CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Tarikh akhir bayar saman JPJ extend sampai 10 Mac 2011!!(Update)

  [Copy link]
Post time 22-2-2011 11:40 AM | Show all posts
meh bg i/c ngan no kete ko, aku checkkan.........
jofizo Post at 22-2-2011 11:22 AM



    wah baik sungguh ko nok....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 11:46 AM | Show all posts
jap.... saman polis termasuk ke?? bila check myeg ada tapi kisah zaman dinasour...  last year renew  ...
milo_888 Post at 22-2-2011 11:30



jgn main2...
check online leh nampak ko nye kete/moto
dah kena Black List tau.....

mmber aku nk renew this month tak leh
cek2 upenye ada saman........
nape polis tak nk hantar saman kat umah kite ek????

entah betul entah tidak saman tu......
bayar ajelah...........
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 05:52 PM | Show all posts
tanya sikit...
kena settle saman yg blacklisted je ke ekkk....camne nak tau saman tuh blacklist ke tak???
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 06:06 PM | Show all posts
alamak..saman jpj rasanya tak ada. kalau yg saman dari polis trafik adalah. ker sehari dua ni dapat saman dari jpj?? kena cek lar jap lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 06:26 PM | Show all posts
jarang dapat saman jpj...saman polis jer yang selalu kena..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 06:56 PM | Show all posts
adooi..banyak nye saman nak kena byar.....myeg pun dah jem..takleh nak byr online..asyik time out aje....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2011 07:13 PM | Show all posts
asal kena register ek kat myeg??

kalo just nak check tanpa register bleh x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 08:17 AM | Show all posts
Bayar sekarang!
Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Solah Mat Hassan (kiri) bersama Abdul Aziz Yusof (tengah) dan Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Mohamad Sauffi Mohamad pada sidang akhbar mengenai pelaksanaan kadar kompaun baru kesalahan lalu lintas di Putrajaya, semalam.




PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.


Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.


Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.


Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).


"Kerajaan tidak akan menangguhkan tempoh pembayaran saman, orang ramai dinasihatkan membuat pembayaran secepat mungkin dan jangan menunggu sehingga hari terakhir.


"Mereka boleh membayar secara dalam talian, di kaunter agensi atau melalui 688 buah pejabat pos seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Dalam pada itu, Solah berkata, JPJ, polis dan DBKL telah bersetuju dan bersedia melaksanakan kadar kompaun baru mulai 1 Mac seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.


"Kadar kompaun lama bagaimanapun masih terpakai untuk saman-saman yang dikeluarkan sebelum 1 Mac.


"Untuk saman PBT, buat masa ini hanya DBKL yang terlibat dengan kadar kompaun baru tetapi ia akan diperluaskan ke lebih banyak tempat selepas ini," katanya.


Dalam pada itu, Solah berkata, pesalah trafik yang menerima saman daripada PBT termasuk DBKL buat masa ini tidak akan disenaraihitamkan walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan membenarkan tindakan tegas itu diambil.

"Hanya penerima saman polis dan JPJ yang akan disenaraihitamkan pada peringkat ini.


"Kita bagaimanapun dalam proses untuk pastikan saman lain (termasuk daripada DBKL) akan disenaraihitamkan pada masa depan apabila mekanisme dan sistem komputer yang lengkap disediakan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 08:26 AM | Show all posts
kalau semua orang pakat x2 tak bayar ... , JPJ nak buat apa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 08:26 AM | Show all posts
haku ada 10 saman mppj yg tak berbayar
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 08:46 AM | Show all posts
nk tny sikit,kalau cam saman DBKL tu, kesalahan lalu lintas cam double parking kene la byr cepat2 kan...
klu kene saman sbb tk byr paking tu bukan kesalahan lalu lintas kan??? so boleh la tangguh2, errrr betul tak ni????
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 08:55 AM | Show all posts
Sape2 yg ade saman bayarla segere. Senarai hitam ni xkire saman ekor ke, saman dr polis ke, yg rm30 ke yg rm100 ke yg rm300 ke, asalkan saman dr dieorg. Aku dah baya smlm. Dekat seriban jgkla habis. Lalu MyEG je. Bole gune internet banking. Xyah amik cuti semate2 nak g balai baya. Saman DBKL tu mengikut pehamanan dr berite di atas 1 mac baru berkuat kuase. Xkirela dabel parking ke single parking ke, kalau dr dbkl kenela setel cepat. Tp kalau saman dbkl sblm 1 mac die kire ikut kompaun lame.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:29 AM | Show all posts
saman2 dari PBT dlm proses nk intergrated
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:33 AM | Show all posts
bayar jgn x bayar
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 06:04 PM | Show all posts
saman la pemandu keter ni yg saman keter aku kenaper.member aku pinjam bawak laju2...aku yg kena bayar...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 06:23 PM | Show all posts
BENTONG         2008-10-19 17:29:00         SPEEDING        300.00         150.00         YES         NO

saman ni tertulis bahagian BlackList = Yes

yang ni je ke kene bayo?
total ade 5 yang ni aje ada yes dekat BL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 06:57 PM | Show all posts
haku ada rm1000+ saman baru je byr td... gile babi pokai dah haku skang nih.. huwaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 07:18 PM | Show all posts
aku baya kat rileks.com. setiap saman kene charge 2 hengget. sama gak kt myeg. mesin printer balai polis trafik lembab nak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:47 PM | Show all posts
memang patut dilarang memandu di jalanraya kalo tak bayar saman, kalo tak mampu bayar saman, jangan pakai kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:55 PM | Show all posts
sabo jer la .. baru check ni ada saman ler plak .. selama ni clean .... pas check rupanya memandu melebihi 90 km/j kat elite hiway subang jaya ... tang mana tah yang kena tu ...

aku mengaku aku mmg speed ikut limit cam ner leh sangkut lak ni ... huhu ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.227318 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list