CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Kemuliaan Nabila Huda Sertai Misi Kemanusiaan Prihatin Kemboja

7-7-2014 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17393| Komen: 75

Description: Walaupun Berdepan Dengan Kontroversi Hebat, Namun Abil Tetap Optimis Dan Berlapang Dada Untuk Menyertai Misi Kemanusiaan Prihatin Kemboja Anjuran Badan Bukan Kerajaan (Ngo), Al-I'Tisam Relief Program ...
Nabila Huda sertai Misi Kemanusiaan Prihatin Kemboja

Walaupun berdepan dengan kontroversi hebat, namun Abil tetap optimis dan berlapang dada untuk menyertai Misi Kemanusiaan Prihatin Kemboja anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Al-I'tisam Relief Program (ARP), sempena Ramadan ini.

Misi kemanusiaan yang dijalankan selama lima hari empat malam ini turut berkunjung ke beberapa buah kampung termasuk Kampung Ambel dan Phom Soi.

Loading FB Video...







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 5-7-2014 06:13 AM
bagus la...lepas kontroversi buat amal mcm ni...

mohon abil leh berfikir dgn matang pasni..

jgn pasni dah sejuk kes kena maki ngan ayah...buat pasal lagi huhu
Quote pocongkiutss 5-7-2014 06:16 AM
Alhamdulillah
Quote nouz 5-7-2014 06:17 AM
Apapun yg kite buat,..dptkn restu dr org tua dulu..pulihkn hubungan kite gn org tua..bru dpt berkat.
Quote achik2009 5-7-2014 06:22 AM
mohon izin tepek artikel ni kat sini ye @maxim


‘Saya mohon maaf’

Oleh Norhadiani Baharom

“Biar kami selesaikan masalah ini bersama. Tak perlulah orang luar masuk campur urusan kami anak beranak.”

Ini kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 30, berhubung tindakan bapanya yang juga penyanyi rock terkenal, Amy Search memberi komen dengan kata-kata kesat pada laman Instagram pelakon itu, baru-baru ini hingga menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Nabila ketika dihubungi memohon supaya peminat tidak mencampuri urusan dia dengan keluarganya dan dia sendiri mahu menyelesaikan permasalahan itu secara baik dengan bapanya.

Kontroversi membabitkan dua beranak ini tercetus apabila Nabila memuat naik gambar seakan-akan mempamerkan kemesraan pelakon itu dengan teman lelakinya di laman Instagram ketika bercuti di luar negara, baru-baru ini.




GAMBAR di Instagram Nabila yang menjadi punca hubungannya dengan Amy Search renggang.


Tindakan itu membuatkan Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 56, berang dan sanggup melayangkan komen pedas termasuk kata-kata kesat pada laman Instagram anaknya itu.

Sejak kontroversi itu, Nabila sukar dihubungi dan tidak melayan semua panggilan telefon, SMS atau aplikasi WhatsApp daripada media. Dia lebih suka berdiam diri hinggalah hatinya terbuka menjawab panggilan daripada RAP, kelmarin.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Quote asampodeh 5-7-2014 06:23 AM
bagus la..
kdg2 kita tgk pada sbijik buah yg busuk berulat tp pade sisi lain pade buah tu mungkin ade yg elok..
Quote maxim 5-7-2014 06:23 AM
achik2009 posted on 5-7-2014 06:22 AM
mohon izin tepek artikel ni kat sini ye @maxim

ha ok..dah insaf la ni kot
Quote mizahanan 5-7-2014 06:28 AM
achik2009 posted on 5-7-2014 06:22 AM
mohon izin tepek artikel ni kat sini ye @maxim

Baguila kan nak setel anak beranak...
Quote senahsanasini 5-7-2014 06:33 AM
Insap bln ramadhan,
Hrp terus istiqamah..
Quote BebeQ 5-7-2014 06:38 AM
Dia ni i rasa baik je cuma dalam segi batasan keagamaan dia menyimpang sikit. Kalau jadi kawan dia, mesti dia ok orangnya.
Quote tomet05 5-7-2014 06:39 AM
jangan lepas lepas lawat orang miskin pastu lepak tepi pantai dengan bikini ye
Quote FanTasyCreaTioN 5-7-2014 07:09 AM
doa2 kan ja la ..
semoga datang keinsafan kat dia

Quote mawarika 5-7-2014 07:18 AM
tomet05 posted on 5-7-2014 06:39 AM
jangan lepas lepas lawat orang miskin pastu lepak tepi pantai dengan bikini ye


Quote kakikuDibibirmu 5-7-2014 07:29 AM
bukan dia kena culik dengan safi rania gold binti abdullah olay total white ke?
Quote NHolmes 5-7-2014 07:32 AM
Comel jek abil macam budak sekolah
Harap abil n Amy baik2 saja.. Bukannye org lain pun, anak n bapak
Quote mixed 5-7-2014 08:09 AM
Moga berbaik dgn ayah abil ya
Dgr ckp ayah jgn degil lg
Quote NAT_11 5-7-2014 08:09 AM
achik2009 posted on 5-7-2014 06:22 AM
mohon izin tepek artikel ni kat sini ye @maxim

Nampaknya, anak lebih matang daripada bapa dalam membuat
press statemen. Aku percaya Nabila akan menjadi orang yang
beriman melebihi si ayah..........
Quote eLiaD 5-7-2014 08:39 AM
wat baek n jahat kne seimbang..ni bln ramadan....
Quote rosasa 5-7-2014 08:48 AM
syukurlah..semoga terbuka hati nak berubah
Quote krukx 5-7-2014 09:00 AM
Doakan yg terbaik utk abil.  moga dia dapat sesuatu lepas pergi ke kemboja

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.379156 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top