View: 13164|Reply: 47
|
Hanya kuih chang buatan Cina Muslim halal di makan
[Copy link]
|
|
Melaka: Bergelar Muslim sejak empat tahun lalu langsung tidak menghakis identiti Marzuki Phang, 39, dan kini dia cuba mempopularkan makanan masyarakatnya dengan memasarkan kuih chang halal kepada orang ramai.
Marzuki berazam mahu menjadikan kuih berkenaan sebagai makanan orang Malaysia sama seperti mi wantan yang digemari ramai.
Berkaitan kuih chang, Marzuki berkata, ia boleh dianggap sama seperti ketupat daun palas yang popular dalam kalangan orang Melayu, cuma bezanya ialah daripada aspek pembungkusan, saiz, resipi dan bahan asalnya.
Menurut Marzuki, kuih chang agak asing dalam kalangan orang Melayu berikutan makanan dihasilkan daripada beras pulut itu biasanya menggunakan inti diperbuat daripada bahan tidak halal.
“Saya belajar cara menghasilkan kuih chang daripada kenalan selama empat bulan dan bersyukur kerana usaha ini berhasil. Saya mula memasarkan kuih chang halal ke seluruh negeri ini sejak Jun lalu.
“Pada awalnya, jualan tidak begitu memberangsangkan kerana kurang popular dalam kalangan masyarakat Melayu, malah ada yang was-was untuk memakannya kerana risau ia dihasilkan menggunakan bahan tidak halal.
“Namun selepas diberi penjelasan mengenai intinya dan memaklumkan saya juga seorang Muslim, jumlah pelanggan meningkat. Ia saya anggap sebagai rezeki Allah SWT selepas berhenti kerja di sebuah syarikat pembekal minuman ringan,” katanya ketika ditemui di Taman Pandan Mawar, di sini, kelmarin.
Menurut Marzuki, berikutan masih baru, dia mempromosikan kuih itu menerusi laman sosial Facebook (FB) dan melakukan penghantaran dari rumah ke rumah ke semua daerah di negeri ini termasuk hingga ke Jasin.
Katanya, setiap bungkus kuih chang dijual pada harga RM5 dan setiap hari, dia menerima antara 20 hingga 30 tempahan daripada pelanggan tetap termasuk masyarakat Melayu.
“Banyak dugaan yang saya tempuhi dalam perniagaan terutama mahu meyakinkan serta mengubah persepsi pelanggan. Saya berazam mahu jadikan kuih chang sebagai makanan orang Malaysia.
“Ketika ini, kuih chang dipasarkan menggunakan inti ayam dengan campuran cendawan. Saya bercadang mempelbagaikan lagi inti termasuk menggunakan kacang merah dan rendang. Selain mencari rezeki halal, ini cara saya memperkenalkan makanan masyarakat Tionghua kepada orang ramai,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kecur air liur meols tiap kali nampak kuih chang nih bergentayangan kat pasar malam cina |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mknan cina byk yg sdp tp tu lh diowang tk blh lari dr gunakn bahan2 dari cik bab..laksa n kuah kari pun diowang mskkn bnde tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa buat kuih chang ni utk hari raya .
masalah nya cuma nak dapatkan daun buluh kering yg saiz besar dr kedai.5 spice tu semua boleh beli je. masak sendri pasti halal. |
|
|
|
|
|
|
|
atekome replied at 3-10-2016 03:27 PM
Mknan cina byk yg sdp tp tu lh diowang tk blh lari dr gunakn bahan2 dari cik bab..laksa n kuah kari ...
Kawan i pergi T.Intan dia kata dah pernah beli laksa cina....multiracial gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
sabbath_shalom replied at 3-10-2016 03:42 PM
Kawan i pergi T.Intan dia kata dah pernah beli laksa cina....multiracial gitu.
Tu la..dlu aku igt laksa n kuah kari pun tkde letak bnde alah tu..skali mmbe cina gtaw..kuah kari diowang letak darah bab..trus aku turn down..laksa pun sma..de gak bhn tuh..tp tk blh gak salahkn cina kn..dh mkanan diowang..yg aku gatai nk bli dh knaper??? Hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
owh ..
sini ramai ja melayu reti buat kuih chang ni
inti kacang merah
inti kacang dan isi ayam
daun pun berlambak orang jual
|
|
|
|
|
|
|
|
my feverete ....
paling suker isi masak kicap
nyumphhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bangkem beli, mesti terbeli yang rasa masam2 basi.. memang rasanya camtu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Darien_Fawkes replied at 3-10-2016 05:35 PM
tak.. yg ko beli tu memang dah basi
Hahahhaha..yang ni win |
|
|
|
|
|
|
|
dakewa replied at 3-10-2016 04:42 PM
Kuih chang abam marzuki.
Motip berwarna biru? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by spiderman80 at 3-10-2016 05:54 PM
Sejujurnya, Spidey lebih suka makan masakan yang menjadi simbolik sesuatu kaum disajikan oleh mereka sendiri. Kalau kaum A masak masakan kaum B, mesti tak kena pada tekak sebab ia dah lari dari keasliannya.
Contohnya, Spidey pernah makan nasi ayam, hot plate noodles, leng zhi kang, kuew teow goreng dll masakan tradisi Cina dijual oleh peniaga Melayu, sumpah semua rasa dan kesedapan sebenar dah lari.
Same thing goes to peniaga Cina yang menjual juadah Melayu seperti nasi lemak, rendang, ayam masak merah, sambal belacan dan kuih-muih Melayu, Spidey mesti tak suka sebab so far, mereka ni tak dapat menghasilkan keaslian hidangan sebenar yang dimasak oleh orang Melayu.
So, Chang ni sama jer dengan kes yang Spidey nak bawakan di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 3-10-2016 05:52 PM
Sejujurnya, Spidey lebih suka makan masakan yang menjadi simbolik sesuatu kaum disajikan oleh mereka ...
Maknanya hoplate sizzling tu kalau cina masak lagi sedap ke spidey? Apa bende diorg tarok kasi sedap..biasa makan kt futkot sizzling certain tmpt je malay buat sedap yg lain2 semua kelaut..camtu jgak cina masak masakan melayu..definately diorg takle masak ikut taknik dan ori resepi org melayu..rasa sure rupa dan rasa kelaut jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Kota Kinabalu pun ramai je yg jual chang ni. Halal je. Mgkn kat Sememanjung tak ramai org Melayu yg reti buat benda ni. Aku setiap kali balik KK, acara visit pasar besar KK beli kuih chang ni dah jd acara wajib. Psl kat KL blm lg jumpa yg halal.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi abam marzuki tu memang cainis. So kena la dengan tekak spidey khennn..
BTW, thread ni isu semasa ke? Lebih sesuai letak kat bod makan2 tu..entah apa benda tah nama bod tu. Tak ingat pulak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 3-10-2016 05:52 PM
Sejujurnya, Spidey lebih suka makan masakan yang menjadi simbolik sesuatu kaum disajikan oleh mereka ...
tapi kat tempat I cina buat nasi lemak sedap juga walaupun rasa xsama dengan nasi lemak melayu. dua2 buat pun aku suka. char koey teow kat tempat i ada melayu buat car kuey teow basah, walaupun xsama dengan yg cina buat tapi sedap, aku tengok cina kat tempat aku steady aje layan koey teow basah. so, walaupun rasa xsama tetapi ada keunikan tersendiri dalam masakan masing2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|