CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Gaduh Dengan Sepahtu - Shahrol Shiro

24-1-2014 04:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 37861| Komen: 88

Description: Kuala Lumpur: “Kalau Nak Kata Bertekak Atau Bertumbuk Itu Memang Tak Ada. Setakat Berdiam Diri, Tak Bercakap Itu Mungkin,” Jelas Pelawak, Shahrol Shiro Berhubung Desas-Desus Mendakwa Kumpulannya Ber ...



Kuala Lumpur: “Kalau nak kata bertekak atau bertumbuk itu memang tak ada. Setakat berdiam diri, tak bercakap itu mungkin,” jelas pelawak, Shahrol Shiro berhubung desas-desus mendakwa kumpulannya bergaduh dengan kumpulan Sepahtu di belakang pentas pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013.

Sumber Harian Metro berkata, kedua-dua kumpulan pelawak popular itu dikatakan berselisih faham dan berdepan tekanan hebat dalam pertandingan itu sehingga membawa kepada perbalahan di antara mereka di belakang pentas, baru-baru ini.


Shahrol atau nama sebenar, Shahrol Azizie Azmi, 30, berkata, dakwaan mengatakan mereka bergaduh tidak berlaku walaupun dia mengakui persaingan berbaki dua minggu dalam MLM2013 semakin sengit.
“Saya akui ada tekanan tinggi dalam pertandingan ini.

Mungkin kalau tertekan sangat persiapan masing-masing kami tak bertegur sapa dan berdiam diri walaupun berselisih.
“Tapi nak kata sampai kami bergaduh, bertumbuk atau meninggi suara itu memang tak berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Shahrol berkata, suasana dan semangat pertandingan kali ini berbeza berbanding tahun lalu kerana persaingan kuat antara peserta.
“Tekanan kali ini sangat tinggi.

MLM2012 dulu kami seronok dan santai, tapi tahun ini persaingan lain macam.
“Tempoh pertandingan dilanjutkan ke 13 minggu berbanding 10 pada tahun lalu mempengaruhi tekanan antara kami.
“Tahun lalu, kalau gaduh pun antara saya dan Ajak (Shiro) saja, tapi tahun ini tekanan kuat jadi mungkin sesama peserta rasa impaknya,” katanya.

Sementara itu, Jep Sepahtu atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, tiada konflik atau perselisihan faham berlaku seperti didakwa kerana hubungan mereka akrab seperti biasa.
“Semua okey dan tak ada apa-apa kot.

Hubungan kami memang rapat dan tak tahu pula kalau benda (gaduh) itu berlaku (ketika) saya tak ada di situ.
“Setahu saya benda itu tak betul.
Kami bertegur baik macam biasa saja.

Letihlah dengan tuduhan macam ini, tapi inilah cabaran dalam pertandingan,” katanya.
MLM2013 memasuki minggu ke-11 menyaksikan persaingan antara kumpulan Sepahtu, Jambu, Shiro, Bocey, SYJ dan Nabil bertemakan ‘Silent Comedy’ dan Karoot Komedia.

Ia berlangsung di Dewan Wawasan Jitra, Kedah pada jam 10 malam ini dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (134).

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kekbelacan 24-1-2014 07:51 AM
ala sepahtu dari kulai shiro dari kluang. Tak kan 1bendera bole gaduh? Mungkin gaduh2 manja je kot
Quote ais_kosong 24-1-2014 08:21 AM
gado gado membawa bahagia
Quote tri-max 24-1-2014 08:23 AM
dua-dua bujang .. pelawak.. set muka selamba
xyah lah gado2, buang masa
Quote AshkieLa 24-1-2014 08:35 AM
tak gaduh la... wartawan ni batu api..
dalam IG Jep...ade jer diorg ni bergambar sama masa kat MLM...
Quote rosasa 24-1-2014 08:37 AM
macam adik beradik je dua orang ni..ehehe...

dua2 group pun mabeles
Quote jozanfan 24-1-2014 08:45 AM
ala..reporter biasala xde citer lain nk laga2 kan org..
MLM2012 dikatanyer JOZAN bergaduh..
MLM2013 dikata Jep ngan Sharol pulak..
esok2 drpd x gaduh jd betul2 bergaduh disebabkan reporter nie sume
Quote cutebaby5907 24-1-2014 08:49 AM
tri-max posted on 24-1-2014 08:23 AM
dua-dua bujang .. pelawak.. set muka selamba
xyah lah gado2, buang masa

shahrol tu bukan ke dh kawen
ade anak 1?
klu x silap
Quote setankuning 24-1-2014 08:50 AM
ye ke reporter yg laga2kan?
bukan jambu ke?

baper kali jambu dok perli2 grup shiro ni kan
dok hasut sepahtu cakap shahrol shiro ni mandremkan sepahtu
suh sepahtu jaga2 la

harap sepahtu & shiro tak makan hasutan tu
org johor kan cool je weh
jangan bikin malu orang kampung
Quote beatgirlX 24-1-2014 08:51 AM
takkan tak bertegur sapa blh jadi kes bergado..kekadang yes tekanan buatkan kita nak diamkan diri nak cari ketenangan..huhuhu
Quote tomet05 24-1-2014 08:55 AM
nak hangatkan rancangan lagi lanih
Quote hazlinshah 24-1-2014 08:56 AM
jep je kot yg bujang... shahrol tu bapak orang, kan....
Quote twins 24-1-2014 09:04 AM
dorang berdua ni popular sbb dua2 bujang....yg lain kureng fofular sbb dah kawin...
Quote Leonarzi 24-1-2014 09:10 AM
Harap shiro menang! Sepahtu pemalas dan berlagak... Jepp suka membahan shuib dan rahim
Quote peah311 24-1-2014 09:14 AM
as usual..im rooting for SYJ
Quote iena007 24-1-2014 09:18 AM
twins posted on 24-1-2014 09:04 AM
dorang berdua ni popular sbb dua2 bujang....yg lain kureng fofular sbb dah kawin...

sharol dah kahwin la...anak sorang, bercerai dgn bini dia lepas menang raja lawak...terus tak balik rumah....
dan sekarang ramai aweks...dia ikut jejak tauke..
Quote sekel 24-1-2014 09:19 AM
Bocey juga COOLLLLLLLLLLLLLLLLL
Quote twins 24-1-2014 09:26 AM
iena007 posted on 24-1-2014 09:18 AM
sharol dah kahwin la...anak sorang, bercerai dgn bini dia lepas menang raja lawak...terus tak bali ...

kira bujang ler tuuu..... "bujang balik"...hehehehe
Quote rozza 24-1-2014 09:35 AM
sejak tgk betul ke bohong..tak suka sharol..
Quote mommymonster82 24-1-2014 09:37 AM
Ada yg kta jep dgn sharul ni sepupu betoi ke?

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059407 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top