CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zed Zaidi Tidak Waras Dan Minda Sempit Kata Dayangku Intan

17-12-2013 10:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21564| Komen: 125

Description: Penyanyi Dayangku Intan Yang Pernah Menjadi Calon Sebuah Parti Politik Melabelkan Zed Zaidi Sebagai Gila Publisiti Murahan Apabila Bekas Presiden Seniman Itu Menerusi Laman Sosial Mengkritik Artis Yan ...
Kritik artis PR di AIM20: Zed Zaidi tidak waras dan minda sempit kata Dayangku Intan

Kehadiran Dayangku Intan dalam majlis Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) pada malam Sabtu lalu menimbulkan rasa tidak puas hati kebanyakkan macai.


Ini dipercayai disebabkan kedangkalan fikiran mereka, oleh itu mereka merasakan majlis tersebut adalah majlis milik UMNO/BN, oleh itu sesiapa sahaja artis yang tidak menyokong UMNO/BN tidak wajar dijemput ke majlis tersebut.

Ada antara mereka yang mempersoalkan apakah sudah tidak ada penyanyi lain selain Dayang yang tidak menghentam kerajaan untuk dijemput oleh AIM?

Apakah dah tak ada penyanyi lain yang tidak menghentam kerajaan untuk pihak AIM 20 pilih..? Terlalu istimewakah Dayangku Intan dihati AIM 20...? Masih ramai penyanyi wanita yang lain era 80an malah kualiti vokal mereka jauh lebih baik seperti Sheila Majid, Francesca Peter, Azlina Aziz, Rohana Jalil kenapa tidak diberikan ruang.

Kerana bengap ada juga yang mempersoalkan apa rasionalnya Dayang dijemput sedangkan Dayang kononnya sudah dilupakan dalam industri muzik negara..


Minah nie sudah dilupakan dalam industri muzik negara kita, kalau tidak kerana dia menyertai pkr dan berceramah di pentas pembangkang dengan memfitnah umno/bn dan najib, dia sudah menjadi tukun dan terus di lupakan... Jadi apa rasionalnya untuk minah tu dapat anugerah AIM?

Mungkin penganjur AIM ini cukup berminat dengan cara dayang ku intan memaki hamun kerajaan dan najib, jadi untuk menghargai jasa dayang ku intan yang sedikit sebanyak memberi kemenangan kepada pakatan pada pru lepas, maka satu anugerah di berikan kepada dia, walhal semua orang tahu, lagu dayang ku intan tak la meletop mane pun...

Bukan saja macai.. tetapi Zed Zaidi yang baru kehilangan jawatannya turut mempersoalkan kehadiran Dayangku Intan ke majlis tersebut..

Berikut adalah jawapan Dayangku Intan buat Zed Zaidi..

Fikiran Zed Zaidi tidak waras - Dayangku Intan
Penyanyi Dayangku Intan yang pernah menjadi calon sebuah parti politik melabelkan Zed Zaidi sebagai gila publisiti murahan apabila bekas Presiden Seniman itu menerusi laman sosial mengkritik artis yang menyokong Pas dan PKR turut dijemput pada majlis Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) pada malam Sabtu lalu.
Jelas Dayangku Intan, artis seperti Zed Zaidi sepatutnya tidak wujud dalam industri seni di negara ini kerana memiliki fikiran yang tidak waras dan minda sempit.
Tegas penyanyi popular era 80-an itu, politik dan nyanyian merupakan dua perkara berbeza dan dia ikhlas dalam melakukan kerja dalam kedua-dua bidang tersebut.
“Dalam seni, politik tidak boleh dicampur-aduk. Isu sokong parti mana-mana, itu lain cerita. Orang macam Zed Zaidi ini tidak mempunyai fikiran waras.
“Orang macam dia macam dah gila talak pasal dah tak ada jawatan dalam persatuan, sebab itu dia cari publisiti murahan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.
AIM20 pada Sabtu lalu menyaksikan Dayangku Intan tampil berduet dengan Jay Jay menerusi lagu Kita Insan Biasa pada segmen penutup.
Dayang Ku Intan merupakan calon PKR dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lalu.
Artis lain yang dikatakan berpihak kepada parti pembangkang dan muncul di AIM20 adalah penyanyi Noryn Aziz sebagai penyampai anugerah dan penulis lirik Budi Hikayat yang menerima anugerah pada malam itu.




1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 17-12-2013 03:05 AM
So perangai ZZ ni telh membuktikn kebenaran dakwaan abby abadi
Quote pakwetizzaqyah 17-12-2013 03:11 AM
[size=13.333333015441895px]Kehadiran Dayangku Intan dalam majlis Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) pada malam Sabtu lalu menimbulkan rasa tidak puas hati kebanyakkan macai.

menimbulkan rasa tidak puas hati kebanyakkan macai.. lol
Quote lavendernovella 17-12-2013 03:18 AM
aku suka giler sore dayangku intan....
Quote duri_durians 17-12-2013 04:55 AM
jahanam betul .. itu pn nak campur politik
Quote espri6006 17-12-2013 06:52 AM
Dayangku Intan dan JJ menyanyikan lagu ini dengan melodi dan lenggok asal lagu ni sangat2 suka. Walaupun suara mereka tidak seperti dulu tapi masih tidak berubah dari melodi asal. Zed Zaidi sedih sebab jawatan beliau sudah terlucut.
Quote RosesAre_Red 17-12-2013 06:53 AM
zed zaidi poyo
Quote shanshero 17-12-2013 07:18 AM
Owh? I tak tengok part penutup. Show yang membosankan i. Sib baik ada nabil n azNil. Masa dayang nyanyi i dah tido
:lol
Quote qatrunnada 17-12-2013 07:33 AM
Zed zaidi ni suke beno tak puas ati dgn mcm2 pgram artis...dulu xpuas ati artis luar mcm aron dgn adi dpt anugrah..,ni pasal dygku intn plak...kalo bca status fb dia asik brunsurkn tak puas ati kt org lain je...
Quote ais_kosong 17-12-2013 07:48 AM
ish semua nk politaikkan!!!
biar ja la dia nyanyi..
Quote mitnick 17-12-2013 07:54 AM
Anugerah industri muzik pon dipolitikus kannn

pasni jual ikan kat pasar pon politik, masuk tandas doplohsen pon politik
Quote Bell 17-12-2013 08:02 AM
Dayangku Intan menyanyi balik? Bukankah suara nyanyian itu aurat? Ustazah Abby tak sound Dayang ka? Ato sebab dayang nie bekas calun PKR, dan PKR parti sekular?
Quote taji2906 17-12-2013 08:14 AM
lepas dilucutkan jawatan presiden seniman ni zed cuba nak menonjolkan diri.. takmo tenggelam jadi tukun terus.. so dia cuba jadi hero dalam kalangan macai2.. dia nak jadi hero yg perjuangkan umno/bn dalam industri seni... mana tau dapat tawaran jadi presiden cawangan umno mana2 ke? jadi adun lepas ni ke... puiiii...
Quote abbey 17-12-2013 08:34 AM
ramai je artis2 yg sokong PR, cuma tk reveal je....

Quote mamapea 17-12-2013 08:53 AM
zz berlakon pun dh xde..nyanyi apatah lg..dulu aku suka gak la kt zz ni..
tp bila dia membodohkan diri dia sndr aku terus tak suka..
Quote sokmogitu 17-12-2013 09:03 AM
Dayang ku intan nyanyi flawless mlm tu. Legend kot dia zmn 80an dulu... lyk la perform jgn jay jay...patut duet dgn zainal abidin jugak lagu kita serupaaa .... yg pnting lagu2 dayang ada mesej sosial.

Zed zaidi silap org nk tembak... yg terlibat dlm AIM tu...ada few calon mmg penyokong PR..so klu nk hapuskn diorg ni semua..berapa ketul je retis mlysia?

Anyway...calon2 yg konfem PR mcm faizal tahir, hafiz hamidun dtg juga ok
Quote noryla 17-12-2013 09:07 AM
udah2 ler zed oi.. ckup2 ler meroyan wehhhh.. xyah nk cai sgt la.. bnde2 gini pon nk politik..
Quote munchkin 17-12-2013 09:07 AM
nape semua nak dipolitikkan...haih
Quote wookiehoney 17-12-2013 09:08 AM
minat dgn suara sheols
ape masalah pun kalau dia pr ke ape ke
Quote budakmanentah 17-12-2013 09:08 AM
masa dayang menyanyi...mata aku lebih tertumpu pada kuku si dayang ni...sgt up to date tau hakak sorg ni ustazah bakyah xkata ape2 ke?

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.051745 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top