CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 31-10-2012 07:42 AM | Show all posts
amirezu posted on 31-10-2012 12:36 AM
kalau safwa tower tu memang mahal. saya pernah try naik ke tingkat atas lepas food court sekadar n ...

hehehe..iye la, safwa tower tu utk golongan elit, memang mahal la barang jualan kat situ. Saya pun pi beli batu 'delima isi' kat situ..tu pun Petugas Ambilan Musim (PAM) yang bawakkan utk cari batu delima yang original. Harga plak murah.

Delima isi ni dalamnya padat dan tak berbentuk mcm air (batu delima biasa), sekali tengok mcm batu marmar pun ada, tapi jenis delima..harga asal dekat SR120 utk sebiji delima sebesar kacang hijau, tapi PAM saya negotiate (siap urut janggut penjual tu lagi..hihihihi..), dapat SR25 utk sebiji..so, saya beli la a few biji bagi kat orang yg kirim beli batu nak buat cincin tu..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2012 08:47 AM | Show all posts
salam semua, terima kasih kerana bg penerangan pd soklan sya..

haji one, kwn ank saya yg pergi tahun ini. dia pergi pakai pakej swasta...
klu muasassah xboleh pergi ke klu umur dibawah 15thn???
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 09:51 AM | Show all posts
merpati01 posted on 31-10-2012 08:47 AM
salam semua, terima kasih kerana bg penerangan pd soklan sya..

haji one, kwn ank saya yg pergi ta ...

Peraturannya terpakai utk muasasah dan swasta, kecuali ada kelulusan khas..contohnya ada pakej yang ada kuota, tapi tak dipenuhi (takdak jemaah haji nak pi dgn pakej company tu), so, TH akan bagi la jugak allocation (dgn kelulusan jawatankuasa rayuan haji) utk kanak2 bawah 15 tahun pergi..or else company tu rugi satu tempat.

Tapi saya tak berani nak cakap banyak sebab taktau in detail..kena tengok perincian kes tu dulu barulah boleh bercerita panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 04:15 PM | Show all posts
nak bertanya juga.. sebab dah lama sebenarnya bermain di fikiran...
(maaflah kalau dah ada org tanya, tak larat pula saya nak semak page2 belakang... )

tempoh mendaftar dan nak prgi haji dgn TH memakan masa yang lama.. (bg org yang tidak berkemampuan, terpaksa juga menunggu)
tp kalau berduit, daftar jer dgn swasta dah boleh pegi dah...

tapi hati kecil saya ni rasa mcm tak adil jer sebab kuota org yang pergi dengan TH dah di bagi kepada sykt swasta yang menguruskan pemergian hj bagi golongan yang berkemampuan...
ke saya yang mungkin tak tau bahawa kuota ni sebenarnya telah dibahagi sama rata antara TH dan swasta.. ker macammana ye...

harap dapat penjelasan.. tk..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 04:57 PM | Show all posts
hehehe..benda ni dah ditanyakan dulu, tapi takpa la, saya ceritakan semula (mengikut pengetahuan yang saya ada).

Sebelum tu, nak saya tegaskan bahawa pengurusan KUOTA HAJI ni adalah sangat RUMIT dan TEKNIKAL.

Ok, kuota negara kita adalah 0.1 peratus daripada rakyat Malaysia (Rakyat Malaysia, Melayu Cina, India dll berjumlah 27.9 juta) yg membawa kepada jumlah jemaah haji seramai 27900 pada tahun ni. Jumlah ni adalah fix (tetap dan makin meningkat mengikut bancian yang dilakukan dan disahkan oleh United Nations).

Selain itu, sumber kuota yang lain adalah melalui kuota tambahan, mengikut rekod dan pengalaman saya, puratanya dalam 7-10k tempat setiap tahun.

So, secara forecast (jangkaan untuk tempat akan datang) adalah 27900 kuota tetap + 10000 kuota tambahan yang membawa kepada 37900 tempat utk jemaah haji. So, biasanya kemampuan utk operasi haji bg TH mestilah dlm lingkungan tu..or else, kalau kita bersedia utk jumlah kuota tetap je, bila dapat kuota tambahan, memang problem besar la.

Daripada kuota ni, biasanya yang kuota tetap ni dikhususkan untuk pihak muassasah sementara kuota tambahan untuk pihak PJH (pengelola jemaah haji)..ni dari kiraan asas. Tetapi ianya depend pada Pengurusan Haji pada tahun tersebut, contohnya nak berikan sedikit tempat dr kuota tetap pada pakej ke dan sebagainya..(membawa kata tak semestinya kuota tambahan tu utk PJH sahaja..boleh jadi juga PJH telah diberikan kuota dr kuota tetap yg sedia ada, pecahan dan peratusan kuota muassasah dan kuota PJH ni adalah bergantung kepada forecast dan juga situasi semasa yg menjadi kepada pembolehubah pembahagian tu).

Ok, dr kuota yang ada ni pula (muassasah mahupun swasta a.ka. PJH ni), bukan semuanya dialokasikan utk jemaah haji yang telah cukup tempoh. Ada beberapa peratus drpd kuota itu dialokasikan kepada jemaah haji warga emas, masalah kesihatan, isu mahram, kuota khas dan sebagainya. Peratusan ni sentiasa berubah mengikut situasi semasa, contohnya, katakanlah pada tahun ni, TH nak lebihkan jemaah haji warga emas pergi tahun ni, so, peratusan alokasi utk kuota warga emas akan diperbanyakkan..so, begitu juga dengan yang lain.

Pada dasarnya, untuk pergi dengan muasasah mahupun dengan swasta, jemaah haji tu perlulah terpilih (samada secara cukup tempoh menunggu, mahupun melalui rayuan yang dikemukaan atas alasan yang berkaitan). Bila dah terpilih, barulah boleh pergi dengan swasta mahupun muasasah.

kebiasaannya, jemaah haji memang nak pergi dgn muassasah compare dgn swasta kalau ikut kepada trend sekarang sebab faktor kos dan lain-lain perkara yang berkaitan. Kekadang, kita tengok memang ada jemaah haji yang baru mendaftar dah boleh pergi, tetapi sebenarnya banyak perkara yang perlu kita perhalusi bila lihat kes mcm ni, termasuklah susur galur kepada jalan yang dia lalui sehingga terpilih. Biasanya, mereka akan merayu atas sebab kesihatan, dah tua dll..selain itu, pihak syarikat swasta pun akan turut membuat rayuan bagi orang yang mendaftar dgn pakej mereka tapi belum terpilih. Bergantung kepada situasi dan keadaan, TH pun kekadang meluluskan rayuan dr syarikat ni, atas dasar, kalau syarikat tu tak mencukupkan kuota syarikat mereka, mereka akan rugi sebab mereka dah paid in advance semua perkara utk jemaah haji mereka.

Untuk pergi dengan swasta ni, kena tengok banyak faktor, kita lihat je tahun ni, hampir kesemua agensi haji kerugian kerana mereka tak dapat bawak jemaah haji sejajar dgn alokasi kuota asal mereka sebab kuota tak dapat / terlalu lambat dapat..dan ramai yg mendaftar dgn pakej swasta yang tak dapat pergi pun. Ni semua adalah antara punca2 kepada cepat lambatnya pergi dengan swasta la ni..

Juga kena ingat, utk setahun dua ni, tempoh menunggu haji adalah sangat besar margin tahunnya kerana dah ramai yang mendaftar haji, berbanding beberapa tahun lalu (kena tunggu lebih kurang 9-12 tahun)..berbanding sekarang ni, dah mencapai 39 tahun tempoh menunggu.

Apa2 pun, ianya tertakluk kepada situasi semasa dan juga keadaan yang berlaku di tanah suci pada tahun2 tersebut.

Hmm..sangat detail, saya pun tak tahu nak huraikan mcmana sebab setiap satu point yg saya nak sampaikan, ianya akan bersangkut paut dgn banyak perkara lain (yg ada pemboleh ubah tersendiri)..



Last edited by haji_one on 1-11-2012 07:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 06:45 PM | Show all posts
aziefa posted on 30-10-2012 05:06 PM
Insyallah saya juga akan berkampung di airport utk menunggu ketibaan pulang Abang Ipar melalui KT0 ...

Ayah saya patutnya tiba dgn sv 5714 dari jeddah 3 nov...tiba di kuala lumpur 0045 (5 nov)..
dah hampir 39 hari..ayah kekal kt sana...

semoga kita semua dijemput menunaikan haji oleh ALLAH SWT

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2012 06:49 PM | Show all posts
HUSSAINTAHIR posted on 31-10-2012 06:45 PM
Ayah saya patutnya tiba dgn sv 5714 dari jeddah 3 nov...tiba di kuala lumpur 0045 (5 nov)..
dah h ...

AsSalam Hussain

Al Fatihah untuk arwah ayah Hussain. Barang barang dia bagaimana dah diterima keluarga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 07:41 PM | Show all posts
terimakasih byk2 ...

kesian jgk kat haji-one, tpaksa berulang2 kali terangkn perkara yg sama terutama ttg kuota....
salute dgn ksabaran tuan haji yeeee....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2012 07:52 PM | Show all posts
HUSSAINTAHIR posted on 31-10-2012 06:45 PM
Ayah saya patutnya tiba dgn sv 5714 dari jeddah 3 nov...tiba di kuala lumpur 0045 (5 nov)..
dah h ...
dah hampir 39 hari..ayah kekal kt sana...
Salam Usin.

Kesedihan mu kami rasa jua di sini. Menetapnya ayah mu di antara kalangan sahabat rasullullah di Baqi.

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 08:36 PM | Show all posts
HUSSAINTAHIR posted on 31-10-2012 06:45 PM
Ayah saya patutnya tiba dgn sv 5714 dari jeddah 3 nov...tiba di kuala lumpur 0045 (5 nov)..
dah h ...

Assalamualaikum Husain..
Allayarham Ayah Husain adalah diantara insan-insan yg dpilih oleh Allah.
Dapat bersemadi di Perkuburan Baqi...
Kita ni yg tk tau lagi...
Allahuakbar...

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 10:57 PM | Show all posts
haji_one posted on 31-10-2012 07:42 AM
hehehe..iye la, safwa tower tu utk golongan elit, memang mahal la barang jualan kat situ. Saya pun ...

wah banyak dapat diskaun tu sebab urut janggut je hehe. saya beli cincin China je SR5 kat ladang unta. pakai kejap dah tanggal dah sadur dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 11:02 PM | Show all posts
haji_one posted on 31-10-2012 04:57 PM
hehehe..benda ni dah ditanyakan dulu, tapi takpa la, saya ceritakan semula (mengikut pengetahuan yan ...

owh macam tu rupanya. saya ingat pakej swasta ni dah diberi kuota siap2. maksud saya camni, katakan Pakej A ni swasta, TH dah bagi kuota sekian2 kepada Pakej A bergantung kepada berapa jumlah kuota yang Pakej A mintak daripada TH. bukan camtu rupanya ek?

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 03:30 AM | Show all posts
haji_one posted on 19-10-2012 09:52 AM
Tapi jujur saya katakan, hati saya memang tak senang..berdebar2 je selepas mereka pergi ke masjidilh ...

TQ FOR SHARING HAJI WAN..RASE SEBAK DAN BERSYUKUR..
TERIMA KASIH HAJI..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 07:35 AM | Show all posts
merpati01 posted on 31-10-2012 07:41 PM
terimakasih byk2 ...

kesian jgk kat haji-one, tpaksa berulang2 kali terangkn perkara yg sama teru ...

hahaha..takpa la, boleh je bagi link kat umah lama..tapi takpa, biar saya taip semula je la, boleh jugak tambah idea baru dan ubah skit corak penerangan..hihihihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 07:41 AM | Show all posts
amirezu posted on 31-10-2012 11:02 PM
owh macam tu rupanya. saya ingat pakej swasta ni dah diberi kuota siap2. maksud saya camni, kataka ...

Memang dah ada alokasi utk pakej swasta ni, let say 10,000 tempat utk jemaah haji mereka, so, dlm jumlah ni, TH akan bahagikan kepada syarikat swasta ni mengikut kemampuan syarikat tu, sesuai dgn kemampuan operasi mereka (bangunan yang disewa dll faktor), pengalaman, permarkahan yang mereka terima bagi tahun sebelumnya (agensi swasta ni dinilai setiap kali musim haji, kalau mereka tak perform atau ada problem sehingga dipotong merit mereka, mereka takkan boleh bawa lagi jemaah haji tahun depan) dan beberapa faktor lagi.

Off course mereka ni akan request utk mohon bawah jemaah haji dlm jumlah tertentu, tapi TH akan tetap melihat dan menilai dahulu setiap syarikat tu sebelum memberikan jumlah kuota yang bersesuaian dengan mereka.  

Jumlah agihan kuota pun tak sama utk swasta ni, mungkin tahun ni, TH nak bagi 10k, tahun depan nak bagi 7k, semuanya bergantung kepada isu dan suasana semasa..so, kalau tahun ni bagi 10k, mungkin syarikat A dpt 10%, syarikat B dapat 17%, syarikat C dapat 20% drpd kuota yg diberikan (iaitu 10k), kalau perkadaran yang sama (untuk next year), tapi dr kuota yang berjumlah 7k, so, kurang la jemaah haji mereka berbanding tahun sebelumnya.

Let say, tahun ni ada 2 syarikat swasta (A dan B), yang A dah ada pengalaman 12 tahun bawak jemaah haji, yang B baru nak bermula (baru dapat lesen), sudah tentu yang A akan dapat lebih kuota dan B dapat kurang skit, sesuai dgn pengalaman pertamanya..

Lebih kurang macam tu la, saya nak cerita in detail pun agak sukar..kena import petugas haji (bahagian pakej swasta) terangkan baru jelas rasanya..hehehehe.. Last edited by haji_one on 1-11-2012 07:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 07:46 AM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 1-11-2012 03:30 AM
TQ FOR SHARING HAJI WAN..RASE SEBAK DAN BERSYUKUR..
TERIMA KASIH HAJI..

sama-sama R.A.M.A, takpa la..kita yang sihat tubuh badan dan sempurna semuanya ni memang kena ambil iktibar, mudah2an kita tak menjadi antara golongan yang lupa dan kufur nikmat yang Allah swt berikan pada kita..insyaAllah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2012 07:47 AM | Show all posts
haji_one posted on 31-10-2012 07:42 AM
hehehe..iye la, safwa tower tu utk golongan elit, memang mahal la barang jualan kat situ. Saya pun ...

Haji....blh share nama kedai tu x? Minat nk beli juga ni...batu cincin tu...insyaallah nanti nk g sna blh g cari...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 07:51 AM | Show all posts
amirezu posted on 31-10-2012 10:57 PM
wah banyak dapat diskaun tu sebab urut janggut je hehe. saya beli cincin China je SR5 kat ladang u ...

SR5, bersamaan dengan RM4.70..hahahah..memang la sat je hilang sadurnyer tu, kekadang yang 'batu' tu pun boleh hilang..saya pernah tegur sorang jemaah haji, saya nampak dia dok lepak kat lobi..saya kata, "aiiii...tuan..lawa cincin tuan, tapi mana batu berliannya?".

Dia pandang cincin dia..pastu kata, "laaaaa..dah hilang dah batu cincin ni, tadi beli ada lagi..hahahaha...".

Saya tanya balik, "berapa ratus cincin tuan ni..batu akek ka, delima ka, firus ka..", pastu, dia ketawa dengar soalan saya, dia bukak cincin dia, buang dlm tong sampah, pastu bukak beg sandang dia, keluarkan cincin baru dan pakai..kata dia, "ala, beli kat orang patani kat lobi tu, 5 cincin, baru SR35 riyal..kalau hilang, ni ada lagi 4..hahahaha..', kata dia la sambil tunjuk cincin2 yg dia beli..sabor je la..hahahahaha..

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 07:55 AM | Show all posts
bunga_kaseh posted on 1-11-2012 07:47 AM
Haji....blh share nama kedai tu x? Minat nk beli juga ni...batu cincin tu...insyaallah nanti nk g  ...

Saya tak ingat la bunga, pi tahun 2009, tahun lepas pi takdak orang kirim, jadi tak pi beli pun.  Tapi saya beli kat kedai row bawah banguna safwa tower tu, yang menghala ke jalan luar (kat dalam bangunan pun ada..).

Kalau ikut orang arab ni, batu delima ni ada dua jenis, satu delima hijau air (yg macam guli..dlm dia mcm ada air), satu lagi delima daging (atau orang panggil delima 'isi'), yang batu delima daging ni dia murah skit, bentuk dia mcm marmar putih yg ada corak, cuma ianya berwarna hijau (mcm jed) dan ada yang berwarna merah..kalau pi luar musim ni memang boleh dapat murah..cuma kena pandai cari sebab takut puak2 arab ni jual batu marmar yg berwarna, bukan batu delima..hehehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 07:57 AM | Show all posts
haji_one posted on 1-11-2012 07:55 AM
Saya tak ingat la bunga, pi tahun 2009, tahun lepas pi takdak orang kirim, jadi tak pi beli pun.   ...

Itu lh...takut kena tipu jer..dh ler x reti nk tgk ori ke x ori...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.105299 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list