View: 65209|Reply: 21
|
foot patch detox betul atau tipu??
[Copy link]
|
|
Penggunaan Detox Foot Pad.
Berkesan ataupun tidak?
Semua mesti pernah dengar tentang DETOX PAD. Ia merupakan pad yang diletakkan
pada tapak kaki untuk membuang toxin dalam badan. Produk ini terkenal sewaktu
masa dahulu dan mungkin akan berterusan penggunaannya jika kita tidak sedarkan
masyarakat.
Cara penggunaan pad tersebut adalah mudah iaitu melekatkan pad itu di kaki ketika
tidur pada waktu malam. Dikatakan ketika mana pad itu melekat di kaki, ia akan
menyerap segala toxin daripada badan. Logam berat seperti mercury dan juga
plumbum juga dikatakan dapat diserap oleh pad ini daripada badan.
Hebat bukan!!
Dikatakan Detox pad boleh mengeluarkan logam berat daripada badan
Disini saya ingin memberi beberapa penerangan berkenaan DETOX PAD:
1)Bagaimana detox pad boleh jadi hitam dan basah apabila dipakai semalam?
Ingin saya beritahu, bahan yang selalu diletakkan di dalam detox pad adalah
‘bamboo vinegar‘ dan ‘wood vinegar‘ yang tinggi dgn kandungan kompaun phenol.
Ketika mana penghasilan arang daripada kayu dan buloh, proses itu juga
menghasilkan bahan lain yang dipanggil sebagai ‘bamboo and wood vinegar’.
Di dalam bahan ini ia mengandungi kompaun phenol yang banyak hasil drpd
penguraian lignin. Lignin pula merupakan salah satu komponen dalam dinding
sel tumbuhan.
Perlu diketahui bahawa kompaun phenol merupakan kompaun yang suka menyerap
air(Hygroscopic). Jika kita letak kompoun phenol yg kering di dalam udara biasa
untuk beberapa ketika, maka kompoun itu akan jadi melekit kerana ia menyerap
air drpd udara.
Sama seperti gula. Jika kita letak ia diluar bekas, gula itu akan jadi melekit disebabkan
ia menyerap air daripada udara sekeliling. Sifat bahan yang suka menarik air ini
dipanggil sebagau hygroscopic.
Selain daripada itu, dalam pad itu juga ada diletakkan daun teh ataupun bahan2
yang akan mengeluarkan warna hitam apabila basah.
Gabungan bahan ini, akan menyebabkan detox pad senang untuk menyedut
kelembapan dalam udara dan membuatkan ia bertukar kpd warna gelap.
BUKAN DISEBABKAN TOKSIN YANG DISERAP DARIPADA BADAN
2) Eksperimen dalam dan luar negara
Banyak pembuktian dan eksperimen yang telah dilakukan di dalam dan
luar negara menunjukkan detox pad masih akan berubah kepada warna
kehitaman apabila diletakkan pada air. Walaupun air yang digunakan
itu merupakan air suling.
Salah satu caranya adalah meletakkan pad tersebut dibawah wap air yang
sedang panas. Wap tersebut akan menukarkan warna pad itu kehitaman.
Jadi persoalannya disini, adakah air itu sendiri merupakan toksin??
Disini kami ingin menegaskan lagi sekali bahawa, perkara itu terjadi
disebabkan adanya bahan yang menyerap air di dalam produk tersebut
berserta bahan-bahan lain yang mempunyai warna yang gelap.
Apabila detox pad menyerap air, bahan tersebut akan menjadi melekit
serta berair yang menyebabkan bahan gelap tadi mengeluarkan warnanya.
3) Tiada kajian secara klinikal yang menunjukkan Detox Pad
membantu menyihatkan badan
Review berkenaan detox pad telah pun dibuat oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
dan menunjukkan tiada bukti yang detox pad boleh membantu di dalam
kesihatan badan manusia.
Boleh rujuk link ini untuk rujukan kepada perkara tersebut.
Banyak kebaikkan yang berlegar di dalam internet merupakan testimoni yang
berat sebelah sahaja.
Tiada lagi kajian yang benar-benar ampuh untuk menunjukkan kelebihan detox pad
4) Penjualan Detox Foot Pad telah pun dipulaukan di Amerika
Pada November 2010, ‘Federal Trade Commision'(FTC) telah pun membawa kes ini ke
Mahkamah dan Hakim memutuskan untuk memulaukan semua produk Detox Foot Pad
brand Kinoki yang dihasilkan oleh syarikat Xacta 3000. Mengikut bukti yang ada,
Detox pad tersebut tidak dapat dibuktikan mampu merawat penyakit, mengeluarkan
toksin mahupun memperbaiki kesihatan manusia
Menurut FTC ketika memberi keterangan, pihak defendan telah memberi maklumat palsu
dimana mereka mengatakan produk mereka mampu mengeluarkan toksin berserta logam
berat daripada badan. Malah dikatakan produk mereka mampu memberi kesihatan kepada
si pemakainya. Disebabkan itu, Hakim menyuruh syarikat Xacta membayar sebanyak
14.5 juta dollar di atas penipuan yang dijalankan ke atas produk mereka
Boleh rujuk Link ini untuk berita tersebut
***Federal Trade Commision merupakan salah satu pertubuhan yang berfungsi untuk
melindungi pengguna daripada penipuan
5) Penjual Detox pad kata ia boleh mengubati penyakit,
tetapi tidak berdaftar dengan KKM
Satu pekeliling telah pun keluar pada tahun 2010 yang mewajibkan semua peniaga
yang menghasilkan detox pad dan mengatakan produk mereka mempunyai kesan
yang baik daripada sudut kesihatan mahupun mampu menyembuhkan penyakit
perlulah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tetapi tiada seorang pun yang mendaftarkan produk mereka. Malah masih ada lagi
yang berlegar menjual produk detox pad mereka
Surat Pekeliling yang mengatakan produk detox pad perlu berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan
Kesimpulan
1) Detox pad tidak terbukti baik untuk kesihatan
2) Mereka hanya menggunakan sifat bahan phenol sahaja di dalam ‘bamboo vinegar’
yang sangat suka menarik air
3) Hitam pada detox pad tersebut bukan toksin. Ia hanya kelembapan yang diserap
oleh kompoun phenol
Kami berharap maklumat ini cukup bagi anda untuk menolak produk Detox pad
yang menipu di dalam pasaran
Harap perkongsian ini bermanfaat
Rujukan:
1) Medical Management guidelines for phenol, ATSDR
https://www.atsdr.cdc.gov/mmg/mmg.asp?id=144&tid=27
2) Gas Chromatography–Mass Spectrometry Analysis and Chemical Composition
of the Bamboo-Carbonized Liquid. Dinesh Bilehal et al
[url=https://www.researchgate.net/publication/231337961_Gas_Chromatography-Mass_Spectrometry_Analysis_and_Chemical_Composition_of_the_Bamboo-Carbonized_Liquid%22%3Ehttps://www.researchgate.net/pub ... o-Carbonized_Liquid]https://www.researchgate.net/publication/231337961_Gas_Chromatography-Mass_Spectrometry_Analysis_and_Chemical_Composition_of_the_Bamboo-Carbonized_Liquid”>https://www.researchgate.net/pub ... o-Carbonized_Liquid[/url]
|
|
|
|
|
|
|
|
good info..
masa memula benda ni kat msia. kwn adalah jual. pastu entah mcm mana saya cakap benda tu klu lrtak atas wap air panas mesti jadi hitam gak kan? tp masa tu cakap gitu sbb mcm xcaya. pastu kwn kata kita nak kondem dia.
pastu ada budak opis pakai kot. then dia kata kenapa dia pakai tu bila buka mcm ada darah. yg tu xtaulah kenapa bleh ada darah...hahah |
|
|
|
|
|
|
|
good info..
masa memula benda ni kat msia. kwn adalah jual. pastu entah mcm mana saya cakap benda tu klu lrtak atas wap air panas mesti jadi hitam gak kan? tp masa tu cakap gitu sbb mcm xcaya. pastu kwn kata kita nak kondem dia.
pastu ada budak opis pakai kot. then dia kata kenapa dia pakai tu bila buka mcm ada darah. yg tu xtaulah kenapa bleh ada darah...hahah |
|
|
|
|
|
|
|
penah try,itupun sebab dapat free gift,tak koser nak beli,terlalu mahal bagi iol,baik beli salonpas |
|
|
|
|
|
|
|
KumbangPoIkaDot replied at 16-11-2016 09:10 AM
mungkin betul juga jd hitam lepas kena wap air.
tapi saya guna utk 3 hari ada 3 keputusan yg ber ...
xpasti lah...tapi mcm kwn tu ada darah bila buka patch tu... yg tu pon xtau kenapa bleh ada darah... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah la try pakai.. mak ai beli kat pasar malam..hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sya pun fikir mcam tue, disebabkan air yang jadi hitam |
|
|
|
|
|
|
|
KumbangPoIkaDot replied at 16-11-2016 09:10 AM
mungkin betul juga jd hitam lepas kena wap air.
tapi saya guna utk 3 hari ada 3 keputusan yg ber ...
brand apa? mungkin ada yg betul.tp banyak product yg dijual, lagi2 yang murah kena peluh itam la dia.
pernah pakai yg mahal tapi lupa brand. beli kat farmasi. warna mmg gelap dan melekit. kita siap rasa loya. esk pakai lagi tp x gelap sgt dah. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pakai dan ia berkesan utk bbrp mslh kesihatan kecil.
cth,sakit kaki,lenguh tangan,pinggang,tengkuk.tampal d tempat sakit dlm bbrp jam agak melegakan.tak mesti nya tampal d tapak kaki je.
|
|
|
|
|
|
|
|
ini kesan 'placebo' |
|
|
|
|
|
|
|
apakah itu Tuan Yang Arif ..huhu..mohon pencerahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
hihi..ingat dulu pernah cuba dengan akak aku..amik satu tiap malam belah 2 pakai sorg separuh.masa ni darjah 4 kot.benda ni dulu mahal seratus lebih.benda ni bapak tiri aku punya,kiranya aku curi,hurm..patutnya curi banyak2 time tu bagus gak.kihkih. |
|
|
|
|
|
|
|
betui la kut..sebab keluaq hitam tu...
-dari penjual foot patch detox- |
|
|
|
|
|
|
|
Adik saya ada pakai, dia kata ada perubahan- tarik toksin dari kaki dan rasa ringan di kaki camtu...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
X pernah try..mcm x percaya jek |
|
|
|
|
|
|
|
Klu nk detox sy suka amik lactose elken..mmg best |
|
|
|
|
|
|
|
sejujurnya mmg TIPU....kalau x buh kat kaki pun mmg hitam. Xder effect pun..cuma berangin. Jgn buang duit based on my experience . Influence us psychologically je: |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa ringan kaki sbb berangin cam menthol |
|
|
|
|
|
|
| |
|