CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8648|Reply: 3

[Tempatan] Doktor susah nak cabut gigI gara-gara nenek pakai cincin saka

[Copy link]
Post time 16-1-2025 09:39 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang doktor gigi berdepan pengalaman seram apabila mengambil masa lama sehingga 50 minit untuk mencabut gigi seorang warga emas, gara-gara cincin yang dipakai oleh pesakit tersebut.

Menerusi hantaran video TikTok sebuah klinik swasta, doktor gigi dikenali sebagai Dr. Syahirah bercerita pengalamannya mencabut gigi wanita itu yang datang pada waktu malam.

“Perempuan tua nenek lah, datang cabut gigi waktu malam. Bila kita ambil X-ray semua, kita sebagai doktor gigi boleh jangka, cabutan itu sangat senang.



“Tapi dah 50 minit gigi tu tak keluar. Tak pernah jumpa benda macam ni, dah 50 minit saya duduk. Saya macam ‘nak buat apa ni?’. Saya teringat cerita kawan pernah hadap situasi seperti itu.

“Saya perasan nenek tu pakai banyak cincin, saya tak tahu kenapa. Saya suruh nenek tu buka, saya sambung cabutan dan teka apa, gigi tu dah keluar (cabut),” katanya pada video berkenaan.

Dr. Syahirah berkata, beliau bertanya mengenai cincin tersebut dan warga emas berkenaan memberitahu ia pemberian orang.

“Awak rasa apa yang ada dekat cincin tu?,” katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas, malah ada pengguna TikTok turut berdepan pengalaman seram sewaktu bekerja dalam bidang perubatan.

“Dulu saya kerja klinik gigi, ada seorang wanita tua cabut gigi lepas tu mengilai sambil mencangkung atas kerusi. Lepas tu pengsan,” komen seorang pengguna TikTok.

“Betul, ada pesakit bila nak cucuk jarum paling besar dah, darah tak keluar. Minta buka cincin yang dia pakai, baru jarum boleh masuk dan darah keluar. Seram,” kata seorang lagi individu.

“Ada kat dewan bersalin, pesakit teran-teran bayi tak keluar. Sebaik suruh dia tanggalkan gelang kaki, bayi keluar terus,” komen seorang individu.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 09:54 PM | Show all posts
Konten je ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru je operate gigi..mujur Dr tu fokus utk cabut gigi je..siap potong tulang kt gusi sbb gigi tu susah nk keluar..xde pulak dia suh cabut apa2.. aku je rasa nk cabut lari masa Dr tu drill.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka pernah Dr tak dapat cabut gigi.. sebab tools dia tak sesuai. Hazab pipi bertelur seminggu bengkak woi padahal gigi tu masih disitu. Pastu pi jumpa Dr lain, boleh cabut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.157960 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list