View: 1859|Reply: 8
|
Pemandu Uber Sekali Lagi Diserang Oleh Pemandu Teksi
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, sebuah video tersebar luas di media sosial yang menyaksikan dua orang pemandu teksi bertindak menyerang seorang pemandu Uber.
Paparan video tersebut jelas menunjukkan lokasi kejadian adalah di kawasan berhampiran lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang. Kedua-dua individu yang bertindak ganas itu merupakan pemandu teksi di kawasan berhampiran lapangan terbang tersebut.
Difahamkan, berikutan rasa tidak puas hati dengan pemandu Uber mengambil penumpang di kawasan lapangan terbang, kedua pemandu teksi itu telah bertindak 'membuli' mangsa. Mereka telah menghalang pemandu Uber lalu menghentak tingkap kereta mangsa dan mengarahkan mangsa keluar.
Menerusi paparan video kelihatan kedua-dua pemandu teksi bukan sahaja berkelakuan agak agresif, malah menjerit terhadap pemandu Uber untuk mengikut mereka hadir ke balai polis.
Sementara itu, mangsa cuba menurunkan tingkap keretanya untuk berbincang, namun salah seorang pemandu teksi itu cuba menyerangnya. Namun, mujur tiada apa yang buruk berlaku selepas pemandu teksi itu tersekat tangannya pada tingkap kereta tersebut. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Biar betul wartawan Cari nih... teruk betul laporan yang dibuat.... kejap org Teksi serang ... kejap org Uber serang... ni mesti bukan budak belajar Sekolah Kebangsaan... tu yang bahasa Malaysia teruk sampai berbelit belit....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sorang aje ke yg tak faham dengan perenggan terakhir artikel di atas?
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Perenggan akhir tu reporter lost ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Mohon edit |
|
|
|
|
|
|
|
Saingan makin sengit mana tak gaduh manjang |
|
|
|
|
|
|
|
ini dah mengancam pelaburan GLC
harap GLC ambil tindakan |
|
|
|
|
|
|
|
pehal nak kena serang orang uber plak...periuk nasik masing2...jilake betul driver teksi ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|