CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

'Pinjaman Islam' sepatutnya tidak membebankan-Sistem perbankan Islam tidak zalim

  [Copy link]
Post time 27-1-2012 05:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 27-1-2012 17:16

Kaedah Perlaksanaan Skim Bay al-Inah

Di bawah prinsip ini, Bank Rakyat akan menjual aset atau harta kepunyaannya

kepada pelanggan secara harga tangguh. Kemudian pihak bank akan membuat

pembelian semula harta berkenaan dari pelanggan dengan harga tunai. Dengan

cara jual beli




Bay al-Inah, pelanggan akan memperolehi wang tunai dan

membayar balik hutangnya kepada pihak bank secara ansuran dalam tempoh yang

dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Margin keuntungan pihak bank adalah

berdasarkan perbezaan harga tunai dan harga tangguh. Peratus keuntungan yang

dikenakan adalah berbeza berdasarkan tempoh penangguhan yang dipersetujui

secara bersama. Selain itu peratus keuntungan adalah fleksibel dan berubah dari

semasa ke semasa. Aset-aset yang dijual merupakan hak milik Bank Rakyat dan

nilai aset tersebut adalah setara dengan jumlah yang dipohon oleh pelanggan.

(Bank Rakyat, Pembiayaan Kontrak




Tijari). Sementara jenis-jenis aset yang

kebiasaannya digunakan Bank Rakyat dalam kontrak ini sama ada bangunan milik

Bank Rakyat iaitu bahagian bangunan tidak alih yang telah dikenalpasti seperti

tingkat, blok atau lot bangunan; atau Komputer yang lengkap dengan aksesorinya;




atau Sijil Saham Amanah Raya Development (ARD).

Dr. Azizi Abu Bakar
UUM



al-asil Post at 27-1-2012 08:17


Apabila Bank jual dengan harga tangguh pada pelanggan tu  , maknanya aset tu masih milik Bank sebab pelanggan tu tak bayar penuh lagi kan, so macam mana Bank nak beli balik apa yang masih menjadi miliknya sendiri ?

Allah tak tahu kah bahwa pihak bank tak dak niat pun nak jual bebetul aset tu , bahwa apa yang tertulis cuma omongan kosong atas kertas saja ? Bank - Bank nih semua tak faham kah bahwa Allah Maha Mengetahui Segalanya ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 05:16 PM | Show all posts
Apabila Bank jual dengan harga tangguh pada pelanggan tu  , maknanya aset tu masih milik Bank se ...
blastoff Post at 27-1-2012 05:12 PM



   nampak macam bukan lagi pasang pukat petang Jumaat, kutip hasil hari Ahad..
    ni macam petang Khamis dah pasang pukat ja...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 05:27 PM | Show all posts
masa pinjam baik ko semak syarat2nya.....ko jgn anggap ko boleh bgtau ko ada byk masalah sebab ko x boleh bayar....Bank kena survive ....ko kena faham.

Bila dah tersepit mula ko pertikai "Islam" di  hujung panggal Bank itu.

Silap besar kalau ko fikir pinjaman xde syarat...kalau tertunggak biasanya peminjam akan tertungging nak membayar semula.Mmg  tertunggak lah jawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 05:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 27-1-2012 17:34
nampak macam bukan lagi pasang pukat petang Jumaat, kutip hasil hari Ahad..
    ni macam  ...
Hang Post at 27-1-2012 17:16


Bangunan , tingkat , blok, komputer semua habih bank nak guna dalam agreement , why not bank bagi percuma aje aset tu kat pelanggan tu lalu automatik dia jadi owner sah  , nape laaa payah - payah nak guna cara bertangguh yang menyebabkan jualbeli tu jadi merapu kekdahnya .

Bagi percuma aje , lepaih tu pelanggan tu apabila telah menjadi ownernya maka sudah tentulah akan tak mahu jual kembali pada bank kan kan kan ..... Sape nak jual kalau bank nak beli balik pada harga yang rendah !
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 05:49 PM | Show all posts
Orang ramai nak bengkrap ker, nak mampos ker, LANTAK!!!
Yang penting bonus kakitangan  dan penasihat masyuuuukkkkk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 05:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 27-1-2012 18:24
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) had recently called for a review on the implementation of the Islamic financial system in the country, saying the profit margin from loans provided under the system was too high.
He said the margin did not differ much with the conventional financial system, thus defeating the purpose of having a separate system.
Although the system was free of "riba" or interest, it was too profit-oriented, he added.
matamata Post at 26-1-2012 20:03



Hadi kata free from riba .... hmm ....   Macamana Bank beli aset yang memang sedia di milikinya sendiri hadi oiiii  ? Apa jenih sistem jualbeli bangang nih ? Macamana lah stail jualbeli bangang dan merapu tahap super duper gabanz ni boleh pulak di anggap islamic , sah serta halal ???

Memana masyarakat bukan Islam pun tak buat menda nih , tak ada orang bukan Islam kat dunia nih yang nak beli barang milik diri dia sendiri  !    Kalau orang bukan Islam pun tak buat mende merapu gitu , so kenapakah orang yang mengaku Islam pi dok buat pulak ?  Betul-betul menjatuhkan maruah aje lah hadi oiii  . Buat malu kat orang bukan Islam jualbeli bongok di kata islamic  !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2012 05:58 PM | Show all posts
Hadi kata free from riba .... hmm ....   Macamana Bank beli aset yang memang sedia di milikiny ...
blastoff Post at 27-1-2012 17:53




Hadi ni tak tahu apa. Patutnya kena rujuk Harun Din sebab Harun Din ada pengalaman menjadi Penasihat Syariah Perbankan islem
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 06:05 PM | Show all posts
Hadi ni tak tahu apa. Patutnya kena rujuk Harun Din sebab Harun Din ada pengalaman menjadi P ...
penyo Post at 27-1-2012 05:58 PM

Aku dengar orang kata PhD ron din dalam bidang yang ada kaitan dengan kekeluargaan islam or nikah kawin ni, betul ke?
Saper leh kompemkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 06:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by tobby at 27-1-2012 20:37
jadi macammana nak sorok dari Allah agar supaya Allah tak tahu niat sebenar En. Karim yang nak pinjam duit dari Bank dan niat sebenar Bank yang nak meminjamkan duit pada En.Karim tu ?
blastoff Post at 27-1-2012 16:03


itu la yg kita sembang dari mula tentang putar belit perbankan isle.  adakah encik karim dtg bank dgn niat utk membeli mesin ATM?  dan adakah bank berniat nak jual mesin ATM kpd encik karim. hanya mrk yg naive jer yg tak tau itu hanyalah sekadar trick akad utk menipu Allah.  sama mcm trick yahudi tahan pukat ikan hari jumaat, kutip ikan hari ahad, sbb Allah larang mrk tangkap hari sabtu. klu diikut2kan dah betul dah yg yahudi buat tu sbb depa berjaya avoid hari sabtu. tapi Allah tetap kata inilah trick yahudi.


YAHUDI DI ZAMAN NABI DAUD DIHUKUM MENJADI KERA
Hal ini diterangkan dalam surah Al-Baqarah ayat 65 yang berbunyi...
"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina"."

Dan ayat ini diperkuatkan lagi dengan ayat 60 surah al-Maidah...
Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 07:14 PM | Show all posts
Apabila Bank jual dengan harga tangguh pada pelanggan tu  , maknanya aset tu masih milik Bank sebab pelanggan tu tak bayar penuh lagi kan, so macam mana Bank nak beli balik apa yang masih menjadi miliknya sendiri ?

Allah tak tahu kah bahwa pihak bank tak dak niat pun nak jual bebetul aset tu , bahwa apa yang tertulis cuma omongan kosong atas kertas saja ? Bank - Bank nih semua tak faham kah bahwa Allah Maha Mengetahui Segalanya ?
blastoff Post at 27-1-2012 17:12



    kontrak bay al-inah memang diragui sebab niat asal customer nak pinjam duit, bukan nak beli asset kan tapi tatau la kenapa pihak bank masih guna kontrak bay al-inah nih dalam produk dia

status aset pon memang diragui sebab aset tu boleh digunakan banyak kali untuk customer yang berbeza macam contoh mesin ATM yang sapa sebut tadi tu tapi nampaknya bank masih nak guna kontrak bay al-inah nih

kat mana shariah compliance pon tatau la
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 07:19 PM | Show all posts
Aku tengok UZAR pun mengaku perbankan Islam tu belum 100% Islamik disebabkan masih berada bawah sistem ekonomi kapitalis.
gabanzack Post at 27-1-2012 04:14



    selagi mesia duk guna dual financial system, selagi tu la perbankan islam tidak boleh menjadi 100% islamik
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 07:25 PM | Show all posts
lepaih tu pelanggan tu apabila telah menjadi ownernya maka sudah tentulah akan tak mahu jual kembali pada bank kan kan kan .....  Sape nak jual kalau bank nak beli balik pada harga yang rendah
blastoff Post at 27-1-2012 17:31


katakan lepas bank buat akad jual ATM machine tu tiba2 Encik Karim kata dia tak nak jual balik kpd pihak bank. mahu haru biru bank dibuatnya.  ha ha ha...  dlm mesin ATM ada byk duit wooo..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 07:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 27-1-2012 19:41
status aset pon memang diragui sebab aset tu boleh digunakan banyak kali untuk customer yang berbeza macam contoh mesin ATM yang sapa sebut tadi tu tapi nampaknya bank masih nak guna kontrak bay al-inah nih
KumbangPolkaDot Post at 27-1-2012 19:14


Satu persoalan perundangan yang bermain di pemikiran adalah : ketika bank beli balik dari pelanggan tu dengan harga tunai, bank beli aset sendiri . Mana ada perundangan di dunia ni yang menganggap sah belian aset sendiri kan , so apa jadi apabila pembeli tu habis membayar semua bayaran bertangguh tu ? Bukankah aset tu legally menjadi miliknya dan bukan milik bank lagi dah apabila belian aset sendiri yang dibuat oleh bank tu menjadi tak sah lagi dah dari segi perundangan ?

Jadi kenapa pelanggan yang telah habis bayar segala pembelian bertangguh tu tak bawa ke mahkamah untuk claim ownership aset bank tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 07:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 27-1-2012 19:52
katakan lepas bank buat akad jual ATM machine tu tiba2 Encik Karim kata dia tak nak jual balik k ...
tobby Post at 27-1-2012 19:25


Itu yang Bank guna cara bertangguh tu untuk mengelak dari karim tetiba tak nak jual balik  , maknanya aset tu masih menjadi milik bank selagi karim tak bayar sepenuhnya lagi so selepas akad pun karim tak miliki aset tu  .

Bank beli balik immediately sesudah itu kerana nak mengelakkan dari karim jadi owner aset tu setelah bayaran bertangguh habis dia settle ....

Tapi Bank terlupa yang Bank tak boleh beli balik apa yang memang sedia menjadi miliknya sendiri ... jadi apabila karim habih bayar kelak segala yang bertangguh tu pastinya karim lah pemilik sebenar mesin ATM tu .... hahaha padan muka bank .
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 07:58 PM | Show all posts
Bank jual mesin ATM yang sama beribu kali kepada beribu customer .... apa jadi apabila ribuan customer yang dah habis bayar semua pakat-pakat claim ownership ke atas mesin ATM tu dan bawa ke mahkamah ? Whooaaa mau lagi haru biru jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 08:31 PM | Show all posts
Bank jual mesin ATM yang sama beribu kali kepada beribu customer .... apa jadi apabila ribuan custom ...
blastoff Post at 27-1-2012 19:58


begitu hebat permainan putar belit akad the so called islamik banking..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 08:32 PM | Show all posts
Satu persoalan perundangan yang bermain di pemikiran adalah : ketika bank beli balik dari pelanggan tu dengan harga tunai, bank beli aset sendiri . Mana ada perundangan di dunia ni yang menganggap sah belian aset sendiri kan , so apa jadi apabila pembeli tu habis membayar semua bayaran bertangguh tu ? Bukankah aset tu legally menjadi miliknya dan bukan milik bank lagi dah apabila belian aset sendiri yang dibuat oleh bank tu menjadi tak sah lagi dah dari segi perundangan ?

Jadi kenapa pelanggan yang telah habis bayar segala pembelian bertangguh tu tak bawa ke mahkamah untuk claim ownership aset bank tu ?
blastoff Post at 27-1-2012 19:39

Kaedah Perlaksanaan Skim Bay al-Inah

Di bawah prinsip ini, Bank Rakyat akan menjual aset atau harta kepunyaannya kepada pelanggan secara harga tangguh. Kemudian pihak bank akan membuat pembelian semula harta berkenaan dari pelanggan dengan harga tunai.


masa bank beli aset tu dengan harga tunai dari pelanggan, aset tu dah jadi hak pelanggan tu..ingat di sini pelanggan yang pegi bank bukannya nak beli aset tapi dia nak pinjam duit..sebab tu la bank jual dulu aset tu kepada pelanggan dengan harga tertangguh dan beli semula dengan harga tunai dari pelanggan tersebut. Jadi pelanggan dapat duit (cash dari penjualan asset) bank dapat cash + profit (dari penjualan aset)

sebab kan kat mesia nih tade produk2 yang berprinsipkan Qard Hassan, maka Bay Inah la yang digunakan dalam produk2 personal financing di bank2 Islam di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 08:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 27-1-2012 20:57
masa bank beli aset tu dengan harga tunai dari pelanggan, aset tu dah jadi hak pelanggan tu..ingat di sini pelanggan yang pegi bank bukannya nak beli aset tapi dia nak pinjam duit..sebab tu la bank jual dulu aset tu kepada pelanggan dengan harga tertangguh dan beli semula dengan harga tunai dari pelanggan tersebut. Jadi pelanggan dapat duit (cash dari penjualan asset) bank dapat cash + profit (dari penjualan aset)
KumbangPolkaDot Post at 27-1-2012 20:32


Harga tertangguh tak menyebabkan pelanggan tu memiliki aset tu , sebab bayaran penuh tak di buat lagi oleh pelanggan tu untuk membolehkan dia memiliki aset tu sepenuhnya .

Apabila Bank beli balik dengan bayar cash pulak, cash tu bukannya pelanggan tu guna untuk bayar semua bayaran tertangguh tu,  tapi untuk pelanggan tu guna bagi memenuhi tujuan sebenar dia buat pinjaman in the first place lah , so bayaran tertangguh tu akan still tertangguh even after bank bagi cash kat pelanggan tu .

Jadi pelanggan tu tak miliki aset tu selagi bayaran tertangguh wujud , yang memberi makna pelanggan tu tak boleh jual pada bank apa yang tidak menjadi miliknya dan Bank tak boleh beli balik apa yang memang masih menjadi milik bank sendiri lah .
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 08:45 PM | Show all posts
begitu hebat permainan putar belit akad the so called islamik banking..
tobby Post at 27-1-2012 20:31


Bank konar baring sampai sentuh jalan woo, keluar percikan api lagi geselannya
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 09:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 27-1-2012 21:05
masa bank beli aset tu dengan harga tunai dari pelanggan, aset tu dah jadi hak pelanggan tu. ...
KumbangPolkaDot Post at 27-1-2012 20:32


Senang ceta macam ni la : Harga tertangguh bermakna bayar secara ansuran , jadi selagi ansuran tak habis bayar sepenuhnya maka aset tu akan still jadi milik penjual yakni Bank , dan bukan hakmilik pelanggan tu .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.231354 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list