|
oleh Adib Za
Nasi tomato merupakan menu yang popular dihidangkan ketika berbuka puasa dan juga hari raya.
Campuran tomato ke dalam nasi menjadikan ia berbeza dengan nasi minyak lain seperti nasi ayam dan juga nasi beriani.
Dimakan pula panas-panas dengan ayam masak merah dan juga acar timun. Rasa terliur sudah? Jom kita cuba resipi nasi tomato yang mudah ini, dipetik dari blog Dapur Mamasya.
Sumber foto: juliecaterings.com
Bahan-bahan
4 cawan beras (dibersih dan ditoskan)
190g minyak sapi
2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar dicincang
160g tomato puree
1.8 liter air rebusan
Daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah
Bahan dikisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 hiris halia
Cara-cara
Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.
Kacau rata-rata selama 1-2 minit. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bawang goreng. - CARI
Sumber: Blog Dapur Mamasya |
|