CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pakar 'hairan' 17 kes mesin ATM dirompak: Jarang berlaku negara lain !

15-10-2012 03:04 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11220| Komen: 61

Description: Kementerian Kewangan mahu pihak bank yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berisiko tinggi berlaku rompakan supaya segera memindahkannya ke k ...
13 Oktober 2012



        BACHOK - Kementerian Kewangan mahu pihak bank yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berisiko tinggi berlaku rompakan supaya segera memindahkannya ke kawasan lebih selamat.
          
        Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihak bank juga diwajibkan mengadakan mesin ATM yang baru bertaraf piawaian antarabangsa yang sukar dipecahkan.
          
        Pihak bank juga diwajibkan memasang sistem penggera yang dapat didengar dari jauh oleh pasukan keselamatan apabila ia dipecahkan, katanya.
          
        "Di samping itu mereka juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kerap mengadakan rondaan oleh pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menyampai elaun sara hidup kepada 540 nelayan, yang keseluruhan berjumlah lebih RM100,000 di Perupuk di sini hari ini.
          
        Awang Adek berkata, sehingga ini, sebanyak 17 kes rompakan mesin ATM telah dilaporkan dengan kerugian bernilai jutaan ringgit, yang sebilangan besarnya berlaku kerana pihak bank tidak melakukan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.
          
        "Malah bangunan yang tempatkan mesin ATM itu juga tidak dibina dengan mempunyai unsur kekebalan menyebabkan ia mudah dipecahkan," katanya.
          
        Beliau turut berkata, kes mesin ATM dipecahkan jarang berlaku di negara lain dan kes yang berlaku di negara ini menghairankan para pakar keselamatan dalam dan luar negara dengan kejadian seperti ini mesti dibendung segera. - Bernama

p/s bukti perompak Msia terer bebenor....



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 15-10-2012 01:57 AM
yup even kat us pon tak macam ni ? dorang punyer mafia gangster2 dah cukup kaya kot tak der keje nak rompak atm
Quote highcastle 15-10-2012 02:06 AM
Menunjukkan Malaysia masih makmur, mesin ATM senang2 aje dicuri.. macam curi gula2 kat kedai...
Quote DCrystal 15-10-2012 02:29 AM
Kat Pavillion ok jer.
Quote liyanur 15-10-2012 02:31 AM
bukan ker arituh ada menteri kata masih di tahap memuaskan lg pasal kecurian ATM mesin nih....
Quote ~boolean 15-10-2012 02:32 AM
Hari tu dia yang kata rompakan ATM under control...
Quote zaujahzauji 15-10-2012 06:43 AM
tu blom masuk kes cucuk duit tengah2 malam
duit tak kuar atm dibakar
duit banyak pun akal setitik
Quote underground 15-10-2012 06:51 AM
masih rendah berbanding negara jiran...

tak caya suruh Tok Sham jln2 dgn segerombolan polis berpaku2 kat bahu berjalan seiring di kwsn mesin2 ATM terpileh...
Quote MissNigga 15-10-2012 06:52 AM
Letak bom masa kat ATM tu...
Saat ATM tu dilarikan... maka masa kat ATM tu automatically activated
Quote nurul_akmar 15-10-2012 07:12 AM
MissNigga posted on 15-10-2012 06:52 AM
Letak bom masa kat ATM tu...
Saat ATM tu dilarikan... maka masa kat ATM tu automatically activated  ...

setuju. langkah keselamatan temporary sementara kajian nak mempertingkatkan keselamatan dilakukan. ye lah kat msia ni, kajian amek masa sket. bertahun2.
Quote noor2 15-10-2012 07:18 AM
samada penjenayah terer bebenor atau udang2 dan kecekapan polis kureng
Quote roy3 15-10-2012 08:00 AM
Inila keindohe mesia..masih aman tiada perang
Quote AHMADVW 15-10-2012 08:04 AM
masih solamat ,, nak dibandingkan dgn negaro lain
Quote Lina66 15-10-2012 08:06 AM
perompak M'sia mmg champion2...  


Perkara mcm curi2 duit dari ATM pon penah berlaku kat sini..... tapi syg... cepat je kene tangkap dgn polis...   

Quote none88 15-10-2012 08:19 AM
teror perompak kat mesia nie....fuuhhhh
Quote kecimpret 15-10-2012 08:58 AM
kira m'sia pelupor industri rompak mesin ATM dunia laaaa..pasni perompak dari US kena dtg m'sia belajo cara2 mau rompak mesin ATM


Quote alien7749 15-10-2012 09:02 AM
MissNigga posted on 15-10-2012 06:52 AM
Letak bom masa kat ATM tu...
Saat ATM tu dilarikan... maka masa kat ATM tu automatically activated  ...

Pun bagus untuk buat trap bagi peragut. Letak bom remote dalam handbag. Kalau kena ragut, boleh activate. Lepas tu boleh gelak ramai2 kat peragut yang parah tu.

Quote gurun_power 15-10-2012 09:08 AM
Harap pasnie akan ader video "HOW TO ROB AN ATM MACHINE AND RUNAWAY WITH THE MONEY" kat dlm youtube.
buat mase nie ader technic hacking jer...
Quote Denco 15-10-2012 09:16 AM
kita harus bersyukur...jenayah kat mesia ni biasa2 je
Quote devilito 15-10-2012 09:19 AM
perompak mesin atm malaysia memang pakar...... negara2 lain kena belajar dr dorg ni...........

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.372628 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top