CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10247|Reply: 7

[Tempatan] Percutian dengan 6 kawan jadi tragedi, remaja mati terjatuh dari tingkat 14

[Copy link]
Post time 16-1-2025 09:19 PM | Show all posts |Read mode
Percutian enam remaja bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu pada tengah hari Khamis.

Mangsa, Muhammad Irham Tarmizi Rusaini, 17, dari Machang, Kelantan, ditemukan dalam keadaan terlentang di tingkat enam oleh seorang pekerja pembersihan pangsapuri berkenaan.

Kematian remaja itu adalah disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.



Difahamkan, mangsa bersama lima rakannya datang ke Kuala Terengganu untuk bercuti dan menyewa sebuah unit di pangsapuri itu sejak Rabu.

Mereka dijadualkan keluar dari penginapan tersebut pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar pukul 12.30 tengah hari.

"Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kami juga sudah menghubungi keluarga mangsa untuk urusan tuntutan jenazah," katanya pada Khamis.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
acaner la boleh TERjatuh...
lantai licin ke..

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:24 PM | Show all posts
Bolehkah bawah 18 tahun bercuti tanpa ada orang dewasa, sama ada guru atau ahli keluarga?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena bunuh ke? Siasat habis2an yang lain tu. Sus sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
awalnya cuti. minggu dpn baru nk cuti skolah.
ponteng ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
17 bukan ka tgh spm?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2025 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak x risau ke anak2 bawah umur bercuti sesama.. ke mak pak x tau anak xde kt umah..menjawab la mak pak bila dh jd kes
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah habis SPM kot eh? Tu plan dgn kwn2 g bercuti kot. Iols dulu pun mcmtu, habis je SPM plan dgn kwn2 sama jantino nk g dok hotel, tapi biasaler Ade je yg jenis spoil, janji tinggal janji. Last2 keluaq outing jah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046687 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list