CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Isu Lynas-Loji Lynas sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu- MCA Bantah Kilan

  [Copy link]
Post time 19-3-2012 09:18 AM | Show all posts
saba tok.budak tu baru lagi nak join kumpulan pembodek umno.jangan dibantutkan niat murnia ...
golok mail Post at 10-3-2012 23:44


cakap saja takde guna 1 sen pun bro..nak bersembang atau berhujah pasal radiasi ni boleh sahaja, ini memang bidang aku..tiada kaitan langsung dengan politik mana-mana parti...hanya orang bodoh sahaja yang dengar benda yang akademik dari orang politik..so kat mana nak mulakan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2012 09:20 AM | Show all posts
PSC kaji pandangan semua pihak

Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail

2012/03/19

MOHAMED Khale ...
along3746 Post at 19-3-2012 07:46



nak kaji apalagi pac woiii...
kilang dah naik production dah nak jalan

atau ini satu lagi usaha pr najib untuk lawan pembantah lynas?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 09:25 AM | Show all posts
nak kaji apalagi pac woiii...
kilang dah naik production dah nak jalan

atau ini satu lagi  ...
petola Post at 19-3-2012 09:20



   bukan pac bang tp psc.... banyak pula jawatankuasa dalam parlimen ni ea....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 10:14 PM | Show all posts
Dewan Rakyat Lulus Usul Tubuh PSC Lynas

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti pembinaan Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang.

Kelulusan tersebut dicapai menerusi undian apabila menyaksikan sokongan majoriti berpihak kepada usul yang dibawa kerajaan.

Terdahulu ketika membentangkan usul berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata penubuhan jawatankuasa itu bertujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek tersebut.

Jawatankuasa berkenaan yang diberi tempoh selama tiga bulan akan dianggotai oleh sembilan Ahli Parlimen iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga mewakili pembangkang dan seorang wakil Bebas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 10:15 PM | Show all posts
tajuk macam ringkasan karangan along....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 10:17 PM | Show all posts
Reply 485# ~anya~


    dah edit kasi pendek sikit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2012 10:21 PM | Show all posts
Reply  ~anya~


    dah edit kasi pendek sikit..
along3746 Post at 20-3-2012 22:17



    okay... anya dah baca and so much better...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 10:30 PM | Show all posts
dol..asal kita bagi cakap lain sikit dari selera tekak dia, mula la nak kutuk orang..sejak bila  ...
cyclotron Post at 19-3-2012 09:13



    ko jawab je soklan aku... kata ko pakar segala mak bapak atom... ko kasi tau la kenapa ostolia tak mo. buat la kilang kopi ka, kilang kondom ka... kilang itek salai ka.... hatta kilang babi dalam tin pun tak pe... apsal nak bukak kilang yg ada risiko
ko berani dak amik tanah dari bukit merah tu buat lumur satu badan? ko berani tak amik sisa dari kilang lynas tu simpan kat ruang tamu ko?

kalau berani, meh datang kuantan nanti... aku jumpa ko 1 to 1... aku nak tgk ngan mata kepala aku ko main tanah lynas tu nanti...  

ko tahu tak aku ada kepentingan kat gebeng sana? aku ada tanah kat situ. lagi ## ekar di area sri baging . ko tahu apa sudah jadi sama value tanah aku disitu? aku ada # unit rumah teres di batu hitam. # unit rumah kedai di balok. ko tau apa sudah jadi sama semua tu?


semuanya sebab lynas celaka. politik my ass
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 10:49 PM | Show all posts
ko jawab je soklan aku... kata ko pakar segala mak bapak atom... ko kasi tau la kenapa ost ...
toki_rompin Post at 20-3-2012 22:30



apa jadi tok?

rega mencanak naik lepas ada lynas ke? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 10:51 PM | Show all posts
tubuh psc sebab nak bagi lynas wangi... sapa nak join..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 10:57 PM | Show all posts
apa jadi tok?

rega mencanak naik lepas ada lynas ke? hehe
petola Post at 20-3-2012 22:49



    mana da mencanak naik...

ko tahu, kalau bukak kilang yg pames2 macam kilang kertas kat temerloh sana ( zaman dulu la), yg mana gajinya amat mahal, maka harga rumah2 sewa akan naik. harga hartanah akan naik. begitu juga dengan harga rumah2 sewa di lipis sana. walaupun dlm utan, tapi rumah2 sewa aku disana, tiap2 taun naik harga sebab ada permintaan dari pekerja2 lombong emas, mat teyrap dan juga cikgu2 serta misi2 dan doktor2...

ni abis semua jatuh... lynas celaka punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 11:17 PM | Show all posts
mana da mencanak naik...

ko tahu, kalau bukak kilang yg pames2 macam kilang kertas kat  ...
toki_rompin Post at 20-3-2012 22:57


nak buat cammana kan
kilang dah nak siap baru rakyat dpt tau...

harap tok nan dan najib krja keras untuk yakinkan rakyat yg kilang tu selamat seselamat selamatnya... hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2012 03:54 PM | Show all posts
Najib hairan pembangkang bantah usul mengenai Lynas

2012/03/21

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Material Plant yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

Perdana Menteri berkata, isu itu memerlukan satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, dan perlu ditangani semua pihak, kerana ia membabitkan soal kepentingan rakyat serta negara. "Ada beberapa isu dalam negara kita ini yang mesti kita tangani secara bipartisan, ini bukan soal politik, ini soal kepentingan rakyat dan negara. Kita mesti cari satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, saya tidak anggap ini sebagai isu yang seharusnya dibatasi pertimbangan politik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk silinder komposit LPG (SL1M) di sini hari ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2012 03:56 PM | Show all posts
Jawatankuasa Khas Perlimen mengenai Lynas boleh berfungsi tanpa pembangkang

2012/03/21

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant boleh melaksanakan fungsinya dan bermesyuarat walaupun tanpa penyertaan wakil pembangkang, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata jawatankuasa itu bagaimanapun tidak boleh membincangkan perkara-perkara yang sedang dibicarakan di mahkamah bagi mengelak timbulnya isu subjudis kepada kes berkaitan.

Beliau berkata demikian semasa persidangan dewan hari ini sebagai menjelaskan persoalan yang dibangkitkan Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) bersabit penubuhan jawatankuasa itu yang didakwa bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 36(2). Peraturan Mesyuarat itu menyebut majlis tidak boleh menyebut apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah sekiranya pada pertimbangan pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak yang sedang dibicara.

Lynas Malaysia Sdn Bhd kini berdepan dengan kes mahkamah yang difailkan mana 10 penduduk tempatan yang memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom memberi lesen sementara kepada kilang nadir bumi itu untuk beroperasi.

Pandikar Amin berkata, pendirian sama telah diambil berhubung isu National Feedlot Corporation (NFCorp), di mana beliau juga telah memanggil Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid dan menyatakan pendirian bahawa jawatankuasa tidak boleh berbincang perkara yang boleh menimbulkan subjudis.

Beliau turut menjelaskan bahawa usul untuk menubuhkan jawatankuasa itu dibenar untuk dikemuka dan dibahaskan di Dewan Rakyat semalam kerana ia untuk membincang pembentukan jawatankuasa dan bukannya mengenai Lynas.

Pandikar Amin menyifatkan keengganan pembangkang untuk menamakan wakil bagi menganggotai Jawatankuasa Khas Parlimen itu sebagai pendirian politik dan bukannya atas dasar subjudis.

Katanya mesyuarat Jawatankuasa Khas Parlimen yang dipengerusikannya pagi ini telah memperoleh nama lima wakil Barisan Nasional dan seorang wakil Parlimen Bebas bagi menganggotai jawatankuasa itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 11:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 12:04 PM | Show all posts
Sayang Lynas melebihi sayang rakyat! :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2012 10:18 PM | Show all posts


PSC Lynas cuma tangguhkan masa, kata MP


3:20PM Mac 24, 2012


Jawatankuasa pilihan khas parlimen bagi menyiasat keselamatan kilang nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan hanya bertujuan mengetepikan kritikan demi kritikan sehingga pilihan raya umum akan datang, dakwa anggota parlimen PKR.

[url=http://www.malaysiakini.com/news/%20http://malaysiakini.com/news/193018][/url]Wakil rakyat kawasan itu Fuziah Salleh memberi amaran, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat mandat baru kelak, projek yang bertentangan dengan hasrat rakyat itu akan diteruskan.

"Apabila beliau kembali ke tampuk kuasa selepas pilihan raya umum, beliau boleh memberikan jalan kepada Lynas beroperasi walaupun telah melihat betapa rakyat membantahnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan juga didakwa cuba menangguhkan masa supaya usaha di masa depan untuk membatalkan projek itu akan terhalang dengan peningkatan kos pampasan yang dijangka meningkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 09:59 PM | Show all posts
MB: Isu Lynas tak jejas nilai hartanah di Kuantan


5:11PM Mac 26, 2012


Nilai hartanah di Kuantan tidak terjejas malahan ia meningkat walaupun banyak publisiti negatif berkaitan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
   
Katanya nilai hartanah seperti rumah dan pejabat komersial di beberapa lokasi terutamanya yang berdekatan dengan Gebeng seperti di Beserah , Balok dan Gebeng sendiri jelas menunjukkan peningkatan dan tiada laporan mana-mana pihak yang menjual hartanah kerana isu Lynas.
   
"Saya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di Gebeng, Balok dan Beserah, terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites di Kuantan hari ini.
   
Beliau berkata sekiranya ada pihak yang mahu menjual mana-mana hartanah di kawasan tersebut, kerajaan negeri Pahang tidak akan teragak-agak untuk membelinya untuk dimajukan dengan palbagai projek rakyat.
   
"Aktiviti pembangunan hartanah di negeri ini khususnya Kuantan masih aktif dan ini menandakan keyakinan tinggi pelabur dan usahawan terhadap sektor hartanah dan iklim ekonomi yang sihat di Pahang," katanya.

Adnan berkata, mengikut laporan Jabatan Penilaian Harta Negeri Pahang, harga kediaman teres kos rendah bertingkat di Jalan Gambang meningkat daripada RM49,000 kepada RM68,000 seunit, bagi kedai tiga tingkat di Jalan Beserah pula ia meningkat daripada RM700,000 kepada RM800,000 seunit.
   
"Angka-angka ini membuktikan bahawa nilai hartanah di Kuantan adalah kekal stabil atau meningkat jadi tidak benar sama sekali dakwaan mengatakan nilainya jatuh ekoran isu tertentu yang dimomokkan hingga dikatakan menghantui penduduk bandar dan daerah ini," katanya.
   
Sementara itu, beliau berkata, projek bangunan RD Prima Suites merupakan usahasama antara Rangkaian Delima Sdn Bhd dan Sunrise Ria Resources Sdn Bhd yang merangkumi empat komponen iaitu servis apartmen, hotel, ruang pejabat dan lot kedai komersial selain turut memuatkan tempat letak kereta bertingkat, kolam renang, rumah kelab dan surau.
   
Menurutnya, projek yang bernilai RM50 juta itu dibangunkan di atas tanah seluas kira-kira 0.4 hektar yang akan memulakan kerja-kerja pembinaannya pada Jun depan dan dijangka siap hujung 2015.

- Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2012 10:46 PM | Show all posts
Lynas Perlu Dapatkan Kebenaran Hantar Sisa Balik Ke Australia


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tegas dengan syaratnya supaya Lynas Corporation (Lynas Corp) mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa Australia untuk menghantar sisa dari kilang nader buminya di Kuantan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, setakat ini, Australia belum menghubungi Malaysia secara formal sama ada berhasrat untuk menolak sisa berkenaan dari loji tersebut. "Kita telah meletakkan syarat. Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka perlu mencari tempat lain untuk membuang sisa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Kerajaan telah menetapkan lima syarat khas bagi membolehkan Lynas Corp mendapat lesen Operasi Sementara di bawah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

Syarat itu termasuk menentukan lokasi bagi Kemudahan Buangan Sisa Tetap (PDF). Sementara itu, Ongkili berkata, sebuah panel penilaian sembilan anggota terdiri daripada pakar-pakar dari agensi kerajaan dan badan swasta telah dibentuk bagi mengendali audit kejuruteraan ke atas kilang yang dicadangkan itu.

"Kami mahu mereka melakukan pemeriksaan rawak, kerana rakyat mempersoalkan sama ada mereka (kilang) melakukan perkara yang betul," kata beliau. Terdahulu, ketika menggulung usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu, Ongkili menegaskan bahawa segala tindakan kerajaan adalah berdasarkan peraturan dan prosedur semasa serta mematuhi standard antarabangsa.

Katanya, kerajaan akan sentiasa membuat penambahbaikan dan mendapatkan penglibatan orang awam khususnya penduduk di sekitar Kuantan supaya pengertian yang betul dan maklumat yang tepat diperolehi oleh semua pihak. -BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:58 PM | Show all posts
MB: Isu Lynas tak jejas nilai hartanah di Kuantan



Nilai hartanah di Kuantan tidak terjejas ma ...
along3746 Post at 26-3-2012 21:59


Hahaha... bangangnya MB... yang rumah Dato' Jamal Nasir (bekas ADUN BN) kat Seberang Balok tu Bank lelong tak laku2 lagi aper citer?? Await MB tak nak beli??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.059789 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list