CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zed Zaidi Tak Hadir Majlis Pertemuan Pemimpin Seniman

23-9-2014 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5199| Komen: 17

Description: Selasa Lalu, Telah Berlangsung Pertemuan Bekas Kepimpinan Dan Ahli Jawatankuasa Organisasi Seniman Yang Dianjurkan Secara Tertutup Oleh Datuk Yusof Haslam. Tujuan Perjumpaan Ini Tak Lain Tak Bukan Unt ...

Zed Zaidi Tak Hadir Majlis Pertemuan Pemimpin SENIMAN

Selasa lalu, telah berlangsung pertemuan bekas kepimpinan dan ahli jawatankuasa organisasi SENIMAN yang dianjurkan secara tertutup oleh Datuk Yusof Haslam. Tujuan perjumpaan ini tak lain tak bukan untuk menjernihkan kemelut dua pihak yang bertelagah di dalam organisasi ini. 

Antara yang telah hadir ialah Harun Salim Bachik, Abu Bakar Omar, Yusof Kelana dan beberapa lagi ahli jawatankuasa yang lain.

Namun apa yang menyedihkan ialah apabila bekas Presiden SENIMAN sendiri iaitu Zed Zaidi tidak menghadiri pertemuan ini. Para hadirin telah meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap ego dan tidak bertanggungjawab bekas pemimpin itu sedangkan sudah diingatkan mengenai mesyuarat tersebut malam sebelumnya. Antara kata-kata yang dikeluarkan mengenai ketidakhadiran Zed Zaidi ialah:-

Saya ralat dan kesal dengan tindakan Zed yang tidak hadir dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab. Beliau sebenarnya antara individu terpenting dalam menjernihkan kemelut ini. 

Kami kesal dengan alasan diberi Zed kerana pertemuan ini sudah dirancang awal. Pada malam sebelum pertemuan berlangsung, kami sudah ingatkan, namun pada saat akhir Zed batalkan kehadiran. Sebagai bakal pemimpin bukan ini caranya. 

Beliau harus hadapi kemelut ini dengan apa cara sekalipun demi memulihkan SENIMAN. Daripada awal, Zed sudah menyerahkan segala keputusan atas kepercayaan saya. Ini bermakna beliau memang ada niat untuk tidak hadir.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 19-9-2014 05:43 PM
Datuk Yusof Haslam jadi 'orang tengah'

[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]




SETELAH hampir setahun lumpuh tanpa sebarang gerakan dan aktiviti, Persatuan Seniman bakal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 14 (AGM 14) pada 27 September depan.

AGM 14 yang bakal dikendalikan oleh bekas Presiden Seniman terdahulu, Harun Salim Bachik, mendapat mandat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Walaupun AGM14 bakal diadakan kurang sebulan lagi, namun kedua belah pihak yang berdepan dengan kemelut sebelum ini masih gagal untuk duduk semeja. Perkara ini amat membimbangkan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk
Yusof Haslam, memandangkan Seniman adalah persatuan artis tertua tempatan yang ditubuhkan empat dekad lalu.

Mengambil kira soal kepentingan persatuan itu, pengarah dan penerbit filem ini menawarkan diri untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kedua pihak.

Berperanan sebagai 'orang tengah', Yusof memberitahu, perjumpaan antara mereka akan dilakukan pada 16 September ini (Selasa) di Restoran Haslam.

"Alhamdulillah, saya telah pun berbincang dengan kedua-dua pihak dan mereka bersetuju untuk mengadakan pertemuan ini.

"Malah, dalam pertemuan itu nanti, kami akan cuba menyelesaikan masalah berbangkit sebelum ini dan juga berusaha untuk mendamaikan mereka.
"Saya berharap agar pertemuan ini menjadi detik bermakna dan mencipta persepakatan baharu dalam persatuan ini," katanya.

Tambah pemilik syarikat produksi Skop Productions ini, usaha yang dilakukan untuk Seniman adalah tanggungjawab bersama untuk industri tanpa mengandungi apa-apa kepentingan peribadi.

"Sudah lama saya memerhatikan keadaan ini dan terpanggil untuk membantu mereka. Saya harap, tiada yang memanipulasikan usaha saya kerana apa yang dilakukan ini adalah untuk industri.

"Industri memerlukan Seniman dan tidak mahu ianya terkubur begitu sahaja. Malah, masalah antara ahli persatuan tidak boleh diheret bersama.

"Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan dengan berhemah, sudah tentu sikap berpuak-puak ini akan terus menyukarkan perjalanan persatuan selepas ini," katanya lagi.




Quote NHolmes 19-9-2014 05:48 PM
Mari memeriahkan benang maxim!
:lol
Quote malaywood.NET 19-9-2014 05:51 PM
NHolmes posted on 19-9-2014 05:48 PM
Mari memeriahkan benang maxim!
:lol

forum cari ada masalah uols.. ntah apakah yg menyumbatkan saluran air.. asyik tak dpt reply jer. mood nak berforum dah takda...
Quote NHolmes 19-9-2014 05:53 PM
malaywood.NET posted on 19-9-2014 05:51 PM
forum cari ada masalah uols.. ntah apakah yg menyumbatkan saluran air.. asyik tak dpt reply jer. m ...

Uols guna phone or tab/iPad or PC? I guna tab so refresh browser then dpt lah reply.. Phone taktau laa
Quote malaywood.NET 19-9-2014 06:00 PM
NHolmes posted on 19-9-2014 05:53 PM
Uols guna phone or tab/iPad or PC? I guna tab so refresh browser then dpt lah reply.. Phone taktau ...

phone dan pc... huhu,
Quote myrustyme 19-9-2014 07:10 PM
zed zaidi kan bekas presiden.. perlu ke dia ade..
Quote maxim 19-9-2014 07:50 PM
myrustyme posted on 19-9-2014 07:10 PM
zed zaidi kan bekas presiden.. perlu ke dia ade..

nama pn perjumpaan utk jernihkan hubungan zed ngan abu bakar omar..harus la die ada
Quote enginelady 19-9-2014 08:00 PM
bg aku zed zaidi ni sgt lah x matang, ego, keras kepala, gangster dan x profesional. sekian
Quote nadieya 19-9-2014 08:11 PM
apa kemelut dorg ni?
mcm2 la..
si zed ni dari awal suka cetus kontorbasi
biasa la muka jenis2 x de product nak upkan diri
so, bila buat perangai baru org ingt dia balik
Quote nh83 19-9-2014 08:25 PM
Sudah2xla dgn ego memasing..bersatulah blk..industry pun dah tenat..klu x mula bangun drpd hari ni bila lagi..
Quote mitnick 19-9-2014 09:01 PM
blm setel lg rupanya prob theyols nie... kemelut sebenar nie ape? melibatkan duit ke?
Quote mommymonster82 19-9-2014 09:16 PM
Industri kecik je kot nk bergaduh lama2...
Quote kucingTomey 19-9-2014 09:37 PM
laki pakai spek tu lidah pendek...sgt pendek lidah dia...cube tengok dia berlakon dulu2....holohhh bercakap...macam takde lidah
Quote tomet05 21-9-2014 12:46 AM
zed  ni semacam kan
Quote leftrani_kel 21-9-2014 10:11 AM
zz ni ego lebih..
Quote sekel 21-9-2014 10:50 AM
dia malu lh tu  
Quote drlinda08 21-9-2014 11:35 AM
ZZ ego , perasan bagus

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.136517 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top