oleh Adib Za
Tiba-tiba teringin menu yang lain dari menu lebaran biasa? Teringat pula dengan cempedak goreng yang dijual di gerai tepi jalan.
Tapi di mana pula nak cari cempedak goreng musim puasa dan perayaan ini? Jangan risau, anda boleh berkunjung ke gerai cempedak Wak Deli yang terletak di Meru, Klang.
Di sini memang syurga buat penggemar buah cempedak. Warna kuning keemasan cempedak memang bikin air liur meleleh. Anda boleh singgah di bazar Ramadan di Jalan Paip, Meru untuk datang ke gerai ini.
Terbayang pula rasa cempedak goreng yang rangup, namun isinya lembut dan manis. Yumm! - CARI
Kredit foto: Malaysia Food Channel |