CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
 Author| Post time 17-2-2012 10:05 PM | Show all posts

KECOH... Sebahagian daripada 8,500 penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kawasan P194 Petra Jaya, Kuching menyerbu Stadium Perpaduan Sarawak seawal jam 7 pagi tadi. Walaupun pengagihan BR1M ditetapkan pada 10 peringkat dan dijadualkan hari ini sehingga hari Ahad, penerima berasak-asak datang pada hari pertama pengagihan. - Foto Nadim Bokhari
Feb 17, 2012 3:49 pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2012 10:05 PM | Show all posts
Dermawan MCA dapat bantuan k'jaan RM500


6:14PM Feb 17, 2012


Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut  menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.

Pengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok (kanan),
yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.

Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.

Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2012 10:09 PM | Show all posts
Ratusan serbu kaunter BR1M di Jinjang


Salhan K Ahmad
7:22PM Feb 17, 2012




Satu majlis pemberian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Jinjang, Kuala Lumpur hari ini kecoh apabila ratusan penerima bantuan itu mengerumuni pentas untuk mendapatkan habuan masing-masing.

Malah ada di antara kumpulan penerima bantuan itu saling tolak-menolak sehingga menyebabkan pemberian baucar tersebut dihentikan seketika.

Seorang petugas BN kemudiannya terpaksa menenangkan individu berkenaan dengan menyatakan bahawa jumlah baucar itu mencukupi untuk diedarkan kepada semua penerima.

"Baucer cukup! Baucer cukup! Kita akan selesaikan tak kira sampai pukul berapa.

"Urusetia dalam perjalanan untuk bawa baucer lagi," kata petugas itu lagi melalui pembesar suara.

Kumpulan penerima baucear itu mula mengerumuni pentas setelah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beredar meninggalkan majlis berkenaan pada kira-kira jam 6 petang ini.

Para petugas itu kemudiannya berpecah kepada beberapa kumpulan di sekitar tapak program berkenaan untuk membahagikan baucer bernilai RM500 itu.

Dalam pada itu, seorang penerima baucer berkenaan ketika ditemui Malaysiakini berkata beliau gembira kerana mendapat baucer BR1M.

"Saya tunggu dari jam 1 (petang) lagi. Sekarang baru dapat," katanya yang enggan dinamakan.

Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa majlis seperti itu tidak sepatutnya diadakan di kawasan seperti di Projek Perumahan Rakyat Beringin itu.

Ia sepatutnya diadakan di lokasi yang lebih mudah dikunjungi seperti bangunan sekolah, katanya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 03:14 PM | Show all posts
BR1M yang diterima penjawat awam dikecualikan cukai: Awang Adek

2012/02/25

BACHOK: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima penjawat awam bergaji hampir RM3,000 tidak akan dimasukkan dalam perkiraan cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata perkara itu adalah selaras dengan tujuan BR1M iaitu bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Awang Adek yang ditemui pemberita selepas Majlis Mesra Polis Bersama Masyarakat di sini hari ini, diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa bantuan RM500 yang diterima penjawat awam bergaji hampir RM3,000 akan dikenakan cukai. Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan berkata dakwaan pembangkang itu adalah antara bukti yang mereka kini berasa tergugat dengan usaha kerajaan membantu rakyat.

"Mereka juga bimbang sokongan terhadap kerajaan kini semakin meningkat." katanya.

Malah Awang Adek berkata, ada pihak yang meminta agar bantuan itu diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memberi pertimbangan yang wajar mengenai perkara itu jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 kelak.

Pada majlis hari ini, lebih 200 masyarakat keturunan Cina dan Siam menyertai program anjuran Polis Diraja Malaysia yang antara lain bertujuan mendekatkan hubungan polis dan komuniti terutama dalam usaha mencegah jenayah. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 04:14 PM | Show all posts


Orang Asli Temuan kecewa permohonan BR1M ditolak


3:34PM Mac 5, 2012



[VIDEO | 5.18 mins]
Seseorang penduduk Orang Asli dari suku Temuan kecewa bahawa permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  beliau telah ditolak walaupun beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan.

Dewi Malam, 52, dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas di Hulu Langat, Selangor, berkata beliau menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan pada 16 Februari yang mengatakan bahawa beliau tidak layak untuk menerima bantuan berkenaan.

"Saya tidak mempunyai pendapatan tetap sejak tujuh tahun yang lalu. Jika kerajaan tidak mahu beri wang, tidak ada masalah, tetapi jangan nafikan hak orang yang benar-benar memerlukan bantuan," kata Dewi.

Dalam satu temu bual dengan Malaysiakini.tv, Dewi berkata tangan kirinya mengalami kecacatan sehingga menyukarkan mendapatkan pekerjaan.

Antara alasan penolakan permohonan BR1M yang diberikan adalah bahawa gaji Dewi tidak berada di bawah paras RM3,000, dan namanya tidak berada dalam senarai pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau kemudian mengeluarkan kad pengenalan untuk membuktikan kewarganegaraannya.

'JPN dakwa saya bukan rakyat Malaysia'

"Apa yang dimaksudkan JPN... bermakna saya bukan rakyat Malaysia dan bukan seorang pengundi di negara saya sendiri.

"Selepas negara ini maju, mereka mahu menyingkirkan orang-orang seperti diri saya," kata bapa kepada empat orang anak yang melakukan kerja-kerja am bagi menyara keluarganya.

Anak-anak Dewi berumur 16, 17, 25 dan 27 tahun dan seorang daripada mereka menghadapi masalah jantung kongenital.

Dua anaknya yang sulung, masing-masing bekerja sebagai tukang cuci dan pengawal keselamatan manakala dua yang lain masih di bangku persekolahan, tetapi Dewi tidak mampu untuk menampung perbelanjaan pendidikan mereka.

BR1M adalah bantuan RM500 daripada kerajaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Ia hanya dibayar sekali sahaja.

Bulan lalu, pengerusi MCA Bahagian Bera Datuk Tang Hock Lok, menimbulkan kejutan apabila beliau juga disenaraikan untuk layak menerima bantuan RM500 daripada kerajaan.

Walau bagaimanapun, Tang menafikan wujudnya sebarang unsur penipuan. Katanya, niat beliau memohon adalah untuk mendermakan wang berkenaan kepada pihak kebajikan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 04:21 PM | Show all posts
lupa nak isi borang UMNO kot nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-3-2012 12:54 PM | Show all posts
RM1.92 Bilion Diagih Kepada 3.8 Juta Rakyat Melalui BR1M - Najib

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.92 bilion telah diagihkan kepada 3.8 juta isi rumah di seluruh negara melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 1 Mac lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Selangor merupakan negeri penerima bantuan tertinggi iaitu hampir 13 peratus daripada keseluruhan wang yang diagihkan, manakala Kelantan pula mencatatkan peratusan isi rumah tertinggi yang menerima bantuan iaitu hampir 84 peratus.

"Sehingga 1 Mac, pendaftaran yang diterima adalah sebanyak 4.78 juta. Permohonan yang berjaya adalah 3.74 juta atau hampir 80 peratus, manakala permohonan yang tidak berjaya adalah sebanyak 972,000 atau hampir 20 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan.

"Daripada 200,000 rayuan yang diterima, hampir 92 peratus telah diluluskan setelah mereka mengemukakan permohonan yang lengkap," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang bertanya mengenai perkembangan pelaksanaan program BR1M.

Menerusi BR1M, setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan diberi bantuan "one-off" sebanyak RM500.

Najib menjelaskan wang yang diagihkan untuk program BR1M ditampung melalui kutipan hasil dan bukannya melalui sumber pinjaman seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kejayaan program BR1M adalah hasil kekuatan ekonomi, kemampuan urus tadbir ekonomi negara dengan baik dan cekap. Kerajaan sentiasa pastikan penggunaan hasil dan perbelanjaan negara secara baik dan berhemah serta memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Menjawab soalan tambahan Tiong sama ada kerajaan akan meneruskan program BR1M pada tahun-tahun akan datang, Najib berkata komitmen kerajaan setakat ini adalah bantuan secara "one-off" tetapi jika kemampuan kerajaan dan hasil negara bertambah, pemberian seterusnya boleh dipertimbangkan mengikut keadaan.

Katanya kerajaan secara keseluruhannya berpuas hati dengan perjalanan program itu, dan akan mengadakan post-mortem bagi melihat mana-mana kaedah yang memerlukan tambah baik sekiranya program itu mahu dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai kesediaan kerajaan melanjutkan tempoh rayuan yang dijadual tamat Khamis ini bagi memberi peluang rakyat yang tinggal di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak untuk membuat rayuan, Najib berkata kerajaan bersedia melanjutkan tempoh itu.

"Tarikh penyampaian BR1M kita ambil sikap yang anjal. Yang penting ialah (semua penduduk yang layak) di pedalaman semua dapat.

"Kalau kita terpaksa lanjut, kita akan buat sebab ada kawasan di Sabah dan Sarawak yang begitu jauh dan perlu sedikit masa. Rayuan patut habis 15 Mac (Khamis ini) tapi boleh dipanjangkan supaya rayuan dapat diteliti sebaiknya," kata Perdana Menteri.- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2012 08:09 PM | Show all posts
Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini


2012/03/18

IPOH: Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, borang permohonan yang dibuat sebelum ini akan disemak semula bagi memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai RM500 itu. "Sebelum ini kerajaan memutuskan 15 Mac sebagai tarikh akhir permohonan bagi individu yang tidak berjaya menerima bantuan. Kita akan terus membuat pertimbangan bagi memastikan setiap pemohon layak mendapat bantuan.

"Kita tak tetapkan tarikh akhir permohonan tapi saya berharap akhir bulan Mac ini majoritinya akan buat rayuan kerana bulan April nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi yang memproses permohonan itu akan mula terbabit dalam kutipan cukai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis perasmian pecah tanah tapak Perpustakaan Desa Pekan Chemor di sini, hari ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2012 07:40 AM | Show all posts
BR1M dilanjut

Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
2012/03/19

Kerajaan lanjut tempoh buat rayuan pemohonan bantuan beri peluang terima RM500
IPOH: Tempoh mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya tamat Khamis lalu, dilanjutkan sehingga satu tarikh yang belum ditentukan bagi memberi peluang kepada mereka yang layak mendapatkan bantuan RM500 bagi setiap isu rumah itu membuat permohonan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata walaupun demikian, mereka dinasihatkan segera mengemukakan rayuan bagi mempercepatkan proses kelulusan. “Kita tidak tetapkan tarikh sampai bila, tetapi kita mengharapkan sehingga akhir Mac ini majoritinya sudah membuat rayuan. Ini disebabkan pada April ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agensi yang dipertanggungjawabkan permohonan BR1M akan terbabit dalam proses kutipan hasil cukai. “Agensi itu sudah diberi mandat lebih luas untuk menambah hasil kutipan cukai, jadi mereka (pemohon BR1M) tidak sepatutnya berlengah untuk mengisi borang rayuan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tapak Perpustakaan Desa Pekan Chemor, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, keputusan itu selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini kerana kerajaan mahu memastikan setiap rakyat yang layak, menerima bantuan itu. Pertengahan bulan lalu, Najib mengumumkan kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan permohonan BR1M selepas 15 Mac bagi memastikan rakyat dengan pendapatan isu rumah kurang RM3,000 sebulan menikmati faedah daripada program berkenaan.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, agensi berkaitan juga menumpukan kepada senarai penerima program eKasih dan senarai individu yang direkodkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), termasuk di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak bagi mengelak bantuan bertindih.

“Jumlah keseluruhan pemohon BR1M yang tersenarai dalam eKasih dan JKM berjumlah 750,000. Jadi, kita sedang membuat pemeriksaan bagi memastikan mereka yang sudah menerima bantuan dikeluarkan daripada senarai pemohon menunggu,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan RM1.92 bilion untuk program BR1M sehingga 1 Mac lalu, yang memberi manfaat kepada 3.8 juta atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah. Sehingga tarikh berkenaan, 4.78 juta permohonan diterima dan 3.74 juta atau hampir 80 peratus permohonan berjaya, manakala 972,000 atau 20 peratus lagi gagal.

Antara alasan bagi yang tidak berjaya adalah permohonan bertindih, maklumat pemohon serta pasangan dan tanggungan tidak lengkap, pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan pemohon atau pasangan termasuk dalam kategori pembayar cukai pendapatan. Bagaimanapun, daripada lebih 200,000 rayuan diterima setakat ini, hampir 92 peratus diluluskan kerana pemohon mengemukakan maklumat lengkap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 03:50 PM | Show all posts
brim tu tarikh tutop bile ? still bole hantar borang ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2012 04:38 PM | Show all posts
brim tu tarikh tutop bile ? still bole hantar borang ke?
nanie Post at 19-3-2012 15:50



   
Kerajaan lanjut tempoh buat rayuan pemohonan bantuan beri peluang terima RM500

IPOH: Tempoh mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya tamat Khamis lalu, dilanjutkan sehingga satu tarikh yang belum ditentukan bagi memberi peluang kepada mereka yang layak mendapatkan bantuan RM500 bagi setiap isu rumah itu membuat permohonan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata walaupun demikian, mereka dinasihatkan segera mengemukakan rayuan bagi mempercepatkan proses kelulusan. “Kita tidak tetapkan tarikh sampai bila, tetapi kita mengharapkan sehingga akhir Mac ini majoritinya sudah membuat rayuan. Ini disebabkan pada April ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agensi yang dipertanggungjawabkan permohonan BR1M akan terbabit dalam proses kutipan hasil cukai. “Agensi itu sudah diberi mandat lebih luas untuk menambah hasil kutipan cukai, jadi mereka (pemohon BR1M) tidak sepatutnya berlengah untuk mengisi borang rayuan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tapak Perpustakaan Desa Pekan Chemor, dekat sini, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 04:55 PM | Show all posts
along3746 Post at 19-3-2012 16:38



baru nak isi form. bukan nak isi rayuan.
leh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 05:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by AHMADVW at 19-3-2012 17:01

Bagi Rasuah 1 Malaysia

heran,,,, asal time ade pembangkan (anwar punya sentimen), baru kehulu kehilir nak bg bantuan, lbih 50 tahun rakyat keno tipu ngan Be End
sepatutnya lamo dah rakyat dpt bantuan mcmnih
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 05:20 PM | Show all posts
yg tak tahan tang amik baucer BRIM Mcm minta sedekah pulak ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2012 07:07 PM | Show all posts
Reply 392# nanie


    kalau baru nak isi tak pasti lah plak..
    kalau tgk laporan berita tu hanya bagi tau pasal rayuan jer..
    kalau nak lebih kepastian cuba lah call MOF atau LHDN tanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.910405 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list