CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Hamil Berjaya Menang Saman Ke Atas Air Asia!

8-5-2014 10:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12167| Komen: 76

Description: Pada Ketika Itu, Suami Chew Memutuskan Bahawa Beliau Kekal Di Dalam Pesawat Untuk Pulang Ke Kuala Lumpur Tanpa Isteri Dan Anaknya Kerana Beliau Perlu Menghadiri Satu Majlis Resepsi Korporat Di Kuala L ...


AirAsia Diarahkan Bayar RM43,999 Kepada Penumpangnya Yang Diminta Turun Kerana Hamil   
            

PUTRAJAYA – Seorang suri rumah yang hamil diarah turun dari sebuah pesawat Airasia di Denpasar, Bali, Indonesia tiga tahun lalu kerana tidak mempunyai sijil perubatan menyatakan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan, mendapat award RM43,999 sebagai ganti rugi oleh Mahkamah Rayuan di sini Rabu.

Patricia Karen Chew Mei Yik, 44, dan suaminya Michael Januarius, 57, memenangi saman ke atas Airasia Berhad selepas tiga panel hakim membenarkan rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai saman itu.Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail memberikan award ganti rugi khas kepada pasangan itu sebanyak RM18,999 dan juga ganti rugi am berjumlah RM25,000.

Beliau juga memerintahkan AirAsia membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Dis, 2011, tarikh writ difailkan untuk penyelesaian penuh saman itu.Hakim Abdul Wahab yang mempengerusikan panel itu dengan Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim juga memerintahkan AirAsia membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada pasangan itu.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, Chew dan Januarius, seorang ahli perniagaan, berkata mereka membeli tiket penerbangan pergi balik ke Bali pada 2 Feb, 2011.Mereka berkata selepas menghabiskan percutian mereka di Bali bersama-sama dengan anak perempuan mereka ketika berumur empat tahun (kini 7 tahun), mereka menaiki pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 26 Feb, 2011.

Pasangan itu mendakwa sebelum pesawat itu berlepas, seorang pramugari bertanyakan sama ada Chew, yang ketika itu hamil 28 minggu, sama ada beliau mempunyai surat daripada doktor yang mengesahkan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan menggunakan pesawat.

Chew berkata beliau mendapat sijil daripada pakar sakit puan Datuk Dr Ang Chin Guan dari Sime Darby Specialist Centre Megah Sdn Bhd yang dikeluarkan pada 11 Feb, 2011. Bagaimanapun, beliau memberitahu pramugari terbabit sijil itu diserahkan kepada seorang pramugari yang namanya beliau tidak dapat diingat dalam pesawat pada 20 Feb, 2011 semasa bertolak dari Kuala Lumpur ke Denpasar. Chew mendakwa pramugari terbabit memberitahu beliau dalam nada suara marah bahawa semakan dalam sistem online tidak dapat mengesan sijil itu dan Chew dimaklumkan supaya mendapatkan sijil baharu daripada doktor.

Pada ketika itu, suami Chew memutuskan bahawa beliau kekal di dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur tanpa isteri dan anaknya kerana beliau perlu menghadiri satu majlis resepsi korporat di Kuala Lumpur.Bagaimanapun, pasangan itu mendakwa pramugari terbabit memberitahu mereka supaya pergi ke pintu depan untuk berbincang tetapi sebaik mereka berada di situ, seorang pengawal keselamatan mengarahkan mereka untuk turun dari pesawat dan kemudiannya menutup pintu pesawat.

Pasangan itu berkata mereka kehilangan bagasi tangan mengandungi sebuah kamera dan sebuah komputer riba yang ditinggalkan di dalam pesawat.Pasangan itu berkata mereka kecewa dan diaibkan dengan cara keadaan itu dikendalikan.Chew kemudiannya memperoleh sijil layak dari segi perubatan di lapangan terbang Denpasar yang membenarkan keseluruhan keluarga itu untuk menaiki pesawat lain ke Kuala Lumpur.

Dalam pembelaan mereka, AirAsia menafikan Chew dan keluarganya menerima layanan kasar sambil menambah petugasnya dilatih berdepan sebarang keadaan membabitkan penumpang dengan sabar, tenang, sopan dan secara profesional.Syarikat itu mendakwa petugas mereka dalam insiden itu hanya menjalankan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard dan peraturan yang dikuat kuasakan.Pada 29 Ogos, 2012, Mahkamah Tinggi di Shah Alam menolak saman mereka.

Chew dan Januarius diwakili peguam M Manoharan manakala AirAsia diwakili Zaini Mazlan dan Raja Nurul Iylia Raja Mohd Tajuddin.

13

Bagus
11

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BeeHaa 7-5-2014 07:32 PM
Cina mmg suka saman menyaman ape nak heran. Bank air line klinik kerajaan selagi boleh di saman.....jalan
Quote merrissa 7-5-2014 07:34 PM
yeaaa tahniah
Quote mommymonster82 7-5-2014 07:48 PM
Tahniah....
Quote tumpanglalu74 7-5-2014 07:51 PM
Kalo betol takpe la.  Asal jangan mahkamah tolol sudah.

Aku rase Cine ni pakai slekeh2.  Tu pasal guard tu halau.  Menyebok je nak bergeseng dengan pramugari2 tu kan?  Kalo gaye macam orang kaye mesti tak brani halau punye.

Lenkali cakap je "You can call my lawyer."   Ataupon rekod macam bini Mat Yo pehtu upload ke'dayus'an guard tu ke YouTube.
Last edited by tumpanglalu74 on 7-5-2014 08:26 PM

Quote Dewa19XKangen 7-5-2014 08:07 PM
main ngan orang tau jalan memang silap ang kena balik..
Quote ifanonline 7-5-2014 08:10 PM
padan muka company keling...
Quote mbhcsf 7-5-2014 08:11 PM
good


so everyone can fly

frills with thrills yet again

okay.
Quote alinone78 7-5-2014 08:20 PM
Pramugari pun kerek kot
Quote edee_91 7-5-2014 08:23 PM
BeeHaa posted on 7-5-2014 07:32 PM
Cina mmg suka saman menyaman ape nak heran. Bank air line klinik kerajaan selagi boleh di saman..... ...

cina saman syarikat yindia, melayu tepuk tangan.

Quote munchkin 7-5-2014 08:25 PM
Hmmm...apa apa jelah.
Quote siputsedut 7-5-2014 08:25 PM
Kwn aku 27 minggu ade aijil doktor pn x dibenarkan naik flight..pastu diw beli tix next flight..yg herannya boleh plak naik...
Quote poison_paradise 7-5-2014 08:34 PM
Lain Kali bg je IBU ngandung ni naik flight.. Pastu suh tanggung risiko sendiri. Mcm member aku ngandung 22 weeks.. Pastu nak fly ke China.. Balik je msia air ketuban die pecah.. Anak kembar mati teros. Ketuban pecah SB tekanan tinggi.. Jd tak bole saman sape2 sb sndri degil Last edited by poison_paradise on 7-5-2014 08:36 PM

Quote straycat 7-5-2014 08:42 PM
poison_paradise posted on 7-5-2014 08:34 PM
Lain Kali bg je IBU ngandung ni naik flight.. Pastu suh tanggung risiko sendiri. Mcm member aku ngan ...

Boleh saman lagi tu. Saman doktor yang bagi 'fit to travel' keh3x.
Quote xpdckelate 7-5-2014 09:05 PM
kerek sangat,biaq pi rasa la ang
Quote poison_paradise 7-5-2014 09:22 PM
straycat posted on 7-5-2014 08:42 PM
Boleh saman lagi tu. Saman doktor yang bagi 'fit to travel' keh3x.

Tak Dan nak saman.. Tgh meroyan skang. Psl member2 sblm ni da nasihat tak yah la travel jejauh tgh pregnant kembar .. Tp die eksaited Sgt
Quote Peterpan17 7-5-2014 09:54 PM
tumpanglalu74 posted on 7-5-2014 07:51 PM
Kalo betol takpe la.  Asal jangan mahkamah tolol sudah.

Aku rase Cine ni pakai slekeh2.  Tu pasa ...

Tpkan, betina tu pun bodoh gak. Biasa sjil atau surat penting begini, buat photocopy extra 2 atau 3 copy just incase. Nape dia tak buat camtu?? Kena ingatlah, flight dia 2 way bukan 1 way.
Quote clarizsa 7-5-2014 10:03 PM
okla ni kes yg ok utk fight n menang...

bkn cam kes apek yg gigih mkn nasi goreng pedas pastu nk saman plak...
Quote sup@rm@n 7-5-2014 10:04 PM
Kakitangan airasia ni majoritinya perangai cam haram
Quote siti_kus 7-5-2014 10:04 PM
Dah menang dh pn. Byk plk tu. Hehe.. Padan muka air asia lain kali staff jgn kerek.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.241952 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top