguna berkelompok mesra alam milik Lafarge Bhd di sini, semalam.

Ahmad Phesal berkata, DBKL juga pernah bercadang tidak membenarkan kilang konkrit dan simen beroperasi di Kuala Lumpur berikutan isu menumpahkan bahan berkenaan semakin meningkat.

Katanya, pihaknya juga masih menimbangkan mengenai keperluan semua pihak sekiranya ia dilaksanakan termasuk melambatkan proses penghantaran bahan berkenaan di lokasi pembinaan.

8

Bagus
1

Marah

Terkejut
12

Sedih
17

Lawak

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakweneelofa 12-3-2014 07:16 AM
aaaaaaaah karut... ini smua marketing nk mintak suap...lol
Quote gaara_X 12-3-2014 08:52 AM
hehehehehee........bukan simen je..sampah pun leh tumpah....ahaks!!
Quote -electrifying- 12-3-2014 08:53 AM
ni semua rezeki. hihi
Quote MegiTomyam 12-3-2014 08:53 AM
hmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote nexusys 12-3-2014 08:59 AM
SAMAN skali JKR dengan Kontraktor tepek lobang kan jalan, tepek tarmac macam taik lembu jek.. sejembul atas jalan raya, tak rata, dan takde kualiti, membebankan kereta2 rakyat!

nak jadik tegas, tapi masih pondan.. !

NAK BAWAK KETE SBORT PUN TAK ENJOY TAUUU KAT KOTARAYA KUALA LUMPUR!
Quote ad_hoc79 12-3-2014 08:59 AM
kat singapore, lori rosak tepi jalan. Polis dtg suruh galihkan. x alih, masuk penjara.
kawan bapak aku lah tu, yg masuk penjara sementara tunggu bos dia datang.
kejadian dah lama ni, xtaw lah skrg camana kat sana
Quote kasibiman 12-3-2014 09:25 AM
Paling sial tumpah masa ujan. Esoknya melekat butiran halus ready mix seluruh kete.
Quote mikasa 12-3-2014 09:30 AM
pakweneelofa posted on 12-3-2014 07:16 AM
aaaaaaaah karut... ini smua marketing nk mintak suap...lol

Suap je ngan simen tu
Quote AdamBillionaire 12-3-2014 10:04 AM
urm..

bahaya kepada penunggan motorsikal..

kalau kereta langgar rosak bumper..

motor langgar blh bawa maut..
Quote duniaku85 12-3-2014 10:13 AM
undang2 kt malaysia tak ketat sgt..diorg bukan ronda pun..cer buat keje cekap sket..msti tak de yg terlepas
Quote Leonarzi 12-3-2014 10:43 AM
Korang ni dh gila... Serba serbi korang nak anti dgn tindakan authority... It makes sense la dgn tindakan dbkl tu... Kalau z loti simen sesuka hati bawak simen basah dan tumpahkan atas jln
Quote Lina66 12-3-2014 10:47 AM
ad_hoc79 posted on 12-3-2014 08:59 AM
kat singapore, lori rosak tepi jalan. Polis dtg suruh galihkan. x alih, masuk penjara.
kawan bapak  ...


construction area especially... lori simen seblom lori kuar dari site.. kene pastikan wheels seme bersih...

if ade tumpahan kat jalanraya and just buat vodo.... tunggu je la surat saman..
Quote nizam49 12-3-2014 11:59 AM
gus kena tegas skit..ni smpai keras kn jln bt bodo ja

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068786 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top