oleh Adib ZA
Jika anda berkunjung ke Lombok, Indonesia antara makanan yang tak harus dilepaskan ialah satay ayam lilit.
Ia sedikit berbeza dengan satay biasa yang didapati di Malaysia mahupun tempat lain di Indonesia. Satay lilit ini menggunakan batang serai sebagai tempat daging ayam tersebut dicucukkan.
Merupakan makanan tradisional di Lombok, ia juga turut terkenal di daerah Bali, memandangkan kedua tempat ini berjiran ia turut berkongsi citarasa dan budaya hampir sama.
Selain daging ayam, satay lilit juga selalunya didatangkan dengan daging ikan. Ia disajikan bersama sambal matah, iaitu sejenis sambal yang digabungkan bahan seperti cili, serai, bawang merah dan limau nipis. Pedas dan lazat!
Daging ayam yang dikisar akan dicampurkan dengan beberapa rempah ratus khas sebelum dilekatkan atau dicucuk pada batang serai. Kemudian ia akan dibakar dan sangat enak dimakan panas-panas!
Jangan lupa ya, bila anda berkunjung ke Lombok mahupun Bali, bolehlah mencuba ya! - CARI
Sumber foto: Carian google |