Edited by CikRoyanners at 21-12-2016 10:06 PM
Adaptasi Novel Karya ARSHA
LAKONAN Ashraf Muslim : Afeef Adwan
Janna Nick : Iffat Hamani Miera Liyana : Damia Hani Fahmy Reza : Rafaal Azar Azmi : Afia Shah Iskandar : Fazree Octovia Menrose : Hayati Ziha AF : Alia Terbitan : Sapphire Screen Arahan : Michael Ang
Slot Akasia : 28 Episod
Tarikh Tayangan : 26 Disember 2016
SINOPSIS
Iffat Hamani dan Muhammad Afeef Adwan merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah lagi dan mereka setuju untuk berkahwin atas kepentingan masing-masing selain berani memperjudikan masa depan sendiri demi kebahagiaan orang tersayang.
Iffat menaruh harapan tinggi agar ada sinar kebahagian selepas berkahwin dan cita-cita mereka tercapai. Dia percaya dengan janji yang diberi oleh Afeef kerana yakin atas persahabatan mereka. Dia tetap setia menunggu walau nipun sedar hatinya sedang dilukai.
Afeef bahagia dengan apa yang dimiliki kerana hajatnya telah tercapai. Terlalu leka dengan apa yang ada sehingga lupa akan seseorang yang setia menanti janjinya dulu walaupun tidak pernah dituntut.
Perlukah janji itu ditunaikan demi seorang sahabt yang telah banyak berkorban ? Bagaimana pula perasaan si dia jika tahu agendanya yang sebenar ? Bolehkah dimaafkan ? Ada jaminan kah kebahagiaan pada masa hadapan atas nama janji yang telah dipersetujui?
'Beb , Kau Khawin Ajelah Dengan Aku Nak Tak?'
''Mata Boleh Menipu, Feef. Kita Jangan Mudah Tertipu Dengan Pandangan Mata Kita Sendiri . Dan Jangan Pula Terlalu Mempercayai Dengan Apa Yang Kita Nampak ''
|