CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7435|Reply: 7

[Dunia] Askar Israel cabut lari ketika bercuti di Brazil

[Copy link]
Post time 7-1-2025 05:40 PM | Show all posts |Read mode
BRASILIA  – Seorang askar Israel melarikan diri ketika bercuti di Brazil selepas mendapat tahu dia berdepan pertuduhan melakukan jenayah perang di Semenanjung Gaza.

Agensi berita United Press International melaporkan, askar yang namanya tidak didedahkan itu dituduh terlibat dalam operasi merobohkan rumah penduduk Gaza semasa perang Israel terhadap pergerakan Hamas.

Pihak berkuasa Brazil minggu lalu mengetengahkan kes itu berdasarkan aduan difailkan oleh pertubuhan pro-Palestin, Yayasan Hind Rajab (HRF).

Menurutnya, jenayah itu adalah sebahagian daripada usaha meluas untuk menindas rakyat Palestin termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan lain yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.




Insiden  itu disahkan Kementerian Luar Israel kelmarin.

“Susulan percubaan hujung minggu lalu oleh anasir anti-Israel untuk menyiasat seorang askar tidak bertugas dan mengunjungi Brazil, Menteri Luar, Gideon Sa’ar segera mengaktifkan Kementerian Luar untuk memastikan bahawa dia tidak berada dalam bahaya.

“Sa’ar mengarahkan Bahagian Konsulat Kementerian dan Kedutaan di Brazil menemani askar itu sehingga dia selamat keluar dari Brazil,” kata kementerian berkenaan.

Pengumuman itu dibuat selepas HRF mengeluarkan amaran bahawa pihaknya  mempunyai maklumat Israel cuba menyeludup keluar askar itu susulan langkah penyiasatan terhadapnya.

“Ini bukan sahaja skandal tetapi penghinaan terhadap kedaulatan dan kedaulatan undang-undang Brazil,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 08:14 PM | Show all posts
sempat plak dia lari
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 10:18 PM | Show all posts
"Susulan percubaan hujung minggu lalu oleh anasir anti-Israel untuk menyiasat seorang askar..."

anasir?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
i teringat dulu ada poremer yg jd askar israel..apak dia meleis..mak nya israel..hidup lg x abg tu ek skrg...kan dia balik sana jd askar
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 11:48 PM | Show all posts
edayildiz replied at 7-1-2025 10:45 PM
i teringat dulu ada poremer yg jd askar israel..apak dia meleis..mak nya israel..hidup lg x abg tu e ...

x ingat dh nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnDeSouza replied at 7-1-2025 11:48 PM
x ingat dh nama dia

Baghal bortugal or something nama dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2025 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnDeSouza replied at 7-1-2025 11:48 PM
x ingat dh nama dia

Migdal_bavel kot kan..

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 02:19 AM | Show all posts

ya betoi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.077514 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list