CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

'Pinjaman Islam' sepatutnya tidak membebankan-Sistem perbankan Islam tidak zalim

  [Copy link]
 Author| Post time 24-1-2012 10:01 AM | Show all posts
Bank Islam tersasar?


Oleh AZMAN IBRAHIM
bisnes.utusan@gmail.com.my



Adnan Alias

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 23 Jan. - Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) melahirkan kebimbangan terhadap trend bank-bank Islam tempatan pada waktu ini yang semakin mengejar keuntungan berbanding menepati 'maqasid' (matlamat) syariah.

Bank-bank Islam tempatan sepatutnya memakmurkan umat berbanding mengutamakan keuntungan.

Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan bank-bank Islam ini diterajui oleh -pemimpin muda yang mempunyai aliran pemikiran lebih moden, walaupun tidak dinafikan kealimannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Adnan Alias berkata, berbanding generasi perintis bank-bank Islam di negara ini yang lebih tulen, peneraju-peneraju muda pada waktu ini didapati lebih cenderung mencipta keuntungan untuk bank masing-masing.

Beliau menegaskan, mencari keuntungan tidak salah, tetapi pengagihan perkongsian keuntungan dengan bank sekular perlu lebih diteliti supaya tidak bercampur dengan unsur yang tidak dibenarkan dalam Islam.

Katanya, peneraju muda juga perlu lebih peka terhadap tuntutan syariah dan tegas dalam membezakan apa yang boleh dan tidak boleh.

"Peneraju-peneraju muda perlu lebih berhati-hati dari segi pengasingan keuntungan dengan sistem yang diperoleh oleh bank sekular.

"Saya tidak nafikan bahawa tekanan daripada lembaga pengarah atau pihak pengurusan atasan mungkin menjadi penyebab peneraju-peneraju muda dalam bank-bank Islam berbuat demikian dan mereka semakin larut dengan perkembangan semasa,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Adnan menambah, secara peribadi beliau berbangga dengan pencapaian bank-bank Islam tempatan pada waktu ini dan sama sekali tidak meragui dan mempertikaikan ketulenan Islam dalam bank-bank Islam tempatan.

Malah, katanya, Malaysia merupakan negara yang mempunyai bank-bank Islam yang tulen produknya.

"Bank-bank Islam tempatan juga menjadi pelopor kepada sistem kewangan Islam dunia dengan memperkenalkan sukuk yang juga kini dituruti oleh bank-bank Islam di negara-negara Arab,'' ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2012 10:08 AM | Show all posts
bank ni kan business entity.. mana ada business yg tak nak untung... that is understandable la kan.. tapi bila dah guna nama islam dan cekik darah.. mmg la tak patut..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 11:00 AM | Show all posts
Itu namanya bank cekik darah orang islam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 11:06 AM | Show all posts
aku pun beli rumah buat loan ngan bank islam...tapi hampeh jer...sama jer macam bank2 lain...tau nak menggasak duit utk buat untung jer....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 11:10 AM | Show all posts
Niat asal nak pinjam duit. Last2 atas kertas diputarbelit, terus bertukar menjadi jual beli.

Memang pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 11:13 AM | Show all posts
kalau ikut kaedah perbankan Islam, bila beli rumah, bank akan beli rumah dari pemaju pada kadar harga semasa dan bank akan jual balik kepada pembeli pada harga mengikut tahun pembayaran balik, contohnya kalau bayaran balik 30 tahun, harga jualan akan dikira mengikut 30 tahun akan datang.

Dalam kes Pulau Indah, Bank Islam beli rumah pada harga RM90000 (anggaran) dan jual pada pembeli pada harga RM243000 (lebih kurang). Selepas bank serahkan RM24000 kepada pemaju, projek terhenti dan bank tuntut balik dari pembeli jumlah penuh RM243000 ditolak jumlah yang belum dikeluarkan dari bank iaitu RM90000 - RM24000 = RM66000 iaitu sebanyak lebih kurang RM177000.

So mana Islamnya ????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2012 11:34 AM | Show all posts
kalau ikut kaedah perbankan Islam, bila beli rumah, bank akan beli rumah dari pemaju pada kadar harg ...
Megahertz Post at 24-1-2012 11:13 AM

Pokok ceritanya ialah, pembeli nak pinjam duit nak beli rumah.
Tiba2 atas kertas diputar alam menjadi seolah2 jual beli barang/benda.
Sebab apa diorang putar macam tu? Sebab dalam Islam, kalo pinjam duit, takleh amek interest walau satu sen pun.
Pokoknya, benda ni memang dah karut dari mula pun.

Kalo orang yang baca atas kertas, memang nampak betul2 macam jual beli barang/benda.
Tapi niat sebenar ialah nak pinjam duit. Allah tak tau kot niat kita?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 11:34 AM | Show all posts
kalau ikut kaedah perbankan Islam, bila beli rumah, bank akan beli rumah dari pemaju pada kadar harg ...
Megahertz Post at 24-1-2012 11:13


Islamnya hanyalah pada AKAD, Istilah2, dan juga urusan atas kertas......dari nilai akhlaknya lebih teruk dari zionis......riba' menyebabkan berlakunya penindasan terhadap golongan rendah, same goes to so Called Islamic banking yg terang2 menindas pengguna.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2012 11:35 AM | Show all posts
Niat asal nak pinjam duit. Last2 atas kertas diputarbelit, terus bertukar menjadi jual beli.

Mema ...
Babai Post at 24-1-2012 11:10
Yang lagi bodoh susunan menanda tangani dokumen itu musti betul. Mula mula sain yang kata kita jual kat Bank, lepas tu baru lita sain yang kita beli balik dengan harga mahal tu. Jangan tersilap, nanti Allah tak tertipu hahahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 11:39 AM | Show all posts
perbankan islam berplatformkan sistem kapiq ni auta je sebenarnya. Dapat kat bankers2 kaki auta lagi jahanam dia kerjakan kepada peminjam2. Tapi semua kesalahan depa dilindungi oleh big brother or big sister depa ie bank negara m'sia. Yg jad mangsa akhirnya pengguna. Tu pasal itu gobenor dah betahun2 dapat award best banker kengkununnya. Apa payahnya keje kalau nak jaga pemodal2 cekik darah? Ikut aje arahan. Aku pernah persoalkan pasak produk bank islamik kt BNM, bila pegawai ala2 islamik dr segi penampilan tak boleh jawab, last2 dia persoalkan keislaman aku, ala2 modus operandi satu parti isle kat negara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 12:23 PM | Show all posts
Diorang ni memang pandai bab konar baring dan tipu tuhan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 01:22 PM | Show all posts
kalau ikut kaedah perbankan Islam, bila beli rumah, bank akan beli rumah dari pemaju pada kadar harg ...
Megahertz Post at 24-1-2012 11:13


aku pun tak tau sangat tapi rasanya bank pun perlulah bertanggungjawab sama sebab dia pun ada status penjual...dimana tanggungjawab penjual telah dipikul oleh bank ketika menjualnya pada pembeli pada uruniaga kedua..kalau tiada perjanjian bank boleh jual pada sesiapa pun...bank pun pada hakikatnya tau bahawa rumah itu belum siap dan ada risiko...tapi kenapa hanya mengambil kira soal tanggungjawab pembeli menjual kepada bank barang rosak sebagai alasan untuk pembeli menanggung segala kerugian...rasanya "bank tak boleh rugi dalam urusniaga" tak boleh diislamkan yang menekankan urusniaga adil kerana akhirnya tingkahlakunya sama seperti bank konvensional...hanya masalah riba yang diselesaikan tapi wujud penindasan dlm perjanjian yang melibatkan keuntungan berlipat ganda kerana bank islam ini small player dan urusniaga yang mana pembeli hanya menanggung rugi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 02:42 PM | Show all posts
aku pun tak tau sangat tapi rasanya bank pun perlulah bertanggungjawab sama sebab dia pun ada st ...
ninja9 Post at 24-1-2012 01:22 PM

Cerita dia macam ni.
Bank belit pun pandai.
Mula2 dia suruh ko jual kat dia,
pastu dia jual semua kat ko dengan bayaran selama, say 20 or 30 tahun.
So, kalo ada apa2 terbengkalai atau apa2, dia akan blame ko, sebab ko yang mula2 jual kat dia, sebelum dia jual semula kat ko.
Bijak tak konar baring atas kertas?

Sedangkan niat asal orang yang pegi bank tu ialah nak meminjam DUIT untuk beli rumah. Bukannya nak main belit2 atas kertas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 02:46 PM | Show all posts
Cerita dia macam ni.
Bank belit pun pandai.
Mula2 dia suruh ko jual kat dia,
pastu dia jual s ...
Babai Post at 24-1-2012 14:42



   betul. in fact aku x kisah pon kalau dia nk buat cara tu. or nk buat untung even sampai 1000% pon. tapi jangan la nk jual kn sentimen agama untuk tarik customer. bagi aku, tu morally wrong.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 02:58 PM | Show all posts
sebab tu agaknya perbakan Islam kat Malaysia nih takde produk berkonsepkan Qard Hassan kan? takleh amek untung kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 02:59 PM | Show all posts
betul. in fact aku x kisah pon kalau dia nk buat cara tu. or nk buat untung even sampai 100 ...
thieo Post at 24-1-2012 02:46 PM

Betul. Adalah memalukan bila guna nama agama untuk buat untung yang lebih berlipat kali ganda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2012 03:01 PM | Show all posts
Sedangkan niat asal orang yang pegi bank tu ialah nak meminjam DUIT untuk beli rumah. Bukannya nak main belit2 atas kertas.
Babai Post at 24-1-2012 14:42



    perbankan Islam kan berasaskan pembiayaan, bukan pinjaman..so, ko takleh la pegi bank2 Islam simply nak pinjam duit camtu je
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 03:03 PM | Show all posts
perbankan Islam kan berasaskan pembiayaan, bukan pinjaman..so, ko takleh la pegi bank2 Isl ...
KumbangPolkaDot Post at 24-1-2012 15:01



   and adakah pembiayaan itu menolong ummah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 03:07 PM | Show all posts
sebab tu agaknya perbakan Islam kat Malaysia nih takde produk berkonsepkan Qard Hassan kan? takleh a ...
KumbangPolkaDot Post at 24-1-2012 02:58 PM

Ikut islam, kalo pinjam duit memang bank takleh amek untuk barang satu sen pun.
Sebab tu bila orang nak pinjam duit, diorang punya penasihat yang bijak pandai ni devise way untuk memusingkan urusniaga pinjaman duit itu bertukar menjadi urus niaga jual-beli barang/benda.

Dalam jual-beli barang/benda, memang islam membenarkan pengambilan untung.

Tapi cuba kita lihat dari segi niat. Kita pegi bank nak pinjam duit nak beli kereta.
Tiba2 dikonar baring dan dipusing2 menjadi urusan jual-beli barang/benda.

Atas kertas memang mematuhi apa yang ditetapkan oleh agama.

Tapi dari segi niat dihati pula bagaimana (niat nak pinjam duit)?


Adakah kita cuba menipu tuhan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 03:07 PM | Show all posts
and adakah pembiayaan itu menolong ummah?
thieo Post at 24-1-2012 15:03



    sejujurnya, pada pandangan aku tidak sebab memang jelas lepas bank beli balik aset tu then jual balik kat customer, harga dia jadi mahal berganda2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 84450 Replies : 790
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 11328 Replies : 158
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 287686 Replies : 7099
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 14264 Replies : 106
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 7728 Replies : 48
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6696 Replies : 8
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5366 Replies : 6
Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab Tak Mahu Kerja Dengan ‘Type C’.Wajar atau tidak?
YgBenarWanita Sanggup Tolak Gaji RM9,000 Sebab
Views : 10099 Replies : 78
Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Tinot7Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Views : 3028 Replies : 18
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 8634 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.068906 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list