CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Tarikh akhir bayar saman JPJ extend sampai 10 Mac 2011!!(Update)

  [Copy link]
 Author| Post time 1-3-2011 10:34 AM | Show all posts
Hari teraksaman kelam-kabuthir bayar

ORANG ramai berebut-rebut untuk mendapatkan angka giliran bagi membayar saman trafik potongan 50 peratus di Pejabat Pos Malaysia, Jalan Merdeka, Kuching, Sarawak, semalam. – UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN





KUALA LUMPUR 28 Feb. – Hari terakhir bayaran saman trafik di seluruh negara hari ini bertukar kelam-kabut apabila sistem dalam talian yang digunakan untuk urusan itu tergendala, ekoran penggunaan yang melebihi kapasiti.

Situasi itu menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu serta beratur panjang berjam-jam lamanya untuk menyelesaikan urusan pembayaran tersebut sama ada di kaunter trafik di balai dan ibu pejabat polis daerah mahupun di pejabat-pejabat pos di seluruh negara.

Bagaimanapun, Ketua Trafik Pasukan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof (gambar) ketika dihubungi memaklumkan, sistem bayaran itu tidak lumpuh mahupun mengalami kerosakan, cuma ia menjadi perlahan berikutan penggunaannya yang terlalu tinggi hari ini.

“Berikutan masalah yang dihadapi itu, pihak polis membuat keputusan melanjutkan waktu pembayaran saman yang sepatutnya berakhir pukul 5 petang hari ini kepada pukul 12 tengah malam ini.

“Orang ramai boleh membayar saman di semua kaunter trafik di ibu pejabat polis daerah. Kita tetap menerima bayaran walaupun nombor giliran telah habis sejak petang ini,” katanya di sini hari ini.

Namun begitu, Utusan Malaysia difahamkan, sistem yang tergendala itu menyebabkan pihak polis terpaksa mengutip bayaran saman secara manual iaitu menerima bayaran terlebih dahulu hari ini dan proses dilakukan kemudian.

Kesemua saman yang dijelaskan hari ini dianggap telah dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.

Dalam perkembangan sama, Abdul Aziz turut memberitahu, pihaknya telah mengutip sejumlah 875,836 saman di seluruh negara dalam tempoh enam hari dari Isnin lalu sehingga kelmarin.

“Jumlah saman itu adalah kutipan sepanjang enam hari sehingga Sabtu lalu. Ia tidak termasuk jumlah kutipan dua hari terakhir ini.
“Kutipan saman dijangka meningkat kerana ia belum termasuk kutipan semalam (Ahad) dan sehingga pukul 12 tengah malam ini,” ujarnya.

Tempoh bayaran saman yang berakhir hari ini mungkin tidak dilanjutkan lagi oleh kerajaan memandangkan Kabinet telah memberi kelonggaran masa selama enam bulan untuk orang ramai berbuat demikian.

Namun, sehingga hari ini, masih ramai pengguna jalan raya menunggu saat-saat akhir untuk melunaskan bayaran saman dan langkah itu ternyata menyusahkan mereka apabila sebilangan besar pesalah trafik turut membuat tindakan demikian.

Itu menyebabkan keseluruhan cawangan trafik setiap balai polis serta pejabat pos sesak dengan kehadiran mereka yang menunggu seawal 7 pagi lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2011 10:36 AM | Show all posts
Kaunter bayar saman trafik sesak di seluruh negara

Seorang pembayar saman menunjukkan nombor giliran untuk menjelaskan bayaran saman trafik di kaunter pembayaran saman Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor, semalam. - BERNAMA



KUALA LUMPUR 28 Feb. - Sikap menunggu sehingga saat-saat akhir pengguna jalan raya bagi melunaskan bayaran saman sememangnya telah dijangkakan meskipun ramai yang sedia maklum akan berlaku kesesakan di setiap kaunter bayaran.


Pengguna kenderaan yang mempunyai saman sanggup menunggu di kaunter trafik dan pejabat-pejabat pos seawal pukul 7 pagi sedangkan mereka boleh melakukan perkara sama tanpa perlu beratur panjang sebelum ini.

Sikap ini menyebabkan mereka bukan sahaja terpaksa beratur panjang, malah perlu menunggu berjam-jam lamanya untuk membayar saman, ditambah lagi sistem perkhidmatan atas talian di kaunter-kaunter bayaran itu tergendala.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa cawangan trafik termasuk di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) serta kaunter Pos Malaysia mendapati suasana sama sahaja iaitu kesemuanya menanti nombor giliran mereka dipanggil.

Salah seorang pembayar saman, Azman Anuar, 40, memberitahu, dia hadir pada saat akhir membayar saman memandangkan gaji bulanan baru diterimanya hari ini.
"Hari ini kebetulan adalah hari gaji dan pada bulan ini sahaja, sumber pendapatan saya boleh digunakan untuk melangsaikan saman ini," katanya.

Bagi Najib Zulkifly, 39, pula, dia telah ke lima cawangan trafik sekitar ibu negara termasuk pejabat pos hari ini, namun kesemuanya dipenuhi oleh pengguna kenderaan yang mahu membayar saman.

"Nasib baik nombor giliran di kaunter Bukit Aman masih belum habis, kalau tidak, saya terpaksa membayar saman dengan kadar baru nanti," ujarnya.

Tinjauan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee pula mendapati, mesin tiket nombor giliran terpaksa diberhentikan kira-kira pukul 11.30 pagi sekali gus membuatkan orang ramai tidak berpuas hati.

Salah seorang pembayar saman, R. Shree, 65, berkata, dia kesal dengan keadaan itu dan berharap pihak bertanggungjawab lebih bersedia dalam menghadapi situasi kelam-kabut yang sememangnya dijangka akan berlaku.

"Keadaan sesak seperti ini memang sudah dijangkakan namun pihak polis sepatutnya sudah bersedia lebih awal," katanya.

Wan Shari Ariffin, 45, pula berkata, polis sepatutnya menyediakan kemudahan yang khusus dan selesa kepada pembayar saman sementara menunggu nombor giliran mereka.

"Suasana sesak ini memang telah dijangka dan saya ingatkan polis menyediakan kaunter yang lebih banyak tetapi tidak," jelasnya.
Di Pejabat Pos Wangsa Maju turut kecoh apabila nombor giliran tidak berganjak sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai.

Malah ada di antara mereka merayu agar kerajaan melanjutkan kembali tempoh pembayaran kerana masalah sistem yang didakwa tergendala.

"Saya berharap tempoh bayaran saman ini dapat dilanjutkan bagi memudahkan proses bayaran saman kerana sistem komputer tergendala dan itu bukan salah kami," kata pekerja swasta, Shaharudin Mohd Salleh, 45.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 10:38 AM | Show all posts
Saman: Hanya yang tidak bersalah boleh merayu - Hishammuddin

PUTRAJAYA 28 Feb. - Orang ramai yang tidak melakukan kesalahan jalan raya tetapi menerima saman trafik boleh membuat rayuan untuk mengetepikan saman mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, kelonggaran itu hanya diberikan kepada pemilik kenderaan yang mungkin telah meminjamkan kenderaan mereka kepada individu lain sewaktu saman itu dikeluarkan.

Menurutnya, pesalah trafik yang lain perlu menjelaskan saman masing-masing kerana kelonggaran hanya membabitkan kes-kes yang disifatkan sebagai 'masuk akal' sahaja.

"Mereka yang tidak bersalah perlu tampil ke hadapan kerana kita mahu memastikan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang tidak bersalah teraniaya.

"Bagi yang tak bersalah jangan takut atau bimbang untuk berjumpa beri keterangan kepada kita, kita boleh bincang tetapi kalau betul-betul tak bersalahlah,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Naib Presiden UMNO mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Turun ke Negeri-negeri bersama dua lagi rakan sejawatnya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Ditanya sama ada kemungkinan polis akan melanjutkan tempoh bayaran saman beliau berkata, enam bulan yang telah diberikan sudah mencukupi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan orang ramai yang mendakwa gagal membayar saman tertunggak ekoran sistem komputer polis mengalami gangguan sedangkan mulai esok kadar baru saman akan dikuatkuasakan.

Hishammuddin menegaskan, pesalah trafik sepatutnya mengambil inisiatif menjelaskan saman mereka sejak awal-awal lagi tanpa perlu menunggu lama untuk tampil membayar saman.

"Apa lagi pilihan yang kita ada selain daripada bertindak tegas untuk tidak melanjutkan tempoh masa bayaran saman, kita perlu juga bersikap adil kepada mereka yang telah menjelaskan saman sejak awal-awal lagi," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 10:46 AM | Show all posts
fund kepada tabung umno..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 10:49 AM | Show all posts
kita tunggu hujung bulan april.. kaunter LHDN kene serbu lak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 10:56 AM | Show all posts
Saman semakin banyak,, tapi kadar kemalangan tetap jugak meningkat. adakah ini bermaksud:

1) rakyat malaysia tak makan saman???
2) kaedah saman memang kurang berkesan dan tidak perlu diberi perhatian oleh gomen??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2011 11:07 AM | Show all posts
Hehe....dah cakap awal2 suruh bayar saman awal..dah kena, salahkan org lain..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 11:19 AM | Show all posts
Hehe....dah cakap awal2 suruh bayar saman awal..dah kena, salahkan org lain..hehehe
meela Post at 1-3-2011 11:07
kau dah check tak, mana tau kau ada saman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 11:30 AM | Show all posts
alahai,
bila nak buat salah xnak pikir,
pastu bila kena baru la nak pikir susu anak la,sewa rmh la ...
Atifan Post at 1-3-2011 01:13



    kalau yang bawak gile2 tu patutlah, ni kalau speed limit 60km..letih lah bang!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 11:41 AM | Show all posts
Reply 148# willywonka

bro..myeg kan ada..forum.cari pun gigeh nak masuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 11:45 AM | Show all posts
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SERBUAN orang ramai khususnya ke pejabat-pejabat Pos dan polis trafik semalam iaitu hari terakhir menjelaskan saman trafik pada kadar diskaun 50 peratus, menjadikan keadaan kelam-kabut.

Selain sesak atau beratur panjang dan lama menunggu giliran, ada yang gagal memperoleh nombor giliran kerana kaunter pembayaran terpaksa mengehadkan pelanggan berdasarkan kemampuan. Laman-laman sesawang yang boleh digunakan untuk tujuan yang sama juga sesak ekoran trafik Internet yang maksimum.

Apapun, itulah keadaan yang sering kita lihat pada hari-hari terakhir menjelang tempoh akhir urusan rasmi tertentu untuk orang ramai bereskannya.

Bagi kes saman trafik berdiskaun ini, Kabinet sebenarnya telahpun melanjutkannya selama enam bulan. Malah, Pejabat Pos yang biasanya ditutup Ahad telah dibuka kelmarin bagi membolehkan orang ramai membayar saman trafik.

Itulah, apa yang boleh kita lihat sikap bertangguh sehingga saat-saat akhir masih wujud pada kebanyakan kita, sekalipun dalam kes ini ramai yang memberi alasan menunggu gaji masuk.

Sikap tersebut sukar ditanggalkan mungkin kerana dalam banyak kes, kerajaan sentiasa memberi kelonggaran. Walaupun matlamatnya untuk memberi ruang kepada orang ramai, namun ia turut membawa kesan negatif.

Yang jelas, mulai hari ini, mereka yang gagal menjelaskan saman trafik semalam terpaksalah membayarnya pada kadar penuh. Apakah akan ada lagi lanjutan masa?


Awang – Bayar awal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 11:47 AM | Show all posts
PDRM, JPJ, DBKL perlu cekap

MENURUT laporan Utusan Malaysia 24 Februari 2011, terdapat 18 juta saman tertunggak sehingga mengejutkan sesiapa sahaja yang membaca laporan berkenaan yang dikeluarkan oleh tiga agensi kerajaan. Laporan itu menyebut bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat jumlah yang paling banyak dengan 15.6 juta saman; Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan 1.8 juta saman, diikuti oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan 606,800 saman.

Saya menganggap ketiga-tiga agensi ini sebagai agensi yang diamanahkan oleh pihak kerajaan membanteras kesalahan jalan raya, tidak menjalankan tugas dengan cekap. Kenapa dari tahun 2000 sehingga 2009 baru sekarang mahu mengambil tindakan yang mutakhir sehingga menyusahkan rakyat jelata?

Saya masih ingat sejak dari dahulu lagi pelbagai cara digunakan oleh PDRM dan JPJ untuk membanteras kesalahan pengguna jalan raya. Tetapi ia masih gagal dilakukan dan tidak berkesan. JPJ pernah mewajibkan penggunaan Lampu Amaran Kelajuan yang dipasang di kenderaan berat komersil, Sistem Kejora, Kamera Litar di persimpangan lampu merah, kotak kuning. Tetapi banyak yang gagal dan berkubur begitu sahaja. Kesalahan dan kemalangan masih tetap berlaku dan statistik kemalangan maut menunjukkan angkanya semakin naik setiap tahun.

PDRM pandai menggunakan teknik tembak laser dengan pantas di lebuh raya dengan ‘menyerang hendap’ kenderaan yang dipandu laju. Tetapi mereka tidak cekap dan gagal membawa pemandu yang melakukan kesalahan ini ke muka pengadilan dengan pantas.

Begitu juga dengan DBKL yang pandai mengeluarkan saman di tempat-tempat letak kereta. Tetapi mereka juga gagal mendapatkan tuan punya kereta membayar saman dengan cepat sehingga terdapat tunggakan yang tinggi.

Tidak terkecuali juga pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang menjaga urusan hal ehwal teksi. Mereka juga gagal menanganinya dengan baik sehingga terpaksa pintu teksi ditampal stiker amaran ‘tawar menawar tidak dibenarkan’. Saya fikir hanya Malaysia sahaja yang unik menampal perkataan seperti itu. Ini sangat lucu sekali.

Namun, apa yang saya hairankan lagi ialah kenapa bermula pada 1 Mac ini (hari ini) pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mewajibkan penggunaan tali keledar keselamatan di tempat duduk belakang? Pada masa sama mereka masih membiarkan anak-anak kecil duduk di tempat duduk hadapan penumpang bersama ibunya sedangkan si anak tidak memakai tali keledar. Kadang kala anak kecil ini berdiri sendirian di hadapan sambil bermain-main dengan pemandu. Ini sangat berbahaya sekiranya kereta berhenti secara mendadak. Ia boleh menyebabkan kecelakaan kepada kanak-kanak tersebut.

Kenapa pegawai-pegawai dan pihak pengurusan tertinggi yang mengetuai agensi-agensi berkenaan tidak belajar daripada sistem di United Kingdom (UK) atau di negara-negara barat? Saya pasti banyak pegawai-pegawai ini pernah satu ketika menuntut di sana atau setidak-tidaknya pernah ke sana. Tidak salah kalau kita belajar daripada sistem barat.

Pegawai-pegawai agensi kita harus belajar bagaimana agensi-agensi di sana mengenakan kompaun atau saman dan kalau tidak dibayar dalam dua minggu apa kemungkinannya. Kalau tidak bayar juga pada waktu yang ditetapkan, perkara tersebut tidak akan dilengahkan, terus akan ke mahkamah.

Jadi, apa yang saya lihat masalah besar dengan agensi-agensi kita ialah di bahagian penguatkuasaan (enforcement), atau pegawai kuatkuasa yang selalunya tidak cekap dan sering dengan sengaja mendiamkan kes-kes ini bertahun-tahun lamanya. Kalau disoal, sering pegawai-pegawai ini pandai memberi alasan banyak kerja atau tidak cukup kakitangan. Kalau pemandu tidak bayar saman tidak boleh dipersalahkan akibat ketidakkecekapan pihak pengurusan.

Pada pendangan saya, kerajaan wajar membatalkan semua saman tertunggak jika agensi-agensi ini tidak membuat susulan mendakwa pesalah di mahkamah dalam waktu yang ditetapkan. Sekiranya kes ini tidak didakwa dalam satu tahun ia harus luput waktu atau time bar.

Pihak PDRM, JPJ, DBKL mahupun agensi-agensi yang lain harus berlaku adil. Jika dalam setahun kes kesalahan tidak didakwa sampai ke mahkamah ia harus dibuang. Agensi-agensi ini harus bersikap profesionalisme dalam pekerjaan mereka. Melambatkan pendakwaan ke atas pesalah jalan raya tidak boleh diterima sama sekali. Ia hanya menyusahkan rakyat.

TAHIR SALIM

Ampang, Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 12:38 PM | Show all posts
kerajaan takde duit
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 01:22 PM | Show all posts
dulu pon camni gak...bg notis ckp last bayar. tp lama2 senyap jer... agaknya betul kot, gomen dh takde duit la tuh..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 01:46 PM | Show all posts
dah check dah nasib baik rekod bersih

tp na check tu azab www.myeg.com.my asik tergendala je:@
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 01:50 PM | Show all posts
PDRM, JPJ, DBKL perlu cekap

MENURUT laporan Utusan Malaysia 24 Februari 2011, terdapat 18 juta sa ...
along3746 Post at 1-3-2011 11:47

gomen jugak yang kena blame
yang dok bwk kete mcm pelesit tu xde pulak nak tegur.
kalo kadar kemalangan tinggi, blame gomen
gomen saman sebab bwk laju, tuduh gomen dah xde duit.
mentaliti ape la ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 01:53 PM | Show all posts
patutnya polis buat sendiri portal utk payment...

sape bayar online dpt discount

tapi sistem  kene bagus laa jgn laa server cam ayam dipakainya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 01:58 PM | Show all posts
dulu pon camni gak...bg notis ckp last bayar. tp lama2 senyap jer... agaknya betul kot, gomen dh tak ...
kenarikelabu Post at 1-3-2011 13:22



hidden indicator pilihan raya nak dekat

pasni cukai tanah, pintu, lhdn segala depa suh byr cepat...

kalo x b4 this senyap je
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:00 PM | Show all posts
Padan muka kena masing2 kena saman....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:05 PM | Show all posts
patut la balai full of cars harineh..
naya tul kalau kena byr 2/3 ribu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.121798 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list