CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ajak Shiro Kejar Pencuri ?

9-6-2014 04:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16499| Komen: 51

Description: Lelaki India Yang Menyedari Dirinya Dikejar Meninggalkan Kenderaan Itu Di Tepi Jalan Di Kawasan Ladang Kelapa Sawit Sebelum Melarikan Diri.
PELAKON dan pelawak popular Ajak Shiro berjaya mematahkan tindakan seorang lelaki mencuri perkakas dapur dan rumah dari kediaman keluarganya di Jalan Denai Kecil, Taman Purnama, Kempas, Johor Bahru, kelmarin.

Sebahagian besar barangan yang dicuri itu merupakan perkakas memasak yang digunakan untuk majlis kenduri pertunangan adik Ajak Shiro sehari sebelum itu, lapor Kosmo!




Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 28, berada di rumah ketika insiden jam 9 pagi itu.

Dia kemudian bertindak mengejar lori yang membawa barang curi dari rumahnya itu.

Lelaki India yang menyedari dirinya dikejar meninggalkan kenderaan itu di tepi jalan di kawasan ladang kelapa sawit sebelum melarikan diri.

"Saya mengejar lori satu tan itu seorang diri sehingga memasuki kawasan ladang kelapa sawit.

"Di ladang kelapa sawit, suspek meninggalkan lori bersama muatan yang dicuri dari rumah keluarga saya," katanya kepada akhbar terbabit.

Ajak kemudian menghubungi rakannya, Jepp Sepah untuk membantunya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jepp 9-6-2014 01:00 PM
Jepp jugok yang dia call
Quote eyrA622 9-6-2014 01:08 PM
Jep hero
Quote aireen24 9-6-2014 01:11 PM
ajak ok. sharol yg masalah.

jepp dgn ajak ok je.

korang ade pernah tgk ajak kuar apa2 statement?

byk ckp sharol je
Quote ninjago 9-6-2014 01:11 PM
Perghh... hebat Ajak! Nasib baik dia tak terkedu tgk pencuri bawak lari barang.. boleh terus fikir and kejar.
Quote lasagnaklcc 9-6-2014 01:13 PM
jepp dok kempas ke? ke jepp ada area situ?
Quote SyaAnis 9-6-2014 01:13 PM
Rumah Ajak Shiro Dirompak Tiga Pencuri

Rumah pelawak Ajak dari kumpulan Shiro dirompak pada pagi Ahad lalu sewaktu oleh tiga orang pencuri di Kempas, Johor.
Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 28, tiga orang pencuri yang memandu lori jenis Isuzu itu cuba membawa lari barangan katering yang disewa dan diletakkan di belakang rumah untuk kegunaan majlis pertunangan adiknya Sabtu lalu.
“Nasib ibu saya perasan ada kelibat orang di belakang rumah yang cuba mengambil barnagan katering tersebut dan dia terus menjerit melihat tiga orang pencuri.
“Selepas saya dengar jeritan ibu, mereka terkejut dan terus lari. Saya pula terus mendaptkan ekreta saya untuk kejar mereka.
“Cuba bayangkan dari Kempas sampai ke Kulai saya kejar. Sudah macam adegan dalam filem pula. Habis jalan berlubang saya redah sampai rosak kereta  dibuatnya. Walhal baru tiga bulan kereta itu saya beli," katanya kepada mStar Online.
Jelas Ajak lagi, bagaimanapun ketiga-tiga pencuri tersebut bertindak meninggalkan lori yang dicuri di tepi jalan dan melarikan diri dan barang yang dicuri masih lagi berada dalam lori berkenaan.

Ajak telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulai dan di Skudai. Lebih mengharukan pelawak Jep Sepahtu turut berada di tempat kejadian.

"Saya tak sangka Jep pun sanggup turun padang mahu membantu saya. Apa-apapun saya anggap ia sebahagian pengalaman yang tidak akan dilupakan kami sekeluarga," tambahnya Ajak lagi.

Sumber: mStar Online


p/s: semangat setiakawan tul jep nih..
Quote SissySembah 9-6-2014 01:16 PM
jadi slaput dara ajak ni pecah ke tak time kejar pencuri?
Quote aireen24 9-6-2014 01:17 PM
SissySembah posted on 9-6-2014 05:16 AM
jadi slaput dara ajak ni pecah ke tak time kejar pencuri?

dah lama pecahlah. dah lama kawin.
Quote makton 9-6-2014 01:19 PM
sbb retis, kes kejar pencuri pun masuk berita.
klu bkn retis, takde sape nk pndang cerita ajak ni..

tapi aku lebih suka ajak dr sharul.
ajak ni nampak baik & innocent kan...
Quote AshkieLa 9-6-2014 01:21 PM
pergh... a hero calling calling another hero...

p/s: Jepp Sepah pernah selamatkan seorang perempuan dr jadi mangsa rogol juger
Quote BebeQ 9-6-2014 01:29 PM
ai speku jepp yang bertunang dengan adik ajak. haaa..boleyyyy?
Quote eyrA622 9-6-2014 01:30 PM
AshkieLa posted on 9-6-2014 01:21 PM
pergh... a hero calling calling another hero...

p/s: Jepp Sepah pernah selamatkan seorang p ...

Teringt betoi ke bohong
Quote AshkieLa 9-6-2014 01:35 PM
eyrA622 posted on 9-6-2014 01:30 PM
Teringt betoi ke bohong

kann...
tp start season shiro..x tengok dah...huhu
oppsss sorry OT.
Quote maxim 9-6-2014 01:41 PM
lasagnaklcc posted on 9-6-2014 01:13 PM
jepp dok kempas ke? ke jepp ada area situ?

Jepp dok kulai
Quote tomet05 9-6-2014 01:58 PM
jepp nih kira baik la kan hahahaha
Quote stres 9-6-2014 02:13 PM
ajak kejar pencuri tu dari kempas sampai ke kulai..jep ada kat kulai sebab tu dia tolong n bwk ajak gi balai..hehehe cayalah jep !!
Quote stres 9-6-2014 02:14 PM
tomet05 posted on 9-6-2014 05:58 AM
jepp nih kira baik la kan hahahaha

baik lettewww..kikikiki

Quote MellyNad 9-6-2014 02:21 PM
stres posted on 9-6-2014 02:13 PM
ajak kejar pencuri tu dari kempas sampai ke kulai..jep ada kat kulai sebab tu dia tolong n bwk ajak  ...

hamboi tahu sajew.... hiiihiiihiiihii


*bye.... lari...*
Quote lazim 9-6-2014 02:22 PM
berbunga2 hati peminat jepp

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058415 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top