CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasatan MH17 Sudah Capai Tahap 50 Peratus

11-8-2014 05:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2076| Komen: 0

Description: Setakat Ini, 62 Lagi Mayat Mangsa Belum Ditemui Sejak Pesawat Mh17 Yang Sedang Dalam Perjalanan Dari Amsterdam Ke Kuala Lumpur Terhempas Di Donetsk, Timur Ukraine Berdekatan Sempadan Rusia, Pada 17 Ju ...
Siasatan MH17 Sudah Capai Tahap 50 Peratus


DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI 

Sepang – Siasatan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sehingga kini sudah mencapai tahap 50 peratus berdasarkan bahan bukti yang diperoleh di kawasan insiden serta keterangan saksi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selain barangan peribadi, pasukan penyiasat antarabangsa telah pun menemui kokpit pesawat di kawasan ladang penternakan ayam berdekatan lokasi nahas.

“Siasatan awal mendapati terdapat kesan tembakan pada kokpit berkenaan namun pasukan penyiasatan antarabangsa mungkin mengambil masa tiga minggu lagi untuk mengeluarkan serpihan pesawat itu dari lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Ukraine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata buat masa ini juga hasil siasatan masih belum menemui baki mayat mangsa, oleh itu siasatan diperluaskan di kawasan tasik berdekatan lokasi nahas bagi mencari mayat mangsa yang belum ditemui.


Justeru itu, katanya, pasukan penyelam terdiri daripada sepuluh orang dari negara Belanda, Australia dan Malaysia akan menjalankan operasi di tasik berkenaan.

“Operasi mencari di tasik telah bermula pada pukul 7.30 pagi tadi waktu tempatan, namun belum menemui sebarang bukti mahupun mayat mangsa,” katanya.

Setakat ini, 62 lagi mayat mangsa belum ditemui sejak pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia, pada 17 Julai lepas.

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata pasukan penyiasat antarabangsa hanya diberikan masa sejam setengah untuk berada di lokasi nahas dan zon siasatan telah diperluaskan daripada empat zon kepada enam zon. 

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=96
9

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.081206 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top