CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27055|Reply: 11

[Tempatan] Mayat bayi 41 tahun tak diurus, punca gangguan di hospital

[Copy link]
Post time 16-1-2025 09:35 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Satu mayat bayi lelaki yang lahir pada tahun 1980 serta tidak diuruskan pengebumiannya, dipercayai telah menjadi punca kepada kejadian dan gangguan mistik berlaku di sebuah hospital universiti.

Menerusi temu bual satu program ‘podcast’ (audio siar) bersama pengurusan jenazah Al-Kifayah Group, Ustaz Muhamad Nur Syafiq berkongsi kisah berkenaan serta proses menguruskan jenazah bayi tersebut selepas diminta oleh pusat Islam universiti berkenaan pada tahun 2021.



“Hospital mengalami gangguan melibatkan mistik, ada masa ketika mesin ventilator tertutup sendiri.

“Ada pesakit yang ditolak (dari kecemasan) ke ICU (unit rawatan rapi), semua benda yang atas pesakit termasuk pesakit itu boleh berada di bawah katil.

“Itu agak mistik juga lah dan bila mereka buat perubatan Islam semua tu, saya tak pasti macam mana mereka buat. Dapat puncanya mungkin daripada simpanan tidak diuruskan termasuk bayi,” katanya pada program ‘podcast’ itu diwawancara oleh bekas wartawan jenayah, Syahril A. Kadir.

Beliau berkata, pihak hospital universiti berkenaan telah menguruskan kesemua ‘simpanan’ berkenaan, namun terdapat satu bayi sahaja belum diselesaikan.



“Tugas saya selesaikan bayi itu, malam itu juga saya uruskan bayi tersebut dan beberapa bayi lain yang tidak dituntut.

“Selepas bayi itu diuruskan, alhamdulillah saya dapat maklum tiada gangguan tersebut, wallahua’lam,” ujarnya.

Ustaz Muhamad Nur Syafiq berkata, kemungkinan bayi itu mengambil masa untuk diuruskan pengebumiannya kerana ia dijadikan rujukan universiti berkenaan.

“Mungkin dibuat sebagai rujukan sebab ia merupakan universiti. Tugas saya uruskan sahaja.

“Bayi tak dituntut memang dah kering keadaaannya, yang cukup sifat pun banyak, yang besar lebih 500 gram pun ada, yang dah sembilan bulan pun ada.

“Cuma dalam uji kaji (bayi lahir 1980) itu memang besar, comel, lelaki dan keadaannya mungkin sebab diawet, macam baru lahir cuma pucat biasalah. Kalau tengok tak macam 1980, macam baru lahir,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya tersimpan, hospital universiti mana la tu ye.
Biasanya baby muslim ke non muslim yg jd ujikaji nih? Atau mmg jane doe?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
masa zaman iols sekolah dulu, kat makmal biologi skolah iols tu ada janin baby diletak dlm bekas kaca, terendam dlm cecair apatah..selamba je diletak kat kabinet..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat tgok kt muzium anatomi ukm, bayi lengkap dgn uri, tembam comel.dlm bekas kaca, tahun lahir 1980, ade lg ke x sekarg
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 08:03 AM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 16-1-2025 10:40 PM
masa zaman iols sekolah dulu, kat makmal biologi skolah iols tu ada janin baby diletak dlm bekas kac ...

baby monkey kot
tak kan la janin plk ltk di sekolah


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 08:11 AM | Show all posts
Suchi replied at 16-1-2025 10:29 PM
Lamanya tersimpan, hospital universiti mana la tu ye.
Biasanya baby muslim ke non muslim yg jd ujika ...

setahu iols.. semua mayat utk uji kaji mmg guna yg non muslim.. iols tanya org yg urus cadaver kat tempat iols mmg mesti non muslim.. tapi tpt iols hospital biasa donate cadaver dari rumah org2 tua yg xde family and unclaimed..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2025 08:12 AM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 16-1-2025 10:40 PM
masa zaman iols sekolah dulu, kat makmal biologi skolah iols tu ada janin baby diletak dlm bekas kac ...

cecair tu nama formalin
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 16-1-2025 10:40 PM
masa zaman iols sekolah dulu, kat makmal biologi skolah iols tu ada janin baby diletak dlm bekas kac ...

Sekolah mana tuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2025 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 17-1-2025 05:31 AM
Teringat tgok kt muzium anatomi ukm, bayi lengkap dgn uri, tembam comel.dlm bekas kaca, tahun lahir  ...

Agaknya baby yg uols cakap la ni kut yach?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 16-1-2025 10:40 PM
masa zaman iols sekolah dulu, kat makmal biologi skolah iols tu ada janin baby diletak dlm bekas kac ...

Ye sekolah meols pon ada. Kalau cikgu dtg lambat, meols selalu pi kat kabinet tu tgok baby dlm jar tu. Haiwan2  pon ada.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 08:48 AM | Show all posts
ghosts are invisible but not absent, kata arwah tok meols
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 10:48 AM | Show all posts
Alhamdulilah dah settle.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.047452 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list