View: 1638|Reply: 4
|
Kepentingan bacaan Al-Quran bertajwid selain pahala & berkat
[Copy link]
|
|
Satu perkongsian Ustaz Aznil Zuklifli dalam facebook profilenya.
Baru-baru ini saya menerima soalan ‘LUAR KOTAK’ :
Ustaz, apa lagi kepentingan bacaan Al-Quran bertajwid selain pahala & berkat?
MasyaAllah. Ini soalan sukar yang ditunggu-tunggu. Akhirnya ada juga yang memikirkan kepentingan tajwid Al-Quran secara serius.
Saya jawab,’Tuhan ni banyak mendidik kita directly & indirectly, dan ketika membaca Al-Quran, Dia sedang menanamkan beberapa karakter baik indirectly.
Ini apa yang saya alami, pengajaran yang Tuhan kongsi ketika kita membaca Al-Quran dengan tajwid yang teratur :
- Tuhan sedang mendidik karakter ‘teliti’. Apabila kita baca Quran bertajwid, kita akan fokus hingga ke detail terkecil. Kita akan lebih teliti & accurate. Nak sebut huruf Kho pun kita beriya masukkan hingga pangkal tekak. Mad 6 harkat kita sukat dengan tepat agar tak jadi 7 harkat. Kan ini karakter ‘precise & detail’? Bayangkan jika karakter ini kita bawa dalam hidup. Mesti ramai yang sukakan hasil kerja kita kan?
- Kita sedang berlatih karakter ‘calm personality’. Orang yang baca dengan tajwid teratur akan sentiasa menjaga nafasnya. Dia akan tarik nafas dalam-dalam & hembuskan perlahan-lahan ketika membaca. Dia juga akan ada masa utk tadabbur setiap ayat apabila bacaannya dialunkan satu-persatu. Orang sebegini hidupnya pasti teratur, tersusun dan tidak ‘hire-wire’, sebab dia berlatih karakter tersebut setiap hari ketika membaca Al-Quran.
- Kita sedang meningkatkan tahap ‘alert personality’. Bukankah ketika membaca Al-Quran kita akan sering bertemu hukum tajwid yang berbeza-beza dan ia bertukar secara tiba-tiba? Elok kita baca mad tiba2 depannya ikhfa! Terus fikiran kita alert – tu kena dengung 2 harkat tu dan masuknya separuh sahaja (ikhfa) bukan semua (idgham). Sikap ini penting sebab orang yg sentiasa ‘sedar-alert’, pasti hidupnya diuruskan dengan lebih cekap. Semua to-do-listnya disiapkan pada masa ditetapkan. Tiada yang terlepas pandang atau KIV. Everything ‘done’ menjelang malam. Dan ia bermula dgn sikapnya ketika membaca Al-Quran.
Sebenarnya banyak lagi. Tapi 3 sikap itu pun dah bagus untuk kita. Baca Quran bukan setakat kejar pahala sahaja. Darinya kita sedar, bila ‘dealing’ dengan Allah, tiada yang sia-sia. Thats why orang yang kuat berdamping dengan Tuhan, hidupnya luarbiasa.
Bayangkan karakter ini terbina baik dlm diri anda & juga anak disayangi. Bayangkan ini manfaat yang anak anda ‘serap’ setiap kali ia membaca Al-Quran.
Tidakkah hati ibu-bapanya berbunga-bunga?
Ada tak yang setuju dengan penerangan diatas?
Korang yang baca Al Quran dapat tak manfaat seperti yang diceritakan?
Sumber: Nasi Tambah
|
|
|
|
|
|
|
|
bila kita berusaha untuk mendapatkan A untukNya
maka Tuhan akan balas AAA untuk kita |
|
|
|
|
|
|
|
akupun nak belajar balik la dari muqaddam .dari sehari ke sehari ..tak jugak start belajar.mata neh asyik mengantuk jek...setan betul![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
betul apa yg ditulis.....
aku dah lama belajar mengaji, tapi setiap ayat yg baca memang kena sebut betul2, terutama bab Makhraj, panjang pendek satu2 ayat dengan idgham dan Qalqolahnya.
memang kena baca pelan2 atau baca secara tartil dan sebut ayat dengan terang, kalau salah sebut , makna ayat akan bertukar.
walau pun dah lama mengaji, masih ada juga salah dan silapnya sana sini......tapi bila dah mula boleh mengaji dengan tajwid yg betul secara perlahan, rasa seronok pula. |
|
|
|
|
|
|
| |
|