CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28843|Reply: 30

[Politik] 'Jika saya tahu tapi tidak berbuat apa-apa... ia seperti bunuh diri' - Najib Razak

[Copy link]
Post time 23-1-2025 11:54 PM | Show all posts |Read mode



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, beliau tidak mengesahkan ataupun bertanya sumber derma yang dikata dimasukkan ke dalam akaun banknya, kerana memadai untuk bergantung pada AmBank dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi amaran mengenai sebarang transaksi yang mencurigakan.

Bekas Perdana Menteri itu ketika diperiksa semula oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata beliau tidak pernah, pada setiap masa, menganggap dana terbabit boleh datang daripada sumber lain selain daripada Arab Saudi.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, beliau tidak akan menerima wang itu jika mempunyai sebarang keraguan mengenai sumbernya.

"Oleh kerana saya mengetahui ia masuk ke dalam akaun peribadi saya dan ia diawasi bank pusat, maka ia akan menyebabkan masalah kepada diri saya jika saya tahu (ada transaksi mencurigakan) tetapi tidak berbuat apa-apa. Dalam erti kata lain, ia seperti membunuh diri," katanya.

Muhammad Shafee kemudian mencadangkan bahawa ia adalah seperti melakukan 'harakiri' (satu bentuk ritual bunuh diri di Jepun) dan Najib menjawab: "Harakiri atau apa saja seumpamanya."

Najib berkata demikian ketika disoal mengenai cadangan pihak pendakwaan bahawa beliau bertanggungjawab menyemak sebarang isu dalam akaun bank peribadinya, walaupun sudah mengeluarkan dua surat mandat untuk memberi kuasa kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Nik Faisal Ariff Kamil, mengendalikan akaun itu.

Najib yang memberi maklum balas mengenai isu berkenaan berkata, beliau hanya akan menyemak transaksi dalam akaun bank peribadinya jika diberitahu terdapat keperluan untuk berbuat sedemikian.

Beliau berkata, mesti ada sesuatu yang akan menjadi tanda 'isyarat' jika beliau perlu membuat semakan terhadap transaksi dalam akaunnya.

Katanya, beliau menandatangani surat mandat kerana sebagai Perdana Menteri ketika itu, beliau terlalu sibuk dengan banyak perkara dan ia terlalu membebankan serta memakan masa untuk menyemak setiap transaksi.

"Jadi apabila ada sesuatu, (sama ada) isyarat daripada bank atau pengurus pematuhan, maka ia memerlukan saya untuk membuat semakan," katanya.

Disoal lanjut mengenai apa yang beliau maksudkan dengan 'isyarat', Najib menjawab, bank harus merujuk kepadanya jika mempunyai keraguan berhubung sesuatu transaksi dan beliau kemudian akan menyemaknya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang dijalankan di Istana Kehakiman, bersambung esok.

Sumber : - Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 09:40 AM | Show all posts
nmpk mcm makin berisi plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 10:48 AM | Show all posts
Ye lah tu najib, satu msia kecoh dulu, habis ko tukarkan n hentikan keja segala pegawai yg cuba bongkar isu penyelewengan ko tu. Satu donia kecoh psl jenayah ko, sendiri pun byk menipu konon tak kenal jolo lah, ujung2 rupanya jolow sampai tahap attnd merting 1mdb phuuui
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:09 AM | Show all posts
Orenn1 replied at 24-1-2025 10:48 AM
Ye lah tu najib, satu msia kecoh dulu, habis ko tukarkan n hentikan keja segala pegawai yg cuba bong ...



SEJAK BILA NAJIB PERNAH CAKAP DIA TAK KENAL JHO LOW?

Sejak semalam cybertrooper Pakatan Harapan sebok menghentam DS Najib bila  dalam mahkamah beliau mengaku guna Jho Low untuk memudahkan rundingan pelaburan di Arab dan China.

Maka berlegarlah fitnah mengatakan:

"Eh, bukan dulu Najib kata tak kenal Jho Low ke, harini tetiba mengaku kenal"

Untuk info semua, TAK PERNAH lagi DS Najib cakap dia TAK KENAL Jho Low. Malah beberapa tahun dulu Najib pernah cabar sesiapa yang boleh berikan link berita atau video yang sahih yang menunjukkan beliau kata "Saya Tak kenal Jho Low.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Spin jgn x spin najib.. dah puas berjoli dgn duit tu br nak  gitu gini.. pigi daaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:15 AM | Show all posts
rashiman replied at 24-1-2025 03:09 AM
SEJAK BILA NAJIB PERNAH CAKAP DIA TAK KENAL JHO LOW?

Sejak semalam cybertrooper Pakatan Harapan ...

Ada jah dia kata tak kenal jo low, aku bukannya jenis simpan segala link berkaitann jenayah najib rasiman oiii tp aku ingat mula2 tu dia nafikan even kenal jolow huh byk menipu org tua ni. Skrg ni acah2 suci tak bersalah huh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2025 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 24-1-2025 11:15 AM
Ada jah dia kata tak kenal jo low, aku bukannya jenis simpan segala link berkaitann jenayah najib  ...

Uols keliru dengan najib tak pernah kenal altantuya kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 01:59 PM | Show all posts
kemaruk replied at 24-1-2025 04:06 AM
Uols keliru dengan najib tak pernah kenal altantuya kot

Takdenya bangkem oiii, altantuya tu aku mmg percaya pic tu fake
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia sentiasa bohong dari dulu hingga skrg...memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 03:13 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 24-1-2025 11:15 AM
Ada jah dia kata tak kenal jo low, aku bukannya jenis simpan segala link berkaitann jenayah najib  ...



kalau jumpa link tu, boleh buat duit tu.....ada ganjaran siapa yg dapat buktikan yg najib ada kata x kenal Jho Low....


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 03:56 PM | Show all posts
Kalau kata sengaja, orang kata ko jahat
Kalau kata tak tau, orang kata ko bodoh

Dilemma juga kan nak pilih yang mana...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 04:10 PM | Show all posts
duk la lama sikit dalam tu jibby oi. tahanan rumah nanti kalau dapat dengan nek mah pening kepala. ke tahanan rumah kat rumah minik baru haritu?


KACANG CERDIK SEDAP
SAMBAL CILILADO
SAMBAL HITAM N9 POWER
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahu
Tak kenal
Tak tahu

Tu je jawapan dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 04:35 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-1-2025 03:56 PM
Kalau kata sengaja, orang kata ko jahat
Kalau kata tak tau, orang kata ko bodoh

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, beliau tidak mengesahkan ataupun bertanya sumber derma yang dikata dimasukkan ke dalam akaun banknya, kerana memadai untuk bergantung pada AmBank dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi amaran mengenai sebarang transaksi yang mencurigakan.



Tugas PM banyak, terpaksa bergantung kepada nasihat, teguran dari pegawai2 dia., jika pegawai2nya pun mencurigakan, mempercayai orang yg tidak boleh dipercayai, memberi masalah kpdnya.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa keadaan katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 05:52 PM | Show all posts
rashiman replied at 24-1-2025 04:35 PM
Tugas PM banyak, terpaksa bergantung kepada nasihat, teguran dari pegawai2 dia., jika pegawai2 ...

Kalau boleh jawab macam tu hidup ni tak payah ada boss lah. Netanyahu, Donald Trump tu pun terima nasihat dari orang bawahan kan? tiberrr





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 24-1-2025 11:15 AM
Ada jah dia kata tak kenal jo low, aku bukannya jenis simpan segala link berkaitann jenayah najib  ...

actually najib memang xpenah ckp dia xkenal jho low tp najib ckp jho low xterlibat 1mdb. bila dah kantoi najib cuba mengkambing hitamkan jho low kononnya jho low adalah mastermind

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 07:12 PM | Show all posts
nikaido replied at 24-1-2025 10:44 AM
actually najib memang xpenah ckp dia xkenal jho low tp najib ckp jho low xterlibat 1mdb. bila dah  ...

Oh ok thanks. Mmg org tua ni menipu sgttt, sebelum election yg bn kalah tu punyalah degil nak mengaku walaupun kes dia satu donia kecoh, bila bn dah kalah kena siasat barulah nak reka cerita kena tipu dgn jolow. Yg kelakarnya lps bn kalah electiobn tu siap nak lari ke indonesia nasib baik ramai yg tunggu pegi tahan kat airporttt. Adoiiii malunya najibb oiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 07:26 PM | Show all posts
yg aku tak faham apa ke bangsattt sgtt tok laki makcik azmee siap bagi tahanan rmh kat najib atas kesalahan sebelum ni, money laundering kan, mssg apa yg bangsat nokharom tu nak bg pd rakyat msia n donia? undang2 kat msia ni utk marhein saja? money laundering tu bukan satu kesalahan yg serious? vvip akan diberi perlindungan klu buat salah? Nasib baik jagong baru took over n dia simpan dlm laci je arahan tu lol cashhhh kohkohkoh. Bangsatlah tok laki ko makcikk @azmee06 oiii. Dasar sama2 perompak huh prompak jaga perompakkk phuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 04:38 PM | Show all posts
Yg nyata bapak si topui selatan taknak najib keluar duk tahanan rumah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.085939 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list