CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: missyqaldina

penduduk kg majidee bakal jd jutawan selepas trjumpa lubuk emas!

  [Copy link]
Post time 10-1-2012 09:29 PM | Show all posts
"Kalau Ada Emas Orang Di Jalan Mewah Dah Lama Hidup Mewah" - Penduduk

Oleh MOHD FARHAAN SHAH



Orang ramai masih mencari batu-batu yang dipercayai emas di Jalan Mewah, Kg Melayu, Johor Bahru pada Selasa walaupun ia telah disahkan sebagai bukan emas. -
Foto ABDUL RAHMAN EMBONG/ The Star.


JOHOR BARU: Walaupun para pakar telah mengesahkan bahawa bahan mineral yang berkilau keemas-emasan yang ditemui dengan banyaknya di Jalan Mewah, Kampung Melayu di sini sebenarnya bukanlah emas tetapi itu masih belum cukup untuk menghalang orang ramai daripada terus menyerbu untuk mencari 'logam berharga' tersebut.

Malah, jumlah yang datang semakin bertambah setiap hari dan mula merimaskan para penduduk yang mendiami sepanjang Jalan Mewah di kampung berkenaan.

Jalan Mewah telah menjadi perhatian ramai di bandar ini selepas pertemuan apa yang didakwa sebagai emas sekaligus mengundang para 'pencari emas' ke kawasan berkenaan sejak lima hari lalu.

Seorang surirumah, Mutiara Hamid, 48, berkata, dia masih belum berputus asa yang dia akan menemui emas walaupun batu-batu yang berkilau yang telah dibawanya ke kedai emas disahkan bukan emas yang sebenar.

"Tukang emas itu memberitahu saya bahawa batu-batu yang saya bawa itu bukan emas dan saya berasa sedikit kecewa tetapi saya masih belum berputus asa dan akan terus mencari sehingga saya temui emas," katanya.

Seorang penduduk tempatan, Shukor Johari, 42, pula berkata, jumlah pengali emas yang semakin bertambah setiap hari telah mendatangkan masalah kepada orang ramai.

"Mana ada emas di situ...jika ada emas sekali pun semua orang yang tinggal di Jalan Mewah dah jadi mewah dah sekarang," ujarnya.

Kata Shukor, mereka menerima bantuan peruntukkan untuk melebarkan jalan dan perparitan daripada ahli parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Abdul Samad tiga minggu yang lalu dan akibat aktiviti cari gali ini habis jalan itu semua dirosakkan oleh mereka yang datang menggali emas.

Dalam pada itu, seorang tukang emas, Eric Wong, 55, berkata, tiga orang telah berkunjung ke kedainya sejak beberapa hari lalu dan mahu menjual apa yang mereka dakwa sebagai emas.

"Tetapi saya dapati, ia bukanlah emas tulin dan tidak mempunyai apa-apa nilai komersial," kata Eric.

Pengarah Jabatan Geosains dan Mineral Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, apa yang ditemui di Jalan Mewah itu hanyalah sebahagian daripada batu granit yang mengandungi bahan mineral "pyrite" atau besi sulfit.

"Batu-batu ini juga dikenali sebagai emas palsu kerana warnanya yang berkilau keemas-emasan dan ramai yang tidak ada pengetahuan mengenai bahan mineral akan menyangka apa yang mereka temui itu sebagai emas," kata beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 09:29 PM | Show all posts
Menyusahkan orang sahaja ouak2 jawa ini....kan sudah merosakkan jalan ang mahu dibaik pulih itu...terpaksa keluarkan bajet baharu untuk membaik oulih kembali...menghabiskan sumber negara sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:33 PM | Show all posts
Jawa kena tifu lagi... Nak samsung dot lesing... Nak emas dpt batu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:37 PM | Show all posts
Dengar khabar jawa tok tok yang suka menduburkan orang merata satu board CI itu pin gegeh jua pergi mendulang...maklumlah bercita2 mahu keluar dari belengguh kemiskinan dan lembah kehinaan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:39 PM | Show all posts
kg majidee ramai samseng taik khinzir
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:43 PM | Show all posts
Pyrite neh nk knl sng,tp amek sket masa...kalo pyrite,after few days or week,leh jadi lebam,mcm karat gitu...sbb komponen dia ferum...

Wonder camne in early pages tukang emas leh kompomkan itu emas..aduhai...

Salah 1 lab yg test ketulenan emas,tu haa,kl assay...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2012 09:43 PM | Show all posts
Reply 145# kucingTomey


    la ada lagi kucingtotey ni. ingat kena curi dah.{:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:44 PM | Show all posts
org encem mmg jarang on9
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 09:48 PM | Show all posts
Reply 148# kucingTomey


    encem ke? npk busuk tak mandi je
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:52 PM | Show all posts
pernah dengar Fool's Gold? dlm kartun Scooby Doo pun ada sebut pasal Fool's Gold... hahahaaa, emas utk orng2 bodoh...pergh malunya aku sbgai orng Johor
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:57 PM | Show all posts
tanah  yg dikorek kat situ ke yg ada emas  atau tanah yg dibawa dari tempat  asalnya ke kg itu yg ada emas?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:04 PM | Show all posts
ni mcm berita cicak tokek la..

claim nilai berpuluh ribu RM, tapi habuk pun tarak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:07 PM | Show all posts
tahniah org kg majidee...aku tumpang sronok..rezeki tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:08 PM | Show all posts
dah kaya diaorg?

bila pikir balik, baik takyah kerajaan pening2 nak pikirkan cara utk naikkan taraf ekonomi rakyat.Bagi aje rakyat pegi mendulang emas di kawasan yang ada emas.

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:09 PM | Show all posts
Kampung Melayu Majidee lombong emas?


Sebahagian penduduk sibuk mendulang emas di Kampung Melay ...
along3746 Post at 10-1-2012 20:53



    Amat lucu sekali melihat tingkah laku mereka.

Macam indon caprut pula.

Di mana forummer indon sekalian, ini la peluang kamu untuk mencerca ummah melesia caprut ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:11 PM | Show all posts
OKI

dah terjual ke emas tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 10:11 PM | Show all posts
Amat lucu sekali melihat tingkah laku mereka.

Macam indon caprut pula.

Di mana forum ...
Changa Post at 10-1-2012 22:09



    Indon caprut gelakkan jawa local caprut... Melayu urban tepuk tgn
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 10:17 PM | Show all posts
Warga spore kwn sekelas peyno yg urban pon pasti tgh gelak guling2 sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 07:39 AM | Show all posts
BERITA TERKINI kekdahnye
Semua penduduk kampung, balik la ke rumah memasing, batu yg dikatakan emas rupanya batu semata2

Aku tak leh tahan ngenang balik mokcik pokcik tu sanggup menggali 24 jam siang malam
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 07:48 AM | Show all posts
setakat apa yg aku tgk dlm tv, tu bukan pure gold. ia adalah hablur/mineral yg belum betul2 emas. so makcik2pakcik2 majedee boley peram dulu bijih tu 50-60 tahun sampai benda tu masak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.837318 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list