Dalam masa sama, ibunya, Siti Hafizah Sheikh Mohamad turut membalas setiap komen berkenaan dengan doa dan berharap agar urusan anaknya sentiasa dipermudah.
Sepanjang tahun 2024, nama Aliff Aziz antara yang menjadi sorotan apabila kes khalwat melibatkan dirinya dan pelakon Ruhainies mengejutkan ramai pihak.
Malah, isu tersebut menyebabkan bekas isterinya, Bella Astillah memfailkan perceraian sehinggalah pada 13 Jun 2024, pasangan tersebut sepakat untuk berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sehingga kini, kes berkaitan masih dalam prosiding Mahkamah.
Sumber: XTRA