CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Gelagat perempuan ketika dalam kereta-Update page 17 post # 404

  [Copy link]
Post time 18-11-2011 10:15 AM | Show all posts
hari ni jalan clear.....semua memandu berhemah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2011 09:46 PM | Show all posts
perempuan ni memang sabar memandu..
nak keluar melintas simpang pun ambil masa yang agak lama..
sabar je lah aku yang memandu kat belakang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 09:55 PM | Show all posts
perempuan ni memang sabar memandu..
nak keluar melintas simpang pun ambil masa yang agak lama..
sa ...
along3746 Post at 20-11-2011 21:46



    ...sabar dan takut2 gak..tak yakin..ai kata diri ai juga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2011 10:15 AM | Show all posts
Benarkah Bro memperlekehkan perempuan?


Kucing Jantan


MINGGU ini Bro nak beri peluang kepada seseorang yang Bro rasa perempuan untuk meluahkan perasaan berikutan tulisan Bro pada keluaran 6 November lalu bertajuk 'Gelagat Perempuan Ketika dalam Kereta'.

Berikut sebahagian pandangannya dan Bro dah pun sedia jawapan di bawah;

''Ada beberapa poin yang saya rasa sangat terpanggil untuk ketengahkan kepada encik, kerana adalah tanggungjawab saya sebagai seorang manusia yang hidup dalam era globalisasi ini untuk membantu encik meluaskan fikiran.

Encik,

Dalam dunia sekarang di mana hak setiap manusia dihormati, tajuk artikel Encik berbaur seksis dan superior, seolah-olah 'perempuan' itu spesis makhluk yang uniform dan boleh diperlekehkan. Isi karangan encik banyak memberi contoh wanita-wanita yang encik biasa nampak di waktu pagi, dan encik meletakkan banyak prasangka dalam pengamatan encik itu.

"...apa mereka buat malam tadi sampai bangun pagi pun boleh lewat?". Yang paling mengejutkan di sini adalah soalan encik dan tahap kecetekannya. Apakah soalan itu harus ditanya? Encik rasa, apakah yang mereka buat sampai bangun lewat? Tersembur nasi himpit bila saya baca ayat encik ini. Mungkin mereka sibuk menjalankan tanggungjawab mereka, tidak kiralah walau apa pun tanggungjawab itu. Mungkin mereka terambil masa lebih untuk beribadah pagi itu. Mungkin mereka sibuk menjaga ahli keluarga yang memerlukan sebelum bertolak.

Ayat-ayat encik penuh dengan nada prasangka yang pada dasarnya tak diperlukan, kerana bagi yang boleh mengamat secara intelektual pasti dapat memikirkan penjelasan-penjelasan itu dengan sendiri.

Lagi encik mempertikaikan niat seseorang wanita untuk menutup aurat. Mungkin mereka baru belajar menutup aurat, mungkin mereka mualaf. Mungkin pendedahan itu memang tidak boleh dielakkan ketika itu. Pun begitu, encik yang melihat tak sepatutnya mengkritis mereka dengan nada negatif, sebaliknya mendoakan kekuatan mereka dalam perjuangan menutup aurat.

PENJELASAN BRO:

Bro ucapkan terima kasih atas pandangan yang diberikan, dan Bro tak terasa apa-apa pun kerana biasala perempuan kalau kita tegur sikit mula cari hujah tujuh hari tujuh malam untuk mempertahankan kaum sendiri.

Apa pun Bro hendak tegaskan, dua perkara pertama, Bro tidak pernah anggap perempuan spesis makhluk yang uniform dan boleh diperlekehkan dan kedua, Bro tak pertikaikan niat seseorang untuk menutup aurat.

Bro hormati kaum perempuan kerana Bro pun dilahirkan oleh seorang perempuan, Bro hanya tegur puak-puak perempuan yang melakukan perbuatan yang Bro fikir tidak wajar.

Kaum perempuan perlu sedar kalau mereka tidak mahu diperlekehkan maka jangan lakukan perbuatan yang boleh mereka diperlekehkan.

Bro cakap soal tudung tu bukannya Bro nak perlekehkan atau merendah-rendah mereka yang memakai tudung, cuma yang Bro pelik kenapa masuk kereta baru nak pakai?

Baru-baru ini Bro tengok sendiri bagaimana seorang perempuan yang memakai tudung 'menyidai' tudungnya di kerusi penumpang ketika memandu. Kalau tengok kepada pakaiannya Bro tahu dia hendak pi kerja sebab gambar kat 'pas pekerja' menunjukkan dia bertudung.

Maknanya, apabila dia memandu tidak bertudung dan meletakkan tudung di kerusi sebelah jelaslah, dia bertudung semata-mata kerana tuntutan orang lain bukan atas kehendak sendiri.

Tambahan pula dia buka tingkap masa tu, mungkin juga hendak keringkan rambut yang basah. Bukankah perbuatan ini akan menimbulkan pelbagai tafsiran?

Bro nak bagi tau kepada penulis emel di atas, dalam apa pun perkara yang kita lakukan jangan sesekali menyebabkan wujudnya fitnah.

Kaum hawalah paling mudah terdedah kepada fitnah, jadi kalau tak mahu dianggap bukan-bukan maka berhati-hatilah dalam tindakan dan perbuatan.

Dalam bab menutup aurat ini, Bro tetap berpegang kepada pendirian Bro bahawa kalau sekadar hendak pakai tudung hanya kerana mengikut trend semasa atau nak nampak cantik aje baik tak payah.

Ini kerana orang yang pakai tudung perlu menjaga perilaku mereka, cuba bayangkan apa kata orang bukan Islam bila mereka melihat ada kaum perempuan Islam dalam kereta baru terkial-kial hendak pakai tudung dan pasti mereka anggap hujah kita menutup aurat adalah wajib menurut Islam, hanya omong kosong sahaja.

Begitu juga bila Bro tengok orang yang pakai tudung tetapi baju melekat kat badan macam orang pakai baju menyelam, apakah itu sesuai dengan kehendak Islam?

Memang Bro tidak berhak menuduh orang bukan-bukan apatah lagi bersikap prasangka tetapi itulah sikap yang dilakukan oleh sebahagian besar kaum hawa, jadi tak salahkan Bro bagi teguran?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 10:19 AM | Show all posts
kannn...kalau kena sondol..dia kena bayar...

uhh..tapi hati2 tau kalau sorang2 orang son ...
mierrr Post at 16-11-2011 14:51


Kalau sondol atas katil, siapa yang yang kena bayar saper?























LARIIIIIIIIII
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 10:26 AM | Show all posts
Reply  mierrr

jalan tu susah nak potong sbb sempit n turun bukit, pastu bnyk bumper. kalo nak po ...
ruffleen Post at 16-11-2011 14:48


Aku every other day lalu GREAT OCEAN ROAD.......tak der masalah pun nak overtake...and I am sure you khow how  winding and narrow the road is kan?
All this is make possible due the driving culture of the people here..........those driving in front of you will automatically give way to you if you show your intent, to the extend of pulling over to the side momentarily so that you can pass through them.......

Nak aku sambung lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2011 11:20 AM | Show all posts
Kalau sondol atas katil, siapa yang yang kena bayar saper?















...
stinger_attack Post at 27-11-2011 10:19


kesitu pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.279022 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list