“Bila tengok orang sanggup datang tengok saya menyanyi di khalayak ramai buat pertama kali buatkan hati saya jadi sayu. Nyanyi pula lagu ibu, terus menangis.
“Memang lagu Kesetiaan juga merupakan kesukaan saya. Syukur sebab semua orang pun suka lagu ibu saya itu,” ujarnya.
Teruja untuk tampil pada konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura 10 Mei depan, Thalita bakal membawakan dua dendangan.
Menurutnya, sebagai persediaan buat masa ini dia semakin kerap membuat latihan di bawah bimbingan datuknya juga penyanyi, Raisuddin Hamzah serta ayahnya sendiri.
“Saya seronok sebenarnya dapat tawaran ‘uncle’ Ajai sebab bukan sahaja dapat sertai konsert, ini pertama kali saya pergi Singapura,” katanya.
Selain Thalita, konsert tersebut bakal disertai ramai penyanyi hebat termasuk Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suib, Hazama dan Asmidar.
Sumber – KOSMO! ONLINE