CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41647|Reply: 394

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
Post time 19-11-2011 08:43 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by along3746 at 18-3-2012 20:10

LHDN edar borang bantuan khas secara percuma mulai 1 Disember


2011/11/19

IPOH: Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Disember ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan menggunakan mekanisme itu bagi memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan berhak menerima bantuan berkenaan.

"Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar membabitkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion... Untuk itu seramai 2,000 sukarelawan LHDN akan digerakkan ke seluruh negara bagi memudahkan proses pendaftaran," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan masjid dan penyampaian hadiah Tadika Firdaus, Rancangan Perumahan Tersusun Batu 4 di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian berkenaan juga menyediakan bilik gerakan sepanjang proses pendaftaran dan pengagihan wang berkenaan yang dijangka bermula Januari depan.

Katanya, pendaftaran akan dibuat melalui LHDN, pejabat daerah atau agensi kerajaan terbabit serta kerajaan akan mengumumkan penerima yang layak melalui media massa.

Ahmad Husni berkata, proses pendaftaran adalah sangat penting dan LHDN juga akan buka bilik gerakan dan semua sukarelawan akan membantu sepanjang proses pendaftaran termasuk di kawasan pedalaman.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengedar borang permohonan palsu.

"Kita tidak mahu ada golongan tertentu yang cuba mengelirukan bakal penerima insentif ini dengan mengedarkan borang palsu bagi mengaut keuntungan," katanya.

Beliau berkata, proses pendaftaran haruslah melalui saluran yang betul dan tidak melalui orang tengah.

"Kita akan menghantar pasukan sukarelawan ini ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk proses pendaftaran," katanya. - BERNAMA

*http://www.bharian.com.my/bharia ... ai1Disember/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2011 08:45 PM | Show all posts
Insentif RM500: Jangan tertipu

BACHOK 18 Nov. - Hanya borang yang dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan diperakui bagi membolehkan orang ramai mendapatkan insentif khas RM500 seperti yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, namun setakat ini borang berkenaan belum lagi diedarkan oleh LHDN dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam waktu terdekat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang telah mengedarkan borang permohonan berkenaan bagi mendapatkan bantuan tersebut.

"Setahu saya borang rasmi itu akan diedarkan oleh LHDN paling awal 1 Disember ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok dalam taklimat pembangunan pendidikan dan prestasi pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 di Pejabat UMNO Bahagian Bachok di sini, hari ini.

Awang Adek berkata, jika benar ada borang permohonan yang telah diedarkan, ia dianggap tidak rasmi, tiada kesahihan dan tidak boleh diguna pakai bagi tujuan tersebut.

Justeru beliau hairan dengan tindakan pihak tertentu yang mengedarkan borang permohonan palsu itu sehingga mengelirukan rakyat yang terpaksa mengisi pelbagai borang berbeza.

"Saya tidak tahu tujuan pihak terbabit mengedarkan borang berkenaan. Barangkali mereka ingin mengumpul nama dan biodata untuk keperluan organisasi mereka dan saya mahu tegaskan, ia bukan borang yang melayakkan rakyat bagi memohon bantuan yang dijanjikan oleh kerajaan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 08:46 PM | Show all posts
Aku nak isi borang nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2011 08:49 PM | Show all posts
Aku nak isi borang nanti.
Muntz Post at 19-11-2011 20:46



    kau layak ke muntz..
    PTD gaji campur elaun dah lebih rm3000 aku rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 09:15 PM | Show all posts
Tak nak isi... nanti income dapat di trace...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 09:20 PM | Show all posts
aku yakin pasti akan ada yg terpedaya, dek kerana terlalu ghairah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2011 09:21 PM | Show all posts
berurusan terusla dgn LHDN..kalau tak nak tertipu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2011 09:24 PM | Show all posts
harap LHDN akan buka kuanter kat kawasan2 kampung dan pendalaman utk mengelakan org2 kampung tertipu nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 09:40 PM | Show all posts
bila bantuan utk ibu tunggal akan diagihkan? sedihnya... takde sapa nak bantu golongan lemah spt kami
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 09:52 PM | Show all posts
harap LHDN akan buka kuanter kat kawasan2 kampung dan pendalaman utk mengelakan org2 kampung tertipu ...
along3746 Post at 19-11-2011 21:24



    nanti takut org lain yang mintak duit..org lain yang dapat ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 10:05 PM | Show all posts
aku pun heran, makcik aku kata orang sebelah umah dia dah amik borang isi rumah tu..
diorang anak beranak pakat isi beramai-ramai pastu senyap2 konon tak nak bgtau orang lain.  Aku cakap kat makcik aku borang tu akan keluar bulan Disember nanti mcm mana pulak
diorang dah dapat borang?? hahaha..ntah2 diorang tu dah kena tipu kot.. lantak lerr..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 12:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by Muntz at 20-11-2011 00:10
kau layak ke muntz..
    PTD gaji campur elaun dah lebih rm3000 aku rasa..
along3746 Post at 19-11-2011 20:49



    Choy.. aku bukan PTD ok! Maaf yer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 12:24 AM | Show all posts
Reply 12# Muntz


    bukan muntz minyak geng...????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2011 05:40 PM | Show all posts
Tempoh enam bulan tuntut insentif RM500

LABUAN 19 Nov. - Tempoh pembayaran insentif tunai RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah ialah selama enam bulan bermula Januari hingga Jun tahun hadapan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mekanisme tuntutannya dipermudahkan iaitu setiap individu yang layak tidak perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada ketua kampung atau pegawai daerah.

Menurut beliau, ketua isi rumah yang layak hanya perlu mengisi borang yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sama ada di kaunter atau secara dalam talian.

"Mereka yang layak hanya perlu mengisi borang dan membuat perakuan bahawa keluarga tersebut memperoleh pendapatan di bawah RM3,000.

"Kita terima bulat-bulat permohonan tersebut dan mungkin ada yang akan mengambil kesempatan. Namun kita sudah ada perakuan yang diisi oleh pemohon. Jika ia tidak benar, mereka boleh dikenakan tindakan kerana membuat kenyataan tidak benar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bertemu kakitangan jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan sempena lawatan ringkas beliau ke Labuan hari ini.

Tambah Muhyiddin, rakyat yang layak menerima bantuan tersebut tidak perlu tergesa-gesa kerana masa yang diberikan kerajaan adalah lama dan mencukupi.

Ini kerana katanya, matlamat utama peruntukan hampir RM2 bilion kepada 3.4 juta isi rumah yang layak itu ialah untuk memudahkan orang ramai mendapat manfaat daripadanya.

"Ini jelas membuktikan Kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh membantu meringankan beban masyarakat yang berpendapatan sederhana dan ia selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang menekankan isu kos hidup rakyat," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2011 09:57 AM | Show all posts
Bantuan RM500: Jangan pilih bulu


Oleh ZAAIN ZIN
utusansarawak@utusan.com.my


SERIAN 26 Nov. - Ketua masyarakat diingatkan supaya tidak mengamalkan sikap pilih bulu dalam mengenal pasti penduduk di kawasan masing-masing yang layak menerima bantuan sebanyak RM500 daripada Kerajaan Persekutuan bermula tahun depan.

Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot Jaem berkata, tindakan tidak bertanggungjawab segelintir ketua masyarakat yang didapati menyalahguna kuasa dengan menyenaraikan nama saudara mara masing-masing amat mengecewakan.

"Masih ada dalam kalangan pemimpin tempatan yang tidak memahami proses permohonan bantuan itu sehingga mengabaikan penduduk yang benar-benar layak.

"Jangan hanya mengutamakan saudara mara atau rakan-rakan sahaja, tetapi mengenepikan peluang individu yang lebih layak memohon. Anda sepatutnya berlaku adil tanpa memilih bulu," katanya pada majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan 2012 Parlimen Serian di sini hari ini.

Turut hadir, Pegawai Pelajaran Daerah Serian, Abang Mat Ali Abang Masagus.

Bantuan sekali sahaja sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 bulan lalu.

Mengenai bantuan RM100 kepada pelajar sekolah, Riot yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri meminta pihak pengurusan sekolah supaya melaksanakan pemberian bantuan itu selewat-lewatnya sebelum perayaan Hari Krismas bulan depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2011 04:35 PM | Show all posts
RM500: Kerajaan akan umum proses pendaftaran

IPOH 27 Nov. - Kerajaan akan mengumumkan perincian mengenai proses pendaftaran bagi mengagihkan bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah pada awal Disember depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, proses itu untuk membolehkan isi rumah yang benar-benar layak menerima bantuan seperti diluluskan dalam Bajet 2012.

Katanya, bagi membantu melancarkan proses tersebut, kerajaan melantik 2,000 pekerja sambilan untuk membantu mengumpul bagi perincian tersebut selain dibantu oleh Jabatan Kebajikan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

"Selepas perincian ini siap, isi rumah yang layak boleh mendaftar pertengahan bulan depan dan bantuan dijangka diagihkan pada pertengahan Januari tahun depan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau ke projek baik pulih rumah Khadijah Che Hamzah di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi di sini.

Dalam Bajet 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bantuan sekali sahaja sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Ahmad Husni berkata, mengikut data yang direkodkan, seramai 3.4 juta isi rumah layak mendapat bantuan berkenaan.

"Kalau ada individu yang tiada rumah terutama mereka yang tinggal di bandar besar tetapi menumpang, layak menerima bantuan itu.

"Ia juga melibatkan golongan warga emas yang sebatang kara juga layak menerima bantuan, selain mereka dalam senarai E-Kasih," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2011 05:22 PM | Show all posts
berduyun-duyun org dtg ambik borang..
elok jugek sbb selama ni, tak pernah pun nak dtg LHDN sbb tak nak byr cukai..
pd hal sepatutnya, kita kena jugek buka akaun kat LHDN wlupun mmg tak layak kena cukai..
sekali nomot IC di simpan, abis semua akaun ceti pun depa boley trace..
lain laa klu urusniaga guna cash simpan bwh tilam..
umpan RM500 jek.. tp dapatan nya.. juta-juta kot. tunggu jek laa surat income tax dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 08:13 PM | Show all posts
Reply 17# zehra2


    aah.....
nampak mcm best jer dpt 500...tapi agenda sebaliknyaaaaaa..............................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 08:36 PM | Show all posts
dengar berita kat tv3 td LHDN keluarkan borang bantuan rm500 ni 10 disember plak..
permohonan dibuka selama sebulan, siapa yang rasa layak tu boleh lah ambil borang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 08:54 PM | Show all posts
Daftar mohon bantuan RM500 dibuka mulai 10 Dis.

30/11/2011
3:50pm


KUALA LUMPUR 30 Nov. — Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.

Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. — Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.512829 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list