View: 9710|Reply: 23
|
Sahara Yaacob cerai dengan suami ke-6, "cara hidup berbeza sebab dia ustaz"
[Copy link]
|
|
Penyanyi sensasi era 1980-an, Sahara Yaacob, 68, yang menghilangkan diri selama lima tahun muncul kembali selepas perkahwinan keenam bersama jejaka dari Pahang tidak mampu diselamatkan pada Ogos tahun lalu.
Memilih mengasingkan diri selama berkahwin secara senyap, Sahara berkata, dia tidak bermaksud merahsiakan perkahwinan keenamnya, namun ia dilakukan atas permintaan bekas suami.
Sahara berkata, bekas suaminya enggan dikenali, apatah lagi, beliau adalah bekas pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam bergelar ustaz di Pekan, Pahang.
"Saya terpaksa melupakan dunia hiburan selepas berkahwin. Ini adalah permintaan bekas suami.
"Saya juga perlu menjauhkan diri daripada rakan industri. Kehidupan saya hanya suri rumah tangga sepenuh masa," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama BH.
Mendirikan rumah tangga beberapa bulan sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2019, Sahara berkata, dia reda jodoh kali keenam tidak mampu bertahan hingga penghujung usia.
"Sebelum fasa PKP, Allah hantar jodoh buat saya. Jadi, saya ikut bekas suami menetap di Pekan.
"Alhamdulillah, ada juga insan nak menjaga saya ketika fasa PKP. Kalau tidak, mungkin saya terpaksa angkat 'bendera putih' jika tinggal seorang diri di Kuala Lumpur pada pandemik Covid-19.
"Namun, jodoh kali ini juga menemui kegagalan. Perkahwinan hanya bertahan selama hampir lima tahun. Saya dan bekas suami bercerai secara baik dan atas dasar persefahaman, tahun lalu.
"Hingga kini, kami masih berkawan dan bertanya khabar. Hubungan saya bersama bekas suami dan anak-anaknya juga masih baik, cuma jodoh kami tidak panjang," katanya.
Sahara atau nama sebenarnya, Zaharah Mohd Yaacob berkata, dia minta dilepaskan atas faktor kesihatan dan tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
"Saya kurang sihat, buat kerja rumah pun tiada kudrat. Ada masanya saya pitam selepas buat kerja rumah. Dalam usia emas, saya juga tak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.
"Jadi, saya fikir perpisahan adalah jalan terbaik. Saya minta dilepaskan secara baik. Namun, saya berterima kasih kepada bekas suami dan dua anak tiri yang menerima saya ketika saat sukar.
"Saya tidak meninggalkan bekas suami ketika berdepan penyakit lumpuh, dua tahun lalu. Saya tunggu bekas suami pulih sepenuhnya, kemudiannya barulah kami berpisah," katanya.
Penyanyi jolokan Tina Turner Malaysia itu berkata, cara hidupnya dengan bekas suami juga berbeza.
"Jiwa saya sebagai penyanyi, manakala bekas suami adalah orang kuat agama. Cara hidup kami jauh berbeza, tetapi saya okay sahaja.
"Apapun, sudah ditakdirkan jodoh kami tidak panjang. Saya akui lebih selesa hidup sendirian dalam penghujung usia ini," katanya yang terkenal dengan imej liar dan rambut bagai terkena kejutan elektrik pada zaman kegemilangannya.
Menceritakan detik pertemuan dengan bekas suami, penyanyi lagu Sahara Blues itu berkata, dia berkenalan di laman Facebook (FB).
"Kami berkenalan dalam FB. Agak lama juga kami berkawan kira-kira selama empat tahun.
"Bekas suami duda anak dua sejak kematian isteri kira-kira lapan tahun sebelum berkahwin dengan saya. Kami sama-sama kesunyian, jadi kami suka berbual dalam FB.
"Namun, Allah gerakkan hatinya melamar saya beberapa bulan sebelum fasa PKP.
"Jujurnya, kami tidaklah bercinta seperti orang muda, tapi kami saling memerlukan sebagai peneman hidup.
"Namun, apakan daya, kesihatan tidak mengizinkan. Saya tak pernah kesal kerana bagi saya, hidup ibarat pengembaraan. Suatu masa kita akan kembali ke sisi-Nya," katanya yang kini kembali mendiami kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam dekat Sungai Besi.
Pada 2016, BH membuat pendedahan eksklusif mengenai Sahara yang hidup dalam kesempitan. Beliau ditemui tinggal bersendirian dalam stor di belakang kediaman arwah kakaknya di Hulu Langat, Selangor.
Pendedahan BH mengembalikan semangat hidup Sahara yang sudah lama hilang apabila tidak putus-putus dikunjungi orang ramai. Ketika ini, dirinya mula gagah untuk bangkit semula.
Hanya selepas lima minggu kisahnya dibongkar, nasib Sahara terbela apabila terima bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berpindah ke kediaman baharu di PPR Seri Alam hingga hari ini.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sahara Yaacob being Sahara Yaacob. Masih sama dulu, sekarang, selamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mekap pun tetap la stail dia muda2 dulu, ko boleh celen? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku dah lepas nombor dua tu kosser aku nak kawin lagi. Ko memang tabah kak ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tu latest photo dia ke
Acik ni dia xreti la nak mekap style lain |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaya dengan kaknitakah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni gambar terkini ke? Nampak muda lg. Semoga dipermudahkan urusan diusia gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Sahara - hot but not dry.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkahwinan ke 6 ? Wow sangattt
Rajin nye kawin serai sampai 6x apa yg dicari agaknye tak jumpa2 tuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakkan ex-suami dia orang ugama. Dulu dia kawin dgn ahli Arqam. Kira orang ugama ni tak la cari anak dareee sahaja kan ~
|
|
|
|
|
|
|
|
Ai tunggu kak sahara masuk GV12 ya. chaiyukkk chaiyukkkk |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya kurang sihat, buat kerja rumah pun tiada kudrat. Ada masanya saya pitam selepas buat kerja rumah. Dalam usia emas, saya juga tak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.
"Jadi, saya fikir perpisahan adalah jalan terbaik. Saya minta dilepaskan secara baik. Namun, saya berterima kasih kepada bekas suami dan dua anak tiri yang menerima saya ketika saat sukar. maap la nak cakap since sheols ni kawen ngan orang beragama kan. Rasulullah saw pun masa isteri baginda sakit takde pulak diceraikan malahan baginda jaga isteri tu siap masakkan bubur lg tu. Rasulullah saw pun sama tolong isteri buat kerja rumah, kasut baginda koyak pun baginda yang jahitkan sendiri. Ntah I cannot brain la alasan cerai mcm ni. Orang beragama kan takkan tak tau kot macam mana lelaki Islam sebenar melayan isteri
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 12-2-2025 11:04 PM
Sahara - hot but not dry.
So..
Wet n' wild? ![](static/image/smiley/default/shutup.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Karakter Rasulullah tak akan terikut oleh manusia lain. Rasulullah terlalu istimewa, menjadi satu contoh yg sukar dicontohi oleh sekalian ummah. Betapa Baginda yg sering dimarahi, diludah, dicaci maki oleh seorang pompuan tua, ttpi kemudian bila pompuan tua itu tiada dgn kebiasaannya, membuat Rasulullah tertanya2. Rupa2nya pompuan itu sakit dn Rasulullah pergi menziarahinya. Realiti hari ini, adakah ummah Muhammad sanggup berbuat demikian? Contoh popular yg sangat gemar ditiru pula ialah soal poligami. Ikut sunnah katanya, walhal yg lain........tst lah ye?
So jgn haraplah lelaki akan dpt seorang isteri sebaik Siti Khadijah kalau dia sediri tak punya nilai spt Rasulullah.
Walaupun begitu, SY telah menjelaskan bahawa dia sendiri yg menganjurkan perceraian kerana dia sakit. Mungki ada alasan lain yg terlalu peribadi untuk diceritakan. Apapun SY sudah buat pilihan sendiri, dipersetujui bersama tanpa sengketa dn kini SY kembali sendiri lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Karakter Rasulullah tak akan terikut oleh manusia lain. Rasulullah terlalu istimewa, menjadi satu contoh yg sukar dicontohi oleh sekalian ummah. Betapa Baginda yg sering dimarahi, diludah, dicaci maki oleh seorang pompuan tua, ttpi kemudian bila pompuan tua itu tiada dgn kebiasaannya, membuat Rasulullah tertanya2. Rupa2nya pompuan itu sakit dn Rasulullah pergi menziarahinya. Realiti hari ini, adakah ummah Muhammad sanggup berbuat demikian? Contoh popular yg sangat gemar ditiru pula ialah soal poligami. Ikut sunnah katanya, walhal yg lain........tst lah ye?
So jgn haraplah lelaki akan dpt seorang isteri sebaik Siti Khadijah kalau dia sediri tak punya nilai spt Rasulullah.
Walaupun begitu, SY telah menjelaskan bahawa dia sendiri yg menganjurkan perceraian kerana dia sakit. Mungki ada alasan lain yg terlalu peribadi untuk diceritakan. Apapun SY sudah buat pilihan sendiri, dipersetujui bersama tanpa sengketa dn kini SY kembali sendiri lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ape nk dibuatnya tu kt ppr sorang2
ade lg ke promoter yg pgl nyanyi
nyanyi tu pun mampu lg ke
teringat kes die kena parang dulu
erghhh...i'm so gonna need to titik estee lauder nite cream mlm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
mizzmimi replied at 13-2-2025 12:09 PM
So..
Wet n' wild?
Sheols punya tagline.
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda: maap la nak cakap since sheols ...
Acik sahara sndri yg tak nak tu |
|
|
|
|
|
|
|
acik sahara masih laku ramai lk tu bekas somi |
|
|
|
|
|
|
|
Wow, suami ke-6! Maybe lepas ni boleh jadi isteri ke-6 pada pakcik Kelana |
|
|
|
|
|
|
| |
|