CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cakkkk....aaaa

50 minuman paling SEDAP di dunia.

  [Copy link]
Post time 16-12-2011 10:03 AM | Show all posts
Nope. Nira itu mmg palm wine dalam English. Tuak Sarawak bukan palm wine tapi rice wine. N ...
Muntz Post at 16-12-2011 08:16



    air nira nipah xtahan lama..ia akan menjadi masam..paling lama pon dlm 1-2 hari je leh disimpan..rasanya sangat manis dan sedapp..dulu2 mmg mak/ayah aku buat nira ni sbb kawasan umah aku mmg byk pokok nipah..dan buat jual lagi..air nira yg berkualiti adalah masih jernih..kalo dah tuka kelabu asap tu dah xsedap nk ala2 masam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2011 10:03 AM | Show all posts
doraisamy ni area mana mo?
ayeesha Post at 16-12-2011 09:54


berhampiran dgn Balai Polis Dang Wangi tu kaka...
U know where Sheraton Imperial KL is? It's just behind that..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 10:23 AM | Show all posts
knp teh tarik xmsuk ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2011 10:59 AM | Show all posts
air nira nipah xtahan lama..ia akan menjadi masam..paling lama pon dlm 1-2 hari je leh dis ...
cak! Post at 16-12-2011 10:03



betul... tahan sehari dua je...itupun kena masuk sejenis kayu..takik2 masuk dalam botol pengumpul siap2.. kayu inilah yg berikan rasa tambahan kat air nira nipah/kelapa tu.. nama dia 'laghu'.. tak tahu apa nama kayu tu kat tempat lain... kalau tak masuk 'laghu' nira yg dikumpul sebelah pagi dah jadi masam bila dikutip belah petang..

kalau masuk peti air kasi beku boleh tahan lama...

ada mat2 gian yg datang nak beli siap order "kakak, esok nak air tuak 20ringgit... jangan letak 'laghu' ya".... makcik aku sound je balik "kita kat sini buat nira semua yg ada 'laghu', nak yg masam gi masuk sungai buat sendiri"

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:01 AM | Show all posts
betul... tahan sehari dua je...itupun kena masuk sejenis kayu..takik2 masuk dalam botol pengu ...
Cakkkk....aaaa Post at 16-12-2011 10:59



    baru aku tau ada masuk kayu laghu bagai..ni area mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2011 11:05 AM | Show all posts
baru aku tau ada masuk kayu laghu bagai..ni area mana?
cak! Post at 16-12-2011 11:01


pantai timur..

org yg buat nira utk jual memang pakai kayu ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2011 11:10 AM | Show all posts
Alaaa ....different people hv different taste kan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:11 AM | Show all posts
apa beza lochong dgn cendol?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2011 11:20 AM | Show all posts
apa beza lochong dgn cendol?
sekngucing Post at 16-12-2011 11:11


locong bukan pakai cendol tepung mcm kat sini kan kucen?

locong cendolnya jernih.. mcm dibuat dari tepung sagu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:22 AM | Show all posts
betul... tahan sehari dua je...itupun kena masuk sejenis kayu..takik2 masuk dalam botol pengu ...
Cakkkk....aaaa Post at 16-12-2011 10:59



   



                             Laghu (Rincihan kayu halus dari banir cengal kebiasaannya)


Dua tong tuak yang telah dibawa turun dari pokok yang telah diasingkan laghu didalam tukil

Kredit http://mattblacqkk.blogspot.com/2011_08_01_archive.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2011 11:25 AM | Show all posts
Laghu (Rincihan kayu halus dari banir cengal kebiasaann ...
solstice Post at 16-12-2011 11:22



bulls eye!

yg ni lah namanya laghu..

kalau tak campur laghu airnya manis jah... tapi lepas campur laghu ada rasa herba mcm akar kayu sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:34 AM | Show all posts
x penah plak aku minum buah mata kucing...mkn buah nya sajok...x leh bebyk coz buah ni plg manis di donia
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:42 AM | Show all posts
Cara2 wat air nira
Kredit blog: http://mattblacqkk.blogspot.com/2011_08_01_archive.html

TUAK NYIOR WANGI CIKGU NIK MAT PULAU KUNDUR


                                     Tuak nyior wangi Cikgu Nik Mat sedang disukat dan diikat

Hari ini adalah hari pertama berpuasa bagi seluruh umat islam di malaysia.Bulan Ramadan yang penuh rahmat keberkatan ini setiap tahun akan memberi sedikit kelegaan kepada peniaga peniaga makanan di seluruh negara. Sebulan bulan puasa inilah peluang mereka untuk mencari reezeki lebih untuk berbelanja di hari raya.

Setiap kali bulan Ramadan ramuan berbuka yang akan kawe cari dan cari ada kepelbagaian jika berkebetulan kawe berpuasa dan berbuka ditanah Cik Siti Wan kembang.Hari ni kawe nak bercerita tentang KECINTAAN kawe kepada air tuak (Nira Kelapa bahasa ore Kuala Lumpur) di bulan ramadan ini.Golongan muda kini ,mungkin masih meminati tuak ini ,mungkin ada yang boleh membezakan tuak yang asli dengan tuak yang tidak asli.Tuak yang dijual ditepi jalan kebiasaannya bukanlah tuak yang asli dari segi rasanya walaupun ada ditulis ''TUAK ASLI '' dikotak simpanan tuak tersebut.Untuk mengetahui tuak tersebut asli dan tidak asli anda perlu tahu bagaimana cara tuak diproses diperingkat awal hingga akhir .Anda tidak akan dapat membezakan tuak asli dengan yang asli sekiranya anda tidak pernah merasai tuak yang asli ,itulah adalah perbezaan mudah dari segi rasa.

Selepas asar hari ini kawe menuju ke Kampung Pulau Kundur untuk mencari tuak asli yang disadat oleh Tok Nyadat Cikgu Nik Mat dikebun nyior wanginya.Nyior wangi adalah spesis kelapa renek yang lebat buahnya.Tenaga Beruk tidak diperlukan untuk memulas nyior wangi kerana ketinggian kelapa ini hanya boleh dipetik samada dengan atau galah sahaja. Lebih kurang pukul  5.30 petang kawe tiba didepan tangga Tok Nyadat ini.Kelihatan beberapa orang penggemar tuak sedang menunggu giliran mereka untuk mendapat tuak yang sedang dimasukkan kedalam ''supit'' (plastik bungkus) dengan menggunakan cetong (jag) .Harga tuak hari ini bukan murah seperti 10 tahun dulu ,dulu ramai tok tok nyadat yang menyadat tuak kini amat jarang ada tok nyadat yang mahir menyadat tuak.Harga tuak Cikgu Nik Mat ini Rm 5 secetong.




                          Lima cetong tuak kawe sedang diisi dalam supit rokrak (plastik merah tu)

Kawe bolehlah menceritakan sedikit bagaimana tuak ini diproses dengan pengetahuan sejengkal yang kawe ada untuk dikongsi dengan para pembaca diluar sana. Kita tinjau dulu secara bergambar peralatan asas yang patut ada untuk menyadat tuak ini .



            Rupa bentuk Ssadat tuak (pisau yang digunakan untuk menyadat tuak)



                             Tukil tuak (buluh yang di gunakan untuk menadah air tuak)




                             Laghu (Rincihan kayu halus dari banir cengal kebiasaannya)

Tiga peralatan perkara asas ini perlu ada dalam pemprosesan yang seterusnya untuk mendapatkan tuak. Ssadat tuak digunakan untuk mengerat/memotong/menghiris mayang (tandan) nyior yang muda untuk air tuak dikeluarkan (kalau mayang nyior yang tua disebut manggar dalam bahasa kelate). Laghu berfungsi untuk melambatkan proses tuak menjadi masam disamping untuk mendapat rasa tuak menjadi manis manis kelat. Laghu ini akan dimasukkan kedalam Tukil secukup rasa sebelum diikatkan kepada mayang (tandan) nyior yang telah dihiris tadi untuk menadah air tuak .

To be cont...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:43 AM | Show all posts
Reply 293# solstice


    Cont:


Tok Nyadat  sedang menghiris mayang nyior sebelum ditadah dengan tukil.




      Pembantu Tok nyadat sedang mengikat tukil setelah mayang nyior disadat.




                                              Rupa bentuk mayang nyior yang baru disadat



                                      Rupa bentuk mayang nyior yang sudah lama disadat .

Kepakaran yang perlu ada kepada seorang Tok Nyadat adalah ketekunan dan kesabaran dalam proses melentur mayang nyior ini .Proses ini akan mengambil masa berbulan .Cara dan teknik meregangkan mayang nyior ini kena betul.Kedudukan dan sudut darjah kecondongan mayang nyior perlu dipaut dengan betul supaya lelehan air tuak keluar dengan baik .Gagal menguasai teknik teknik ini maka mayang nyior akan MERAJUK dan air tuak takkan keluar. Kesenian dan kesabaran dalam proses ini amat penting dan perlu dititik berat oleh Tok Nyadat.

Setiap mayang nyior ini akan dapat mengeluarkan hasil 2 kali sahaja dalam sehari semalam.Kebiasannya Tok nyadat akan mengutip haasilnya pada sebelah pagi dan sebelah petang.Jika anda tiada pengalaman membeli tuak di rumah tok nyadat ,pertanyaan samada tuak pagi atau tuak petang akan mencerminkan anda mempunyai pengalaman membeli di rumah Tok Nyadat bukan setakat pandai membeli tuak ditepi jalan semata mata. Dihari hari biasa Tuak dirumah Cikgu Nik Mat ini anda boleh memilih untuk membeli tuak pagi atau petang TAPI anda tidak boleh buat demikian didalam bulan Ramadan.

Kawe suka Tuak yang semalaman kerana rasanya akan ketik ketik lidah ...hahahha..Lidah anda berhak untuk merasai tuak pagi atau tuak petang berdasarkan citarasa anda sendiri.



Dua tong tuak yang telah dibawa turun dari pokok yang telah diasingkan laghu didalam tukil siap sedia untuk dicedok dengan cetong untuk dimasukkan kedalam supit sebelum disumbat kedalam supit rokrak untuk diserahkan kepada pembeli air tuak .

SEMUA GAMBAR GAMBAR DIATAS ADALAH YANG KAWE AMBIL DIKEBUN NYIOR WANGI CIKGU NIK MAT PULAU KUNDUR .BELIAU JUGA MEMPROSES NNISE KERRET DI HARI HARI BIASA.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:47 AM | Show all posts
air nira nipah xtahan lama..ia akan menjadi masam..paling lama pon dlm 1-2 hari je leh dis ...
cak! Post at 16-12-2011 10:03



    Tuak Sarawak pun jadi masam kalau dibiar lama, dan boleh memabukkan. Aku biasa minum tuak yg baru diproses. Selalu aku tanya dulu kat kawan2 aku, tuak tu berapa lama.. kalau dia kata tuak tu dah sebulan dua, mmg aku tak minum. Kalau yg baru2 fresh tu, mmg sedap2 manis rasanya dan tak memabukkan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:57 AM | Show all posts
beli kt pasar malam mmg xsedap
cuba beli mata kuceng yg kering.pastu rebus kasi kaler dia ...
5229 Post at 15-12-2011 13:56



    wow...
limo pandai memasak laaa...
cer letak dlm profile pandai buat air mata kucing..
sure berator awek2... {:4_192:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2011 11:57 AM | Show all posts
Latest release by CNN



there u have it... at least ada la jugak air mata kucing dari malaysia. ...
Cakkkk....aaaa Post at 15-12-2011 09:38



   ankle jess cakap dia paling suka air nih... katanya masin2 pening...
31. Tequila, Mexico
If Tequila says to you hot, hazy nights with salt, lime, buxom waitresses and facial grimaces all blurring together, this entry’s not for you.
The 100 percent blue agave Tequila requires no accessorizing; just sip, savor and repeat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:57 AM | Show all posts
berhampiran dgn Balai Polis Dang Wangi tu kaka...
U know where Sheraton Imperial KL is? It's  ...
MoCuishle Post at 16-12-2011 10:03



    noted..nnti boleh pi skodeng kt sana...{:4_181:}
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:58 AM | Show all posts
Latest release by CNN



there u have it... at least ada la jugak air mata kucing dari malaysia. ...
Cakkkk....aaaa Post at 15-12-2011 09:38



   ini minuman p ramlee nih....
9. Gin and tonic, England
Trust the Brits to make a medicine (the quinine in tonic water was used by the British East India Company to prevent malaria) more palatable by throwing in some booze. Still, we’re glad they did, as the clink-clink, glug-glug, fizzzz of a gin and tonic being poured is about as perfect an introduction to a balmy evening as it’s possible to find.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:00 PM | Show all posts
air paling best sekali yg pernah ada...

Air free kerajaan negeri selangor...

takkan terdapat di mana2 negeri serata malaysia punya....

terima kasih kerajaan negeri selangor.. dapatlah ankle an mandi wajib setiap hari dengan air percuma...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 84450 Replies : 790
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 11328 Replies : 158
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 287686 Replies : 7099
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 14264 Replies : 106
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 7728 Replies : 48
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6696 Replies : 8
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5366 Replies : 6
Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Kerja Dengan ‘Type C’.Wajar atau tidak?
YgBenarWanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab
Views : 10099 Replies : 78
Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Tinot7Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Views : 3028 Replies : 18
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8634 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.069308 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list