CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21737|Reply: 269

Tarikh akhir bayar saman JPJ extend sampai 10 Mac 2011!!(Update)

  [Copy link]
Post time 18-2-2011 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by along3746 at 2-3-2011 16:14

11 hari lagi bayar saman

PUTRAJAYA 17 Feb. - Semua pesalah lalu lintas masih mempunyai masa 11 hari lagi untuk menjelaskan saman tertunggak sebelum kadar baru dikuatkuasakan Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, jika pesalah terbabit tidak menjelaskannya dalam tempoh ditetapkan, mereka disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Tegas beliau, matlamat agensi penguat kuasa itu bukan untuk mencari keuntungan tetapi mendisiplinkan pengguna agar menghormati undang-undang jalan raya.

"Sebelum ini kerajaan memberi peluang untuk pesalah lalu lintas menjelaskan saman dalam tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lepas, tetapi tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh orang ramai.

"Matlamat utama kami bukan untuk cari untung tetapi bila kita buat salah, kenalah selesaikan, itulah peraturan namanya. Sebagai contoh, kalau kita makan nasi di restoran kita mesti kena bayar," katanya di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan di bawah peraturan baru mulai 1 Mac depan, kompaun lalu lintas akan diselaraskan iaitu kompaun RM150 dinaikkan kepada RM200 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 15 hari dan RM300 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Sementara itu, Solah berkata, pesalah lalu lintas juga dikenakan pemotongan markah dalam sistem Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) jika lewat membayar kompaun.

"Kalau saman terdahulu, mata Kejara tidak dimasukkan tetapi selepas ini walaupun bayaran dibuat pesalah tetap dikenakan mata Kejara," katanya.

Solah berkata, bermula 15 Mac depan, orang ramai boleh menjelaskan bayaran saman trafik di semua cawangan JPJ seluruh negara.

"Sebelum ini, mereka hanya boleh berbuat demikian di balai polis dan ibu pejabat pos negeri, berbanding sekarang sudah boleh bayar di kaunter JPJ," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 01:56 PM | Show all posts
"Kalau saman terdahulu, mata Kejara tidak dimasukkan tetapi selepas ini walaupun bayaran dibuat pesalah tetap dikenakan mata Kejara," katanya.

tak faham, maknanya, nanti bertimbun2 la mata tu..xkan luput. gitu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:01 PM | Show all posts
aku pon tak paham... nak elakkan org buat kesalahan ke mmg nak kutip duwet ni???
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:03 PM | Show all posts
aku pon tak paham... nak elakkan org buat kesalahan ke mmg nak kutip duwet ni???
inmaroon Post at 18-2-2011 14:01



    Nak kutip duwet!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 02:06 PM | Show all posts
mcm mana dengan saman yg tak dihantar ke rumah????
check online baru tau ada kena saman.
kenapa tak pos ke rumah ye??????
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 03:27 PM | Show all posts
mcm mana dengan saman yg tak dihantar ke rumah????
check online baru tau ada kena saman.
kenapa ta ...
kenarikimi Post at 18-2-2011 02:06 PM



    cmana nk cek online saman...aku tanya pakcik gugel takde jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2011 03:32 PM | Show all posts
la mati2 aku ingat dulu pon sapa buat salah kena mata kejara.... tp klu bayar saman tak kena la pulok
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 03:33 PM | Show all posts
kawtim dgn abe pulis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 04:11 PM | Show all posts
cmana nk cek online saman...aku tanya pakcik gugel takde jah
go_kart Post at 18-2-2011 15:27


Hang check kat sini ->http://www.myeg.com.my/index.php/en/faq/pdrm-summons
Sebelum tu kalau hang belum register so kena register utk login lepas register & bila dah ada usernam & password barulah hang login
Lepas tu kalau nak check saman hang pi click ada box yg tertera PDRM enquiry & Payment
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 05:50 PM | Show all posts
sinaran matamu bak kejara......ditengah malam....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 11:03 AM | Show all posts
Reply 6# go_kart


    daftar dulu kat myeg....
pastu leh cek jah oiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 11:17 AM | Show all posts
Reply  go_kart


    daftar dulu kat myeg....
pastu leh cek jah oiiiiii
kenarikimi Post at 21-2-2011 11:03 AM



    tq yang..............
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 10:45 AM | Show all posts
Reply 12# go_kart


    welcome.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:12 AM | Show all posts
aku sampai sekrg tak bayar2 lagi saman DBKL..  tu la.. saper suruh tak up kat payment online cepat2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:15 AM | Show all posts
nak pilihan raya laa tuh.. hahahah...

modal kempen..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:21 AM | Show all posts
11 hari lagi bayar saman

PUTRAJAYA 17 Feb. - Semua pesalah lalu lintas masih mempunyai masa 11 ha ...
along3746 Post at 18-2-2011 12:48



    Alhamdulillah.. I JPJ tak ada.. PDRM yang berderet... baru settle 4 yang kena blacklist..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 11:22 AM | Show all posts
cmana nk cek online saman...aku tanya pakcik gugel takde jah
go_kart Post at 18-2-2011 15:27



meh bg i/c ngan no kete ko, aku checkkan.........
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:22 AM | Show all posts
Reply  go_kart


    daftar dulu kat myeg....
pastu leh cek jah oiiiiii
kenarikimi Post at 21-2-2011 11:03



    Bayar online jer senang.. tak payah nak beratur kat balai polis untuk check saman dan bayar saman.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:30 AM | Show all posts
jap.... saman polis termasuk ke?? bila check myeg ada tapi kisah zaman dinasour...  last year renew takde pape pown...

nk renew roadtax ni bulan 4 nanti...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 11:32 AM | Show all posts
yeah... jpj takde... ---->>>> Rekod Pesalah Tidak Wujud
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.079191 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list