CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Isu Lynas-Loji Lynas sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu- MCA Bantah Kilan

  [Copy link]
Post time 2-3-2012 01:01 PM | Show all posts
cmf_herrhughie Post at 1-3-2012 19:52


nice song & creative!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 01:09 PM | Show all posts
macam keling aje kalernya.
winamp05 Post at 29-2-2012 22:37


Bersembor air kopi haku~!!  
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 01:13 PM | Show all posts
bn ke pr menang?
sitihawa Post at 29-2-2012 11:21


Tungu lps PRU13
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 03:22 PM | Show all posts
aku nak gak tau sape yg menang...xsabo tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 03:24 PM | Show all posts
Bersembor air kopi haku~!!
Manami Post at 2-3-2012 13:09


bersangka baik....

terjatuh dalam minyak hitam masa nak pegi demo.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 03:30 PM | Show all posts
so, tak bahaya lah erk?
yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!! selamat selamat negara ku malaysia


errrrrrrrrrrr... so, UMNO menang lah erk? ke kalah gak ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2012 03:39 PM | Show all posts
Penjelasan AELB legakan rakyat

ANTI PERANG
Kuantan


Lynas di Gebeng, Kuantan apabila beroper ...
along3746 Post at 2-3-2012 12:50



   err..paler hangkukmu lah!!...ckp berbelit2!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 03:46 PM | Show all posts
INDEX: Economics, Pacific, Science, Technology
POSTED: 7/06/2011 EDITOR: Juan Wilson
Rare Earth Me ...
rdzaccess Post at 29-2-2012 18:57



   abe RDZ....bleh ekspleng sket tak....ceq bodoh english......
so, according to this article, makna kata sisa nadir bumi neh bahaya ke idok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2012 05:24 PM | Show all posts


Foto 29 saksi kekecohan himpunan anti-Lynas di P Pinang


Susan Loone
4:47PM Mac 2, 2012




Polis Pulau Pinang hari ini mengeluarkan 29 gambar saksi yang terlibat dalam kekecohan di perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang Ahad lalu.

Ia termasuk gambar Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Risuan Mohd
Asudin dan beberapa orang yang memakai topi Umno.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata hari ini bahawa gambar-gambar tersebut dikumpul dari akhbar dan Internet.

Gan berkata pihak polis mahu para saksi membantu siasatan.

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut menunjukkan lebih daripada 29 orang saksi.

Sambil menyeru mereka tampil tanpa prejudis, Gan berkata, pada masa ini mereka adalah saksi, bukan suspek atau berdepan dengan sebarang tuduhan.

Polis serius menyiasat laporan yang telah dibuat, mendakwa keganasan semasa perhimpunan tersebut, yang mengakibatkan kecederaan terhadap dua wartawan.

Ahad lepas, wartawan akhbar Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew (kanan) dan Lee Hong Chun didakwa diserang dan dipukul dengan topi keledar oleh penyokong pro-Lynas sewaktu perhimpunan Himpunan Hijau di Esplanade.

Kertas siasatan akan disiapkan untuk Peguam Negara paling lewat Isnin ini, katanya dalam satu sidang akhbar, sambil menambah sebuah pasukan petugas akan meneliti butiran berhubung kekecohan tersebut.

Diketuai Timbalan Ketua CID Pulau Pinang, ACP Naser Salleh, tugas utamanya adalah menyediakan kertas siasatan untuk dihantar kepada Peguam Negara.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 143 dan 147 Kanun Keseksaan, yang juga melibatkan "perhimpunan haram" di pihak penganjur.

Laporan yang dibuat oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, katanya,
disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang merujuk kepada ugutan jenayah.

Setakat ini, tujuh laporan mengenai keganasan semasa perhimpunan tersebut diterima, termasuk laporan oleh Lim, dan 20 kenyataan saksi telah dirakamkan.

Mengenai kes Lim sahaja, kata Gan, 13 kenyataan saksi telah dirakamkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 05:30 PM | Show all posts
bersangka baik....

terjatuh dalam minyak hitam masa nak pegi demo.....
totokreturn Post at 2-3-2012 15:24



    Ya Amponnnn!!!!








Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 05:32 PM | Show all posts
so, tak bahaya lah erk?
yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!! selamat selamat negara ku malaysia


errrrrrrrrrrr... so, UMNO menang lah erk? ke kalah gak ?
sitihawa Post at 2-3-2012 15:30


Kalau Umno menang , leh lah pakat2 hadiahkan sebidang tanah kat sebelah kilang Lynas nun.. Dan dptlah kiranya diberi priority utk menempatkan sisa2 kilang tu kat kawasan / tanah PEMENANG2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 05:40 PM | Show all posts
37 Fakta Tentang LYNAS Yang Wajib Kita Semua Fahami

1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

2. 100% milik Lynas Australia.

3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).

4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.

6. Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun

7. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

8.Bebas Cukai selama 12 tahun.

9. Hina merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10. Harga satu tan pada RM364, 800.

11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

13. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:

i) Ore dilombong di Mount Weld Australia.

ii) Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.

iii) Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.

iv) ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.

14. Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

15. ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

16. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

17. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.

18. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:

i) Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.

ii) Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.

iii) Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.

19. Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.

20. Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 05:40 PM | Show all posts
21. Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.

22. Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.

Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:

i) Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).

ii) Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.

iii) Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).

iv) Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

v) Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

vi) Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

23. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:

24. ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.

25. Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.

26. Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.

27. Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.

28. Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

29. Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.

30. Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.

31. Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.

32. Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.

33. Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).

34. Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.

35. ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.

36. Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.

37. Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2012 08:10 PM | Show all posts
Sisa buangan Lynas akan dipindah ke lokasi jauh dari penempatan penduduk: Najib


2012/03/02

KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi. "Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama Profesional Kelantan di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 09:56 PM | Show all posts
tepek di tempat betul
KOTA BARU: Lynas Corp
 has been told to relocate its residue disposal site further away from its Gebeng plant and local communities, saidDatuk Seri Najib Tun Razak
The Prime Minister said this did not mean that the rare earth project and its residue is harmful.
The move, he added, was made after taking into consideration the psychological and emotional effects on the community.
"The location is still being determined but it is going to be far away.
"We have studied the Lynas project and we have come out with scientific evidence endorsed by local and international experts, that the Lynas plant and rare earth residue are safe.
"But we are also aware this issue have caused emotional and psychological concern among the people, and also that it has been politically exploited.
"Therefore, the government has decided to make this move," Najib told reporters at Wakaf Mek Zainab here.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:03 PM | Show all posts
Sisa buangan Lynas akan dipindash ke lokasi jauh dari penempatan penduduk: Najib


2012/03/02

...
along3746 Post at 2-3-2012 20:10



    siapa pulak bakal tak lega
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 10:07 PM | Show all posts
tempat aku ada lynas.....tempat angpa takdak kan......betapa sayang nye tok nan kat kami penduduk kuantan
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:10 PM | Show all posts
tuceng tak sabar jadi mutant
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 10:12 PM | Show all posts
jadi mutan la best.......dari gelap jadi putih,,dari huduh jadi encem..dari semekin jadi kaya
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 09:51 AM | Show all posts
Sisa buangan Lynas akan dipindah ke lokasi jauh dari penempatan penduduk: Najib


2012/03/02

...
along3746 Post at 2-3-2012 20:10



    Bukan semalam kerajaan arahkan sisa tu di hantar semula ke Australia ke...tulah kerajaan Malaysia..kejab macam tu..kejab macam ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084123 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list