CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
Post time 12-2-2012 02:40 PM | Show all posts
Reply  kecimpret


    ni gula2 nak pilihanraya jer ni bro..
    thn dpn mcm tipis ...
along3746 Post at 8-2-2012 10:38



    semua gula gula along termasuk turunkan harga minyak ehe...biasa laa pilihanraya...apa pun kita harap setiap tahun ada laa benda ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2012 03:32 PM | Show all posts
UMNO dah takde maruah, dah tak reti malu....... duit kerajaan tapi majlis penyerahan dibuat oleh pemimpin2 UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 03:34 PM | Show all posts
hrpnya lps PRU hrga brg dn minyak dinaikan supaya dpt cover BRIM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2012 03:37 PM | Show all posts
UMNO dah takde maruah, dah tak reti malu....... duit kerajaan tapi majlis penyerahan dibuat oleh pem ...
gabanzack Post at 12-2-2012 15:32



memang tak tau malu pun.. di negeri2 yang di kuasai pakatan rakyat, pemimpin2 BN/UMNo yang kalah dan ditolak oleh pengundi plak yang tau malu dok serah bantuan ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2012 07:02 PM | Show all posts
Kerajaan Yakin Bantuan RM100, BR1M Diteruskan Jika Ekonomi Berkembang Pesat


IPOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata bantuan secara berterusan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan terhadap BN untuk terus memerintah negara ini.

"Tak menjadi masalah (beri bantuan setiap tahun), kalau keadaan ekonomi kita tumbuh dengan pesat dan kita berpeluang untuk memerintah negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan bayaran RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah sebagai satu program tahunan.

Terdahulu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merasmikan program seminar transformasi keusahawanan Mara di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, Ahad.

Mengulas lanjut, Shafie berkata bantuan yang diberikan kerajaan itu tidak mengira kaum sebagai usaha membantu rakyat golongan miskin.

"Ini (bantuan) bukan bermotifkan politik, kita beri bantuan kepada rakyat yang berhak menerimanya. Lagipun duit kerajaan mencukup untuk biayai skim ini," katanya.

Ketika ditanya mengenai kelewatan rakyat di Sabah menerima bantuan BR1M, Shafie berkata ia tidak dapat dielakkan berikutan kawasan yang sepatutnya menerima bantuan itu terletak di kawasan pedalaman.

"Kawasan (yang terima bantuan) jauh bukan mudah untuk bawa jumlah wang yang besar bawa ke tempat yang terpencil. Bagaimanapun kita akan laksanakan dan diharap penerima dapat bersabar," katanya.

Tambahnya lagi, bantuan itu akan disalurkan kepada mereka yang layak sehingga April depan dan rayuan masih terbuka bagi pemohon yang gagal terpilih menerima wang tunai RM500. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 07:08 PM | Show all posts
aku mmglaaa tak layak tapi ada gak isi borang sebab kerja sendiri.

masalahnya sampai hari ni belum terima surat 'permohonan anda gagal'.

kalau dapat sok aku nak belanja kawan2 makan ikan bakar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2012 08:41 PM | Show all posts
klu BN ambil balik penang harap perkara positif yg dibuat oleh PR dikekal. itu jer.

Bekas SU Akhbar Menteri di JPM akui Islam lebih terpelihara dibawah PR Penang

Posted on Saturday, February 11 @ 13:01:22 PST
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: AnakSgDerhaka

"Ini adalah pandangan bekas pengarang Bernama dan juga bekas setiausaha akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Syed Imran yang menyatakan pemerhatian beliau dalam blognya, Kuda Ranggi tentang apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang untuk Islam. Dalam pemerhatiannya yang telah menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang beliau telah melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering disensasikan oleh media arus perdana tentang untung nasib Melayu dan Islam disini.

Menurut beliau juga jika dipercayai sepenuhnya apa yang dilaporkan oleh media arus perdana di dalam akhbar dan juga media elektronik kemarahan pasti akan timbul dan 1001 tohmahan akan dilempar kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.

Hakikatnya masalah berkaitan orang Melayu dan Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini, namun begitu kini di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP ianya jauh lebih baik dari semasa di bawah UMNO/BN..


Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pinang untuk Islam

Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang' di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja, Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).

Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?

Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang.

Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam.

Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.

Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja.

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar sepenuhnya.

Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.

Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.


1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta


2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00


3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta
4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00


5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri


6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun


*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 09:13 PM | Show all posts

sewa canopy, bayar travel allowance pak mentri dan gerombolan, decoration, buat replika chek tah berapa ribu abis
perlu ke nak kena buat majlis penyerahan camni


some of them most probably have to take one day unpaid leave semata nak ambik chek,
tambang pergi pekan lagi


hidden cost bnyk sngt
kan lebih economical kalau pos aje check tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2012 09:29 PM | Show all posts
konpius sudah aku

duit brim ni, pakai duit umno ka, pakai duit kerajaan?

celaka punya umno... ada hati mengaku tu duit derang....


p/s: sian sama berahim katak takut bini, tak de org nak jemput dia pun masa bagi duit kat pasir mas..... kah kah kah... berahim katak kali ni memang bungkus la karier politik ko... elok  terjun sungai la
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 10:17 PM | Show all posts
konpius sudah aku

duit brim ni, pakai duit umno ka, pakai duit kerajaan?

celaka punya umno...  ...
toki_rompin Post at 12-2-2012 21:29



    duit kerajaan... kerajaan kan umno ketua die.. huhu... so paham2x la ye..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:05 AM | Show all posts


UMNO = United Mamak Nyanyuk OKU
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:19 AM | Show all posts
kat opis ada keleg dpt bantuan BR1M..

Dia cerita, mula2 gi daftar kat LHDN..dlm 2 minggu dpt surat pemberitahuan..permohonan berjaya..suh bawak surat tu gi Pejabat Daerah.Keleg pegi bawak sekali jiran dia ibutunggal.. dlm umur 60lebih.
Sampai Pejabat Daerah ingat dah leh dpt cash..tpi cuma isi borang je..pastu kena gi pejabat UMNO kat Majidee jumpa dgn Dato Shahril.sampai sana , dengar dia berucap sat..baru dpt voucher ..kena gi bank pulak.
dah gi bank..tak leh tunai kan pulak sbb bank yg keleg pegi bukan bank terpilih.
kena la pulak cari bank yg terpilih..

keleg ckp..gitu gini..dari kol 11am dia kluar rumah..sampai umah kol 4.30pm semata nak amik BR1M tu

bayangkan la macit/pacit yg tak ada kenderaan, x ada anak atau jiran yg boleh mintak dihantar.
kan menyusahkan..kena pergi dari satu tempat ke satu tempat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:37 AM | Show all posts
nak cek kat mana ek dpt ke x..nk cek kan tuk mak la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:40 AM | Show all posts
nak cek kat mana ek dpt ke x..nk cek kan tuk mak la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2012 10:46 AM | Show all posts
Agihan lewat BR1M diatasi


Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


GOPENG 12 Feb. - Kerajaan memberi jaminan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak akan tetap dilaksanakan walaupun kini berdepan masalah logistik untuk menyalurkan bantuan tersebut.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, masalah kelewatan agihan BR1M di kawasan berkenaan sudah disampaikan kepada Kabinet dan beberapa langkah sudah diambil bagi mengatasinya.

''Jaraknya jauh, bukan mudah hendak bawa wang beratus ribu ringgit ke kawasan pedalaman, kita perlu fikir soal keselamatan. Kita sudah nyatakan bahawa siapa juga yang layak, akan diberi bantuan tanpa mengira di mana mereka tinggal.

''Kita sudah minta supaya mereka ini dikenal pasti dan kita akan salurkan bantuan. Jika ada yang lewat menerima bantuan, harap mereka bersabar, bantuan tetap akan diberi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Keusahawan Mara di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas isu kelewatan agihan BR1M yang dilaporkan berlaku di banyak kawasan terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Mohd. Shafie bagaimanapun berkata, di kebanyakan kawasan di negeri terbabit, wang bantuan dapat disalurkan dengan lancar kecuali di kawasan terpencil yang mana isu logistik menjadi masalah utama.

''Ada juga yang datang dari jauh tetapi nama mereka tiada dalam senarai penerima, sebab itu kerajaan tubuhkan pasukan khas dengan bantuan pemimpin setempat untuk kenal pasti mereka yang layak.

''Jika ada yang tidak tersenarai, kita sudah minta supaya mereka membuat permohonan semula kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana tempohnya masih panjang iaitu sehingga April ini," jelasnya.

Ditanya mengenai gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya bantuan RM100 kepada pelajar dan RM500 kepada golongan berpendapatan rendah dilakukan setiap tahun, Mohd. Shafie berkata, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Menurut beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) ada kemampuan untuk meneruskan bantuan tersebut jika keadaan ekonomi negara terus berkembang seperti pada masa ini.

''Kerajaan ada keupayaan untuk terus bantu rakyat, kita tidak sama macam pembangkang, bagi RM100 (kepada warga emas) di Pulau Pinang saja tapi tidak di negeri lain yang mereka kuasai. Kita (BN) beri kepada semua dari Perlis hingga ke Sabah tanpa mengira kaum," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 10:53 AM | Show all posts
awat kecoh2 nak dapat BR1M ni?
ayah aku dah lama habis pun duit rm500 tuh.
baru2 ni aku balik kpg, dapat tahu dari kakak, dia dah dapat. aku gurau2 lah suruh dia belanja aku dgn rm500 tu , dah habis pun katanya
tapi setakat nak belanja aku makan , pencen dia ada.

ramai lagi yg layak dapat,  tak dapat ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2012 11:37 AM | Show all posts
Rakyat perlu bersyukur dengan bantuan kerajaan: Razali


2012/02/13

KUALA LUMPUR: Pemberian wang RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya disyukuri semua rakyat dan tidak terpengaruh dengan tohmahan pembangkang.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata rakyat juga tidak sepatutnya dengan mudah termakan hasutan pembangkang kononnya pemberian bantuan tersebut adalah tanggungjawab kerajaan semata-mata. "Contoh sebuah keluarga, adalah tidak wajar dan kurang ajar bagi seorang anak itu mengatakan bahawa adalah tugas ibu dan bapa memberi kepadanya wang. Konsep ini sama juga dengan pengagihan BR1M daripada kerajaan. "Kerajaan mampu lakukan ini kerana kerajaan BN mentadbir negara dengan baik, berkemampuan dan bijaksana. Sebab itu kerajaan boleh memberi bantuan kepada rakyat. Jika negeri yang dikuasai pembangkang pun mentadbir dengan baik, mereka pun boleh buat, tetapi malangnya mereka gagal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 06:31 PM | Show all posts
Ismail Sabri Minta Pembangkang Tolak Bantuan Jika Anggap Ia 'Rasuah'


BERA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika pembangkang menganggap semua bantuan termasuk barang bersubsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat selama ini adalah "rasuah", mereka perlu menolaknya.

"Belilah barang seperti minyak, gula dan lain-lain dengan harga tanpa subsidi," katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penduduk di kawasan Parlimen Bera di sini Selasa.

Beliau adalah Anggota Parlimen Bera.

Katanya, pelbagai bantuan termasuk BR1M diberikan oleh kerajaan bertujuan meringankan beban rakyat dan bukannya satu bentuk rasuah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ismail Sabri berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM20 bilion setahun bagi subsidi barang manakala RM2.5 bilion adalah untuk BR1M.

Mengenai kenaikan harga barang, beliau berkata, ia tidak dapat dielakkan akibat daripada pertambahan penduduk serta negara pengeluar bahan makanan utama dilanda bencana alam termasuk banjir dan gempa bumi menyebabkan pengeluaran barang makanan terjejas.

Malaysia katanya, bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang bencana.

"Pengurusan ekonomi yang cekap dan baik pula membolehkan kerajaan melaksanakan pembangunan dan membantu rakyat," katanya.

Ismail Sabri berkata, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang kukuh ekonomi sebelum ini, kini dilanda kegawatan kesan perubahan ekonomi global sekarang.

"Namun negara kita masih bernasib, ekonominya kukuh, malah semakin baik,"katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 08:24 PM | Show all posts
BR1M bukan rasuah - Ketua Pesuruhjaya SPRM

14/02/2012
7:54pm


KUALA LUMPUR 14 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin.

"Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai 'Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan' pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini hari ini.

Beliau berkata, terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan.

"Jika mereka (rakyat) tidak menyukainya, beritahu (kerajaan)...biarkan orang ramai membuat keputusan," katanya.

Abu Kassim berkata, negara-negara Barat juga ada melaksanakan skim seumpama itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 08:43 PM | Show all posts
org bengong je kata bukan gegula pilihanraya...tu envelope voucher walau pun takde gambo daceng tapi ada plak no parlimen mana dun mana ngundi...cara agihan pun nampak sesangat semua org BN yg gi serah walau pun pengundi tak sokong dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.340089 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list