CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MH17: Calon pensyarah USM antara 16 mayat rakyat Malaysia dikenal pasti

13-8-2014 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3275| Komen: 0

Description: Perkara Itu Disahkan Oleh Bapanya, Mohd Salim Sarmon, 65, Yang Memaklumkan Dua Pegawai Malaysia Airlines (Mas) Datang Ke Rumahnya Sabtu Lalu Bagi Menyampaikan Khabar Berkenaan.
MH17: Calon pensyarah USM antara 16 mayat rakyat Malaysia dikenal pasti


PAGOH: Seorang daripada 16 mayat rakyat Malaysia dalam tragedi pesawat MH17 yang sudah dikenal pasti oleh pakar forensik di Amsterdam adalah Mohd Ali Mohd Salim, 30, yang berasal dari Kampung Jayor, dekat sini. 

Perkara itu disahkan oleh bapanya, Mohd Salim Sarmon, 65, yang memaklumkan dua pegawai Malaysia Airlines (MAS) datang ke rumahnya Sabtu lalu bagi menyampaikan khabar berkenaan. 

"Dua pegawai MAS datang ke rumah kira-kira jam 8.30 malam untuk memaklumkan perkembangan mengenai anak saya dan mengesahkan jenazah anak saya sudah dikenal pasti," katanya. 

Bagaimanapun Mohd Salim berkata, pihak pengurusan MAS tidak memaklumkan maklumat mengenai tarikh jenazah itu akan dibawa pulang ke Malaysia tetapi memberi jaminan pihak mereka akan menyalurkan perkembangan terkini daripada semasa ke semasa. 

Katanya, mengikut perancangan jenazah Mohd Ali akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh, dekat sini. 


Mohd Ali adalah calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang Development Neuropsychopathology di Universiti Erasmus, Rotterdam, Belanda.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218
3

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
11

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.037816 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top