View: 13018|Reply: 16
|
[Tempatan]
Gaza sudah mahu aman, apa nak boikot lagi?"-Vincent Tan
[Copy link]
|
|
Pengasas syarikat Berjaya Corp Bhd (Berjaya), Vincent Tan, berkata sudah tidak ada sebab lagi untuk mana-mana pihak meneruskan tindakan boikot mereka kepada jenama Starbucks.
Hal itu kerana, kata ahli perniagaan terbabit, keadaan di Gaza - yang mencetuskan gerakan boikot besar-besaran sebelum ini - sudah berubah sekarang.
"Sekarang keadaan sepatutnya baguslah... Gaza sudah mahu aman, apa nak boikot lagi?" katanya kepada media semalam.
Sebelum ini Starbucks adalah antara jenama yang disasarkan oleh penggerak kempen boikot ekoran krisis yang melanda Palestin, khususnya di Gaza, kesan daripada gerakan ketenteraan Israel.
Sebagai tindak balas, kumpulan Islam dan hak asasi manusia menyasarkan pelbagai syarikat atau jenama yang mempunyai kaitan dengan negara berkenaan.
Selain Starbucks, turut menjadi sasaran di negara ini ialah rangkaian restoran McDonald's dan KFC serta beberapa yang lain.
Starbucks adalah salah satu syarikat yang berpayung di bawah Berjaya.
Menjelaskan hal itu lebih lanjut, Tan juga menyatakan keyakinannya untuk jenama berkenaan bersaing dengan syarikat lain, malah menganggapnya sebahagian daripada resam perniagaan.
"Bagi saya, ia adalah positif dan ia bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan.
"Apa-apa perniagaan pun memang banyak persaingan," katanya.
Menjawab soalan lain, Tan berkata terdapat strategi untuk Berjaya memastikan Starbucks kekal sebagai pilihan utama orang ramai namun dia enggan mendedahkan strategi yang dirangka.
"Ada strategi sulitlah, tapi tak boleh bagitahu," katanya berseloroh.
Tuntutan belum dipenuhi
Media antarabangsa hari ini melaporkan kabinet Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, meluluskan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
Ia dicapai selepas lebih 460 hari Gaza diserang oleh tentera Israel yang menyaksikan hampir 50,000 orang kehilangan nyawa selain lebih 110,000 cedera.
Menurut laporan, Tel Aviv mengesahkan perjanjian gencatan senjata tersebut pada awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas kabinet berbincang mengenainya selama lebih enam jam.
Pada 10 Jan lalu, Tan berkata jualan Starbucks menyaksikan peningkatan dan mengaitkan pencapaian itu dengan sikap rakyat Malaysia yang realistik tentang Starbucks Malaysia.
Katanya rakyat Malaysia sedar bahawa tiada kaitan di antara Starbucks Malaysia dengan konflik Israel-Palestin.
“Orang ramai menjadi lebih realistik. Kami tidak boleh berbuat apa-apa terhadap apa yang Israel lakukan, atau apa yang berlaku di Gaza.
“Orang ramai sedar (Starbucks Malaysia) tidak mencederakan sesiapa. Jika anda memboikot Starbucks, apakah kesannya kepada Israel? AS akan menghantar lebih banyak wang kepada mereka,” tambahnya.
Sebelum ini, dikatakan lebih 100 kedai Starbucks di Malaysia telah ditutup namun dakwaan itu sudah dinafikan.
Pada Ogos 2023, syarikat terbabit dilaporkan menutup tiga cawangan mereka secara kekal selain menggantung sementara operasi di 25 lain.
Sementara itu pada Khamis kumpulan Pro-Palestin, Sekretariat Solidariti Palestin dan Pergerakan Sekatan Boikot (BDS Malaysia) berkata kempen boikot yang berjalan selama ini akan diteruskan.
“Jangan lupa, BDS Malaysia ingin mengingatkan semua bahawa tiga tuntutan BDS yang masih belum dipenuhi ialah: tamatkan pendudukan tanah Palestin, tamatkan sekatan ke atas Gaza dan runtuhkan apartheid.
“Mengiktiraf dan mempromosikan hak semua pelarian Palestin untuk pulang ke rumah mereka (ini adalah hak mereka di bawah resolusi 194 yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1948), dan tiga, memberikan hak yang sama kepada semua rakyat Palestin di Palestin yang bersejarah (kini dipanggil Israel),” katanya.
BDS Malaysia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk terus memboikot Israel serta semua pihak yang bersekongkol dengan mereka. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
malaysia, negara kartel komunis.
boikot bisnes kiasu komunis ultra-racist.
biar sampai bungkus. |
|
|
|
|
|
|
|
motif si Vincent ni acah2 naif
Gaza tu just an excuse lah
|
|
|
|
|
|
|
|
strategi sulit konon.padahal nak melingkup dah kan.ngaku jela kapitalis tamak haloba |
|
|
|
|
|
|
|
Eee klu meols baca gini lagi meols nak boiykot. |
|
|
|
|
|
|
|
eiii pakcik neh...suka hati laa org nak boikot ke tak??
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian...acik liberal atheis porum pakat2 la sapot vincent tan nihhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow... Terkesan sangat nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
"Anh em mà chưa biết danchoi.com là thiếu sót lớn nha, vào liền đi!" ????
|
|
|
|
|
|
|
|
lps dia ckp gini lg rasa nk boikot
tp bkn boikot sgt pun xsuka air kopi,air manis..lgpun byk pilihan lain skrg..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak pegi setabak |
|
|
|
|
|
|
|
boikot sebab kopi starbucks mmg tak sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Boikot jerlah pakcik ni punya bisness |
|
|
|
|
|
|
|
Aku takde boikot jenama lain. Tapi jenama pok cik ni buat promo pun aku tak nak. Jenama tempatan lagi sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
Boycott je apa2 bisnes pokcik ni |
|
|
|
|
|
|
|
dahh starbucks rege yahudi sangat.. ada byk alternatives utk kedai kopi lain dahh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|