CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Nourish: Amy Search Sedih Nabila Tak Beraya Dengannya

10-9-2013 05:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 58509| Komen: 433

Description: Kuala Lumpur, 10 September 2013: Sungguhpun Hanya Bergelar Ibu Tiri Kepada Pelakon Nabila Huda, Nourish Hassan Turut Risau Dengan Kemalangan Yang Menimpa Anak Dan Cucu Kepada Suaminya, Amy Search, Pet ...


KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2013: Sungguhpun hanya bergelar ibu tiri kepada pelakon Nabila Huda, Nourish Hassan turut risau dengan kemalangan yang menimpa anak dan cucu kepada suaminya, Amy Search, petang kelmarin. Lebih daripada itu, Nourish menjelaskan lebih lanjut mengenai pengakuan Amy yang menyifatkan kemalangan tersebut sebagai satu pentunjuk kecil untuk Nabila.

"Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf.

"Pagi sebelum kemalangan terjadi, abang Amy ada meluahkan kesedihan dan bertanya adakah Nabila sudah lupakan dia selepas berada di puncak kerjaya sebagai artis. Abang Amy sudah berusia 55 tahun dan bapa mana yang tidak berkecil hati jika anak tidak mengingatnya langsung pada hari raya.

"Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit-sebanyak akan berubah," jelasnya dalam sebak sehingga menitiskan air mata.

Meneruskan cerita, Nourish memberitahu Amy sangat terasa hati apabila anaknya itu tidak pulang berhari raya dengannya, sebaliknya dia sempat meluangkan masa beraya di rumah rakannya di Singapura.

"Itulah doa dari seorang bapa yang betul-betul mengambil berat terhadap anaknya. Sesungguhnya, tanpa doa dan restu daripada bapa dan ibu, apa yang dihajati anak tidak akan tercapai.

"Saya tidak boleh menyorok lagi perasaan saya. Saya sudah tidak tahu nak buat apa lagi. Saya hanyalah ibu tiri saja. Saya tahu, Amy dan Nabila ada sedikit krisis sebelum ini. Saya juga tahu, abang Amy pergi ke hospital pun disebabkan dia amat merisaukan cucunya itu. Saya betul-betul berharap dengan kejadian yang berlaku ini sedikit sebanyak mampu merubah hati Nabila," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 10-9-2013 12:48 PM
pas nabila eksiden mcm mcm kuar
Quote maxim 10-9-2013 12:49 PM
miawpink posted on 10-9-2013 12:48 PM
pas nabila eksiden mcm mcm kuar

apa condition nabila skang? cedera ke
Quote miawpink 10-9-2013 12:51 PM
maxim posted on 10-9-2013 12:49 PM
apa condition nabila skang? cedera ke

cedera tualng belakang


Quote onetwonine 10-9-2013 12:51 PM
UALA LUMPUR, 9 SEPT 2013: Susulan daripada kemalangan yang menimpa pelakon Nabila Huda semalam, bapa kepada aktres berkenaan iaitu Amy Search hanya mengetahui mengenai kemalangan berkenaan petang semalam selepas dihubungi rakan Nabila.

Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Amy Search berkata dia baru sahaja pulang daripada melawat anak dan cucunya di hospital.

"Sebaik saja selepas menerima panggilan dari kawan Nabila, barulah saya terima panggilan daripada Nabila sendiri. Kalau nak tahu, saya baru saja pulang dari hospital untuk melawat mereka.

"Keadaan buat masa sekarang semuanya tenang. Nabila hanya cedera ringan, tetapi cucu saya, Keisha Laila ditahan di dalam wad kerana dia perlu menjalani X-tray kerana tangan kirinya retak.

"Sewaktu kemalangan, saya diberitahu bukan Nabila yang memandu sebaliknya kawan Nabila, Syazwan yang memandu kereta tersebut," kata Amy.
tanda-tanda kecil untuk abil


Dalam pada itu, Amy nampaknya lebih memihak terhadap komen yang ditulis bekas suami Nabila iaitu Eddie di laman Twitternya lelaki berkenaan.

"Kalaus saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja. Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila sebelum ini, pernah bawa Keisha ke tempat kerja atau pun tidak.

"Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada. Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara. Apapun ini adalah peringatan buat penjaga itu sendiri.

"Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila," jelas Amy yang amat risau keadaan cucunya itu.
Quote p.timur3831 10-9-2013 12:51 PM
knp lh nourish ni x abs2 nk bg statement psal amy n nabila???kalau bleh, jgn lh dsharekn masalah family dkat media..haru semua org bc n komen yg buruk2 lps i
Quote Lynn9 10-9-2013 12:53 PM
dalam satu blog tu ckp tulang belakang nabila lari sket...tapi lepas 3 hari leh keje balik...

macam2 hal...
  1. Improvement begins with "I"
Copy the Code
Quote kaki_palsu 10-9-2013 12:54 PM
onetwonine posted on 10-9-2013 12:51 PM
UALA LUMPUR, 9 SEPT 2013: Susulan daripada kemalangan yang menimpa pelakon Nabila Huda semalam, bapa ...

cian Amy.. dia pun dpt berita dari Kawan Nabila..
Quote miawpink 10-9-2013 12:55 PM
Amy Search Sedih Bila Nabila Huda Tidak Balik Beraya, Tiada Pesanan

Nampaknya ada kisah di’sebalik kenyataan Amy Search yang mengatakan kemalangan menimpa Nabila Huda & anaknya, Keisha merupakan petanda kecil dari Tuhan untuk diri anaknya itu

steri Amy Search & juga ibu tiri Nabila Huda, Nourish Hassan mendedahkan yang suaminya itu pernah meluahkan rasa sedih selepas anaknya itu tidak pulang beraya pada Aidilfitri yang lalu.

“Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf.

“Pagi sebelum kemalangan terjadi, abang Amy ada meluahkan kesedihan dan bertanya adakah Nabila sudah lupakan dia selepas berada di puncak kerjaya sebagai artis”

“Abang Amy sudah berusia 55 tahun dan bapa mana yang tidak berkecil hati jika anak tidak mengingatnya langsung pada hari raya”

“Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit-sebanyak akan berubah,” cerita Nourish.

Menurutnya lagi, Amy Search sangat berkecil hati apabila Nabila Huda tidak pulang berhari raya ke rumah tetapi rela meluangkan masa di rumah rakannya di Singapura.



sumber roti kaya
Quote cikatilia 10-9-2013 12:56 PM
kenapala semua on behalf..
and kenapala kena report kepada wartawan??

ini bukan isu keluarga ke?
boleh bawak gado woo
Quote lylea 10-9-2013 12:57 PM
hermmmm..........susah hati klau dapat anak yg degil mcm ni kan.. last2 cari mak bapak jugak kan kalau susah
Quote whadda 10-9-2013 01:00 PM
agaknye takde makna raya pada Nabila kot... sampai beraya pon kat umah kawan daripada beraya ngan ayah sendiri... tp perlu ke mak tiri die yang buat statement...
Quote black_rose 10-9-2013 01:00 PM
dh agak. sbb kt insta dh tk penah tag dh masimg2 tu.. kalo tk pantang semua gambaq mak tiri tag abil, abil pon sama..
Quote aidita 10-9-2013 01:01 PM
dah agak dah ada krisis....tengok amy comment kat IG dia  masa time raya hari tu pun lain macam jer...& dah lama tak nampak gambar2 nabila & keisha kat IG amy & nourish...gambar masa time raya pun langsung tak de diorg raya sesama
Quote prettyuglybabe 10-9-2013 01:02 PM
kenapa nak salahkan anak sepenuhnya? dah bapaknya pun tak didik anaknya masa kecik dulu..
Quote nhao 10-9-2013 01:04 PM
kalo tgk ig dia tak de la teruk sgt.. kaki berbalut sikit lain mcm ok je tgk
Quote wangii 10-9-2013 01:04 PM
moga nabila berubah dan sedar pas apa yg tjadi....tp ksian kat anak dia, keisha....
Quote shida81 10-9-2013 01:06 PM
p.timur3831 posted on 10-9-2013 12:51 PM
knp lh nourish ni x abs2 nk bg statement psal amy n nabila???kalau bleh, jgn lh dsharekn masalah fam ...

mungkin dia x de option lain nk bg taw nabila.. klu direct bg taw kang x pasal2 bergadoh... lain yg nak disampaikan lain plak yg jadi... ataw nabila sendiri x nk g peluang kat nourish bercakap.... tp mmg iols pasan si nourish nie sllu tegur nabila pakai media massa......
Quote bambimbom 10-9-2013 01:07 PM
moga2 lps ni ok la dua beranak ni
Quote achik2009 10-9-2013 01:09 PM
kenapa wartawan tak interbiu Amy sendiri?...

Lihat semua komen(433)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.307000 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top