View: 23049|Reply: 7
|
[Tempatan]
Berang isteri lambat beli nasi ayam, punca suami lempang isteri depan mall
[Copy link]
|
|
Lelaki yang dirakam menampar isterinya di khalayak dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, Sepang, minggu lalu direman tiga hari bermula Ahad, bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek berusia 50-an itu ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pukul 10 pagi Sabtu.
"Suspek dibenarkan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Telok Datok bermula hari ini (Ahad).
"Suspek dipercayai tidur di dalam kereta selama menghilangkan diri.
"Kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa yang juga isteri suspek lambat keluar daripada pusat beli-belah terbabit selepas membeli nasi ayam," katanya dalam kenyataan pada Ahad
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Terdahulu, aksi seorang lelaki yang menampar isterinya, secara tidak sengaja dirakam dalam satu video live yang dimuat naik dan menjadi tular di media sosial.
Menerusi rakaman live berdurasi 29 saat itu, kelihatan wanita berkenaan sedang keluar dari pusat beli-belah, sebelum suspek berjalan ke arahnya sambil memimpin tangan seorang kanak-kanak.
Tidak semena-mena, suspek menampar muka dan mengatakan sesuatu sebelum kedua-duanya dilihat berjalan keluar dari premis berkenaan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seb baek bini dia bukan minah indon mcm kat thread sebelah
kalo tak
dah lebam laki ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cam geng rempah jerr.. lol |
|
|
|
|
|
|
|
asal tak penerajang sekali...dasar jantan taguna
|
|
|
|
|
|
|
|
jantan tak guna. suami yang baik, dia la yang pergi belikan makanan. ntah2 kedai yang lambat siapkan makanan tak pasal2 bini yang kena pelempang. mujur terakam tanpa sengaja |
|
|
|
|
|
|
|
Yang mana kena dera suami kat rumah tu mayb boleh pasang camera and viral kan macam ni... kalau berani lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali pergi beli sendiri. Ntah isteri tu beratur panjang pakej tunggu lama kedai siapkan makanan |
|
|
|
|
|
|
| |
|