CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
 Author| Post time 15-1-2012 06:36 PM | Show all posts
RM4 juta BR1M diagih


Oleh NAZERI NONG SAMAH
pengarang@utusan.com.my



ISMAIL Kijo (tengah) menyerahkan plak program baik pulih rumah kepada Norliah Sutan sambil diperhatikan oleh Sheikh Arziman Sheikh Ali (kiri) dan Sallehhoddin Abu Bakar di Lembah Jaya Selatan, Ampang, Selangor, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


AMPANG 14 Jan. - Kira-kira 7,836 penduduk dalam kawasan Ampang berpeluang menerima hampir RM4 juta wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi fasa pertama yang akan dibayar pada 18 Januari ini.

Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, bayaran BR1M bernilai RM500 bagi setiap pemohon yang berkelayakan itu adalah kepada golongan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

''Berdasarkan statistik, Ampang merupakan kawasan paling ramai didiami penduduk miskin bagi kawasan perbandaran di Selangor yang layak menerima BR1M itu,'' katanya.

Tambah Ismail, sebelum ini pihaknya menyediakan sebanyak 55 pusat pendaftaran untuk BR1M di kawasan Ampang yang menerima lebih 11,000 permohonan.

''Namun bagi yang ketinggalan masih boleh mendapatkan borang permohonan bantuan itu di Pejabat UMNO Bahagian Ampang sehingga 10 Februari ini,'' katanya.

Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang menyatakan demikian kepada Mingguan Malaysia selepas menyempurnakan majlis Penyampaian Baik Pulih Rumah kepada warga emas, Norliah Sutan di Lembah Jaya Selatan, di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar GiatMara Selangor, Sallehhoddin Abu Bakar; Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Sheikh Arziman Sheikh Ali; Setiausaha Barisan Nasional (BN) Ampang, Jasman Aslim dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Ampang.

Mengenai program baik pulih rumah itu, Ismail berkata, ia adalah peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan dilaksanakan menerusi GiatMara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 06:46 PM | Show all posts
Patut bantuan ni dilaksanakan setiap tahun kalay bajet mengizinkan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 07:03 PM | Show all posts
Jemlah bank2 yg terlibat dgn pemberian BR1M nie. Mana taknya dgn chinese new year lg...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 07:07 PM | Show all posts
I tak dapat pun baucer tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 07:53 PM | Show all posts
Patut bantuan ni dilaksanakan setiap tahun kalay bajet mengizinkan...
xy_daen Post at 15/1/2012 18:46


yg dapatnya bestlah...
hazab pihak bank yg nak menguruskan pembayaran ni..
segala mcm masalah...
penerima 5 juta, kaedah manual...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 07:54 PM | Show all posts
Reply 264# doreamon.kiut


in stages..
tunggulah surat jemputan dari YB kawasan awak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2012 08:07 PM | Show all posts
Reply  doreamon.kiut


in stages..
tunggulah surat jemputan dari YB kawasan awak..
monreyes Post at 15-1-2012 19:54


tak layak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 08:16 PM | Show all posts
bersyukurlah kita tak tergolong dlm lingkungan berpendapatan bwh RM3K....
heeeee.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 08:22 PM | Show all posts
heran gak aku yb yg serahkan boucer ni...errr semua duit ni yb2 ni ke disumbangkan utk br1m ni??
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:14 PM | Show all posts
Reply  doreamon.kiut


in stages..
tunggulah surat jemputan dari YB kawasan awak..
monreyes Post at 15-1-2012 19:54


bukan YB kawasan la ... wakil BN kawasan
tempat mak aku semua wakil umno,mca n mic berebut nk jadi wakil serahkan baucar tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 10:04 PM | Show all posts
Kwn aku jam 8 td msg aku guna whatsup lg inform yg mak dia dapat bantusn rm500 tu.esok kwn aku tu kena hantar mak dia ambil di sungai siput.katanya mb yg sampaikan.aku tumpang gembira je dia org dpt duit tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 10:58 PM | Show all posts
Lebih 50 Peratus Penerima Awal BR1M Mula Terima Bayaran Hari Ini

IPOH: Lebih 50 peratus daripada 4.1 juta borang pemohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima dari seluruh negara, mula menikmati pembayaran bantuan tersebut dalam bentuk baucar tunai hari ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata pembayaran dibuat kepada kumpulan pertama ini walaupun tempoh permohonan skim itu dilanjutkan lagi sehingga 10 Feb ini.

"Kita masih lagi buka pendaftaran sehingga Februari depan. Ini kerana dalam mesyuarat kita bersama-sama timbalan menteri, setiausaha politik, anggota parlimen, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah, mereka menyatakan masih terdapat individu yang layak belum mendaftar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar tunai BR1M kepada 1,500 penerima dari kawasan Parlimen Tambun di sini, Ahad.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata bagi negeri Perak sebanyak 237,000 penerima layak menerima BR1M yang mula diserahkan mulai Ahad.

Konsep BR1M adalah berdasarkan kelayakan, di mana mereka yang layak akan menerima bantuan itu, jadi pihaknya melanjutkan lagi tempoh pendaftaran untuk bantuan berkenaan bagi memberi lebih masa kepada mereka yang layak untuk memohon, katanya.

Beliau berkata tempoh pembayaran skim BR1M akan dilaksanakan selama dua bulan mulai hari ini hingga 15 Mac, bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar supaya tidak ada pemohon yang layak menerimanya tercicir.

Semua penerima yang layak akan dibayar dalam bentuk baucar tunai RM500 dan mereka boleh menunaikan baucar itu di kaunter-kaunter bank Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan Maybank yang ditempatkan pada majlis penyerahan.

Selain itu baucar tunai yang mempunyai tempoh sah laku sehingga 15 April depan juga boleh ditunaikan di mana-mana cawangan bank tersebut di seluruh negara.

Ahmad Husni berkata dalam pembangunan ekonomi negara, kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua rakyat menikmati pembangunan itu.

"Bagi mereka yang mempunyai berpendapatan lebih dalam keadaan kenaikan harga barang, mereka masih mampu memberi barangan keperluan secukupnya," katanya.

Bagaimanapun dalam kajian kerajaan, mereka yang berpendapatan bawah RM3,000, pembelian barangan keperluannya terjejas dan dengan bantuan itu mereka dapat berhadapan kenaikan harga barang serta masih boleh menikmati pembelian barang yang sepatutnya, katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 11:47 PM | Show all posts
bestnya...
saya, suami, mak, family abang2 semua hanya mampu melihat..

bagi yang dapat, guna elok2 ya..
selamat berbelanja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 05:30 PM | Show all posts

WONG Ling Kee, dari Batu Berendam, Melaka gembira selepas menerima duit bantuan RM500 sambil diperhatikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (tiga dari kiri), bersama Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu (dua dari kiri), pada majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Dun Bukit Baru di Dewan Datuk Demang Husin, Bukit Katil, Melaka, hari ini. - Foto Rasul Azli Samad
Jan 16, 2012 4:44 pm
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 06:49 PM | Show all posts

kat tempat aku, ada org2 kaya yg jelez dengan staf yg dapat duit ni

~ayat klise konon x jelez.....pirahhhh....mesti nak jugak.....x malu!!!! haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 08:16 PM | Show all posts



GEMBIRA...Penduduk Gugusan Lepar Hilir menunjukkan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 yang mula diagihkan sejak Ahad ketika tinjauan fotoBERNAMA di Kuantan pada Isnin. Bantuan ini diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000. -fotoBERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 10:23 PM | Show all posts
heran gak aku yb yg serahkan boucer ni...errr semua duit ni yb2 ni ke disumbangkan utk br1m ni??
sepaileman Post at 15-1-2012 20:22


sama juga mcm baucer buku, certain tempat menteri/yb yg dtg buat simbolik penyerahan. bukan apa, tu just bg peringat kat penerima jasa kerajaan kt depa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 10:25 PM | Show all posts
pakcik pun dapat khamis nie kat rembau.tapi undi nanti pakcik tetap tak undi BN.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 01:30 PM | Show all posts
Sarawak guna pejabat daerah agih wang BR1M

KUCHING 16 Jan. - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pemohon di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai fasiliti perbankan di negeri ini akan dibayar menerusi pejabat daerah.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata, langkah itu bagi memudahkan pemohon BR1M yang layak mendapatkan bantuan tersebut tanpa perlu berbelanja tinggi.

"Modus operandi pengagihan wang BR1M di Sarawak berbeza kerana di sini masih banyak tempat tidak ada kemudahan bank dan untuk pergi ke bank berdekatan untuk kawasan pedalaman dan luar bandar pastinya akan menelan kos tinggi," katanya di sini hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas perasmian Rumah Jamsin untuk kemudahan pesakit kanser berhampiran Hospital Umum Sarawak , berkata pembayaran akan dibuat secara berperingkat.

"...kepada mereka yang layak iaitu berpendapatan kurang RM3,000 sebenarnya masih boleh memohon kerana saya difahamkan tempoh kini sudah dilanjut untuk memastikan nama mereka yang layak tidak tercicir," katanya.

Mengenai isu berbeza, Fatimah berkata Biro Wanita dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara akan menganjurkan lebih banyak program pemeriksaan dan saringan percuma mengesan kanser payu dara bagi mereka berpendapatan kurang RM5,000.

"Kita merancang untuk menempatkan satu sudut pemeriksaan di setiap majlis dan program anjuran kerajaan dan agensi yang berkaitan selain di pesta-pesta dan keramaian," katanya.

Beliau berkata pihaknya mensasarkan 5,200 Program Gempur Subsidi Mamogram dan saringan pemeriksaan penyakit kanser payu dara diadakan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 01:31 PM | Show all posts
Jangan guna BR1M untuk berjudi - Yahya Hussin


YAHYA Hussin (dua, kiri) diiringi oleh Marcus Mojigoh (tiga, kiri) menyampaikan BR1M Daerah Putatan, Petagas dan Tanjung Aru di Kota Kinabalu, kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------


KOTA KINABALU 16 Jan. - Semua penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di negeri ini diminta tidak mensia-siakan bantuan berkenaan untuk perkara yang tidak bermanfaat, termasuk berjudi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, sebaliknya semua penerima hendaklah menggunakan bantuan itu untuk keperluan keluarga.

"Jangan diguna untuk perkara sia-sia, dipertaruhkan di kedai empat digit, sabung ayam atau berjudi yang tidak memberi manfaat kepada anak-anak kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan BR1M Daerah Putatan, Petagas dan Tanjung Aru di sini semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh.

Seramai 1,815 penerima yang layak di Parlimen Putatan menerima bantuan fasa pertama berkenaan.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas memberitahu, bantuan berkenaan menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Beliau juga berharap semua pihak tidak menjadikan ia sebagai isu politik bagi menimbulkan suasana yang negatif.

"Kita akan pastikan setiap pemohon yang layak menerima bantuan ini dan mana-mana pihak yang menghadapi masalah boleh menghubungi pejabat daerah berhampiran.

"Bagi yang tidak layak mendapat bantuan ini, kita harap jangan pula menimbulkan suasana yang negatif," katanya.

Beliau turut meminta semua pemimpin akar umbi memastikan setiap individu yang layak di kawasan masing-masing mendapat bantuan berkenaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.070135 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list