CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36829|Reply: 24

[Tempatan] Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!

[Copy link]
Post time 9-2-2025 04:26 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan kekesalan apabila ada segelintir pengguna kenderaan terutama lelaki yang mengambil kesempatan meletakkan kereta di zon yang dikhaskan untuk wanita dan kanak-kanak.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Thread dikenali sebagai leaurora, dia terlihat seorang lelaki memandu kereta dengan penumpang di sebelahnya seorang wanita dan mereka meletakkan kenderaan di zon tersebut dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di sini.

“Apa motif zon parking pink dikhaskan untuk wanita dan kanak-kanak kalau yang parking tu pemandunya adalah lelaki ek?

“Ceritanya begini, tengah hari aku singgah nak makan, bawa kakak dan anak-anak sekali. Masa tengah cari parking di aras UG, aku nampak kereta keluar dari zon parking pink, tapi dah ada yang menunggu.

“Cari lainlah dan semasa tengah pusing, aku nampak yang keluar dari kereta yang parking tu adalah lelaki ya,” katanya pada hantaran berkenaan.



Wanita itu berkata, duduk di sebelah lelaki tersebut adalah seorang wanita, namun tidak dapat dipastikan hubungan mereka.

“Tak tahulah kakak dia ke, teman wanita ke, tunang ke, isteri ke. Tapi dia parking di parking khas wanita kenapa? Adakah dia nak guna alasan, ‘oh saya ada bawa wanita juga sebelah saya. Tak sama ke?’ Tapi, pemandunya lelaki.

“Aku geram ya. Sebabnya macam dah salah guna pun ya. Dengan tak ada pengawal jaga. Bila aku tanya pengawal, dia cakap ‘situ parking semua boleh parking’,” katanya.

Wanita itu kemudian membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan dan kakitangan di situ memberikan borang kepadanya untuk mengajukan permasalahan itu.

“Staf cakap, banyak kali dah tegur dan memang tak ada pengawal yang jaga kawasan zon parking khas situ sebabnya mereka jaga berpusing-pusing.

“Staf pun cakap, petak parking OKU pun orang salah guna. Pemandu elok, tapi penumpang OKU pun ‘bedal’ parking. Petak parking OKU untuk yang ada pelekat dan pemandu adalah OKU, bukan penumpang,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Org2 mcm ni tatau malu.. nak wat camne
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink zone ni utk pompuan yg dtg sorg je kan. Kalau dtg ber2 ke ber3 tak boleh park sini kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 9-2-2025 05:28 PM
Pink zone ni utk pompuan yg dtg sorg je kan. Kalau dtg ber2 ke ber3 tak boleh park sini kan?


Kalau takde letak sign  untuk single ladies boleh je pun lebih sorang. Ada jugak shopping malls/hypermarkets sediakan parking untuk family dan ladies.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 9-2-2025 04:34 PM
Org2 mcm ni tatau malu.. nak wat camne

Kena takde zone boboi?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-2-2025 06:09 PM
Kena takde zone boboi?

Boboi nak tatut apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2025 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 9-2-2025 07:19 PM
Boboi nak tatut apa?

Boboi pun takut kena kena sontot juga

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-2-2025 06:09 PM
Kena takde zone boboi?

Xde kes boboi kena rape & bakar kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2025 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 9-2-2025 05:28 PM
Pink zone ni utk pompuan yg dtg sorg je kan. Kalau dtg ber2 ke ber3 tak boleh park sini kan?

Yg setahu i mcm tula..ataupun dtg berdua tp balik sorg..atau sorg je dewasa bawa anak
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Chah21 replied at 9-2-2025 08:54 PM
Xde kes boboi kena rape & bakar kot

Ade la

SEORANG pelayan restoran membuat laporan polis selepas mendakwa diliwat secara bergilir-gilir sebanyak lapan kali oleh dua lelaki di Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 7 malam, apabila mangsa berusia 20 tahun terserempak dengan suspek ketika berjoging di kawasan rumahnya di Damansara.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 09:22 PM | Show all posts
takde tindakan undang2 ka? takat bagi notis cmtu

lainkali letakla denda , rm10k kalu laki parking situ, pstu letak cctv byk2
barula dorg berakal sket

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat tak tahu je la.. kan kecoh pulak geng tersakiti macam koc lrt tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-2-2025 08:37 PM
Boboi pun takut kena kena sontot juga

Astaghfirullah al azimm
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2025 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-2-2025 08:56 PM
Ade la

SEORANG pelayan restoran membuat laporan polis selepas mendakwa diliwat secara berg ...

Nohhh.. ingat kt parking jugak.. kesian pulak baca hihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 9-2-2025 10:07 PM
Astaghfirullah al azimm


Kena utamakan yang single mingle macam kita ni tak kira gender, sebab kita ni manusia yang tidak ngeseks...hanya makan dan berforum je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 02:21 AM | Show all posts
yang datang dengan family
laki turun depan pintu
bini g masuk ladies parking
pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 10-2-2025 01:01 AM
Kena utamakan yang single mingle macam kita ni tak kira gender, sebab kita ni manusia yang tidak n ...

Laki jaman now lemohhh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 9-2-2025 05:28 PM
Pink zone ni utk pompuan yg dtg sorg je kan. Kalau dtg ber2 ke ber3 tak boleh park sini kan?

Rasanya tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 09:58 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 10-2-2025 01:01 AM
Kena utamakan yang single mingle macam kita ni tak kira gender, sebab kita ni manusia yang tidak n ...



geram je baca post2 dia ni


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 10:09 AM | Show all posts
aku geram kalau kt Lotus, ada parking khas untuk keluarga yang ada baby/anak kecil..

tapi ramai terutama geng type C belasah je parking kt situ...kadang ko boleh tengok je kt kereta dorang, kalau yg ada anak kecil mesti ada baby car seat pasang....

geng parking kt ladies parking ni pun sama je perangai..geng2 tu juga selalu buat hal
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.212454 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list