|
Oleh : Dean BZ
Biskut Pretzel mempunyai bermacam-macam perisa antaranya coklat, cinnamon, karamel, almond dan pepperoni.
Pretzel asalnya dari Jerman dan dikenali sebagai “Brezel”. Pretzel adalah produk roti yang diperbuat daripada adunan biasa dengan simpulan unik.
Bentuk pretzel tradisional adalah bergelung simetri yang tersendiri, dengan ujung-jalur yang panjang doh saling berkait dan kemudian dipintal kembali ke dalam dengan cara yang tertentu (“gelung pretzel”).
Kini pretzel pelbagai bentuk boleh didapati di seluruh dunia dan garam adalah perasa yang paling biasa bagi pretzel. Untuk lebih bervariati, ia diolah menjadi biskut yang dicelup coklat dan sebagainya.
Tapi harga biskut ini tidaklah murah, benda sedap mestilah mahal kan. Jadi lebih baik buat sendiri jika anda berhajat nak hidangkan kepada tetamu atau orang teristimewa di hari lebaran nanti. Ikuti resepi dibawah ini :
Bahan-Bahan:
250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko
Cara membuatnya:
- Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
- Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
- Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
- Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.
Selamat mencuba, jika sudah pandai membuat biskut Pretzel ini rasanya masih belum terlambat untuk anda menjualnya. Disamping untuk dihidangkan kepada tetamu, dapatlah juga tambah hasil pendapatan buat beraya nanti. - CARI.
Sumber - resepibiskut.blogspot.com |
|