View: 5351|Reply: 2
|
[Tempatan]
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
[Copy link]
|
|
DUNGUN – Mahkamah Majistret di sini hari ini memutuskan prosiding kes seorang suri rumah yang dituduh membunuh tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam satu kemalangan pada 9 Oktober lalu boleh diteruskan bagi perbicaraan.
Majistret Nur Amira Fatihah Osman memerintahkan demikian selepas laporan pemeriksaan psikiatri Hospital Permai, Johor Bahru berpuas hati tertuduh, Norizan Ismail, 49, layak untuk dibicarakan.
Beliau juga memutuskan sebutan semula bagi pengurusan kes tersebut berjalan pada 20 Februari depan.
Berdasarkan tiga pertuduhan, Norizan didakwa menyebabkan kematian Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20; dan Khairil Anwar Jamaludin, 20.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh yang ketika itu memandu kenderaan utiliti sukan (SUK) Honda CR-V di Jalan Pantai berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun di sini pada pukul 7.30 malam, 9 Oktober lalu.
Norizan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman hukuman mati atau penjara antara 30 tahun dan 40 tahun serta hukuman minimum 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini Norizan telah dihantar ke Hospital Permai bagi pemeriksaan psikiatri selama tiga bulan sejak 15 Oktober lalu.
Kosmo! 11 Oktober lalu melaporkan tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan Honda HR-V dipandu Norizan.
Sewaktu kemalangan, tertuduh dikatakan memandu kenderaan tersebut tanpa pengetahuan suami dan anak bongsunya yang sedang mengerjakan solat maghrib.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bermakna tak giler lah iya......
Memang patut pun... Sblm dia langgar students tu, dah pernah accident jugak....
Memang tak serik...
Elok dia je mat* |
|
|
|
|
|
|
|
Nape acik x siapkan awal2 kd oku. Kalau x bole lepas pertuduhan |
|
|
|
|
|
|
| |
|