CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Amy Search Restu Hubungan Cinta Nabila Huda

4-8-2014 09:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11146| Komen: 32

Description: Dalam Pada Itu, Nabila Juga Dikatakan Sudah Lama Tidak Bertemu Bapanya Itu Dan Tidak Beraya Bersama Mahupun Di Sebelah Ibu, Sebaliknya Pelakon Berbakat Besar Itu Mengambil Kesempatan Bercuti Dan Beray ...

Amy (Search) Restu Hubungan Cinta Nabila Huda
Amy Search bersyukur apabila doanya untuk berbaik semula dengan Nabila termakbul.




PETALING JAYA: Penyanyi rock negara Amy (Search) sudah merestui hubungan cinta anaknya, Nabila Huda dengan kekasih walaupun pernah meluahkan rasa kurang berkenan terhadap lelaki itu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyifatkan lelaki tersebut (yang enggan didedahkan identiti) seorang yang bertanggungjawab kerana sanggup berdepan dengannya memohon maaf atas kesilapan dahulu, selain turut menjernihkan hubungannya dengan Nabila.

"Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya.

"Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.

"Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih," katanya kepada mStar Online.


























Foto keluarga yang dimuat naik di Instagram milik Amy (Search).


Terdahulu, hubungan Amy dan Nabila dikatakan renggang gara-gara penyanyi itu menegur anaknya di laman Instagram dengan nada yang kasar berhubung gambar aktres itu bermesra dengan kekasihnya ketika bercuti di luar negara.

Dalam pada itu, Nabila juga dikatakan sudah lama tidak bertemu bapanya itu dan tidak beraya bersama mahupun di sebelah ibu, sebaliknya pelakon berbakat besar itu mengambil kesempatan bercuti dan beraya di negara jiran, Singapura.

Bagaimanapun, pada sambutan Hari Raya pertama Isnin lalu, Amy telah berkongsi gambar dia sekeluarga di Instagram dengan meletakkan status syukur kerana akhirnya dia dan Nabila sudah berbaik semula.

Sementara itu, kata Amy, walaupun pelbagai dugaan yang dilalui dalam keluarganya, dia yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat," tuturnya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yayaachan 3-8-2014 11:32 AM
nabila dah hapload gmbr kt insta kupu2 dia kan. brace yourself
Quote enchikfitz 3-8-2014 12:51 PM
Dah unfollow iG dia. Nk kne follow balik tak?
Quote mattzzx 3-8-2014 01:02 PM
Bagi lah peluang anak untuk pilih jalannya sendiri.....
Quote PEPPERMAN 3-8-2014 01:50 PM
saya harap perempuan ni bukan spesis azwanali
Quote brookemcqueen 3-8-2014 01:53 PM
Pakwe dia tu ok kot orgnya. Tengok crew kulcats semua elok belaka je. Cume ye la...jenis anak2 muda. Nabila dgrnya stiap malam lepak kulcats time bulan pose...alhamdulillah sopan sket pakaiannya wlpn tak berhijab.
Quote senahsanasini 3-8-2014 09:16 PM
Eloklahh....
Quote krukx 3-8-2014 09:33 PM
Harap kali ni berkekalan la
Quote tomet05 3-8-2014 11:43 PM
alhamdulillah lah kan
Quote Yoongie 4-8-2014 12:01 AM
hari baik, bulan baik semua cerita pun baik2
Quote khaira01 4-8-2014 12:35 AM
bagusla dah berbaik.
Quote haryatie 4-8-2014 08:06 AM
Alhamdullillah...
hubungan ank dgn ibubapa x kan pernah putus..
walaupun kdg2 masing2 terguris perasaan..
adat la..mana2 keluarga pun sama mcm tu..
bagus la...akhirnya berbaik baik..
*** ank nabila sweet la...
Quote jeygi 4-8-2014 08:54 AM
air di cincang tak akn putus...
nabila pn berubah lh...
bapa mana yg nak anaknye hanyut...
Quote aTiKah_aYuNi 4-8-2014 08:55 AM
alhamdullilah....
Quote kokocrunch 4-8-2014 08:57 AM
Alhamdulillah..moga nabilah bertemu jodoh yg lebih baik
Quote cikatilia 4-8-2014 10:20 AM
bagusla tu
xyah la nak gado2 bapak mak anak
bincang elok2
Quote cloudy_83 4-8-2014 10:22 AM
mudah-mudahan jodoh kali ni yang terbaik buat abil
Quote deananie 4-8-2014 10:30 AM
alhamdulillah.
Quote nalesa 4-8-2014 10:53 AM
Alhamdulillah.. Seburuk2 mana pun.. hubungan keluarga x pernah putus...
Quote kucen_miang 4-8-2014 11:01 AM
camana ropanya balak dia tu? tlg tepek sini..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053216 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top