Konbanwa minna sama!! Video diatas merupakan contoh variasi resepi mi segera yang diolah oleh Yuka.
Kalau Una, una akan buat maggi goreng kari
Bahan2 :
-bawang merah (potong halus2 sebab takut nak makan kalau besar2)
-bawang putih (terserah nak buat apa pun tetak ke tumbuk skali dgn cili ke)
-cili api (tumbuk)
-kentang (potong dadu dan goreng dulu)
-maggi (dah siap rebus dan toskan)
-serbuk perencah kari tu
Garam dan gula
Cara2 menggoreng:
-campak semua satu persatu dimulai dengan menumis bawang
Ada jugak resepi kedua (cara malas) iaitu letak cili api yg dipotong2 kat maggi ayam (semua akak Una ajar)
Konfirm korang pun ada cara tersendiri untuk bagi maggi lagi sedap lagi2 di zaman evolusi makanan ruji rakyat Malaysia sekarang ni.
Mari berkongsi resepi
aku megi tomyam/asam laksa tu rajin buat style ramen korea..taruk cili pes, kimchi, tauhu,udang, kubis,daun bawang, cili api..cheese slice, last skli pop telo tepi terus angkat..masa makan tu telo tu half cook..heaven gila makan time ujan dan lapa.
itu utk makan satu hari satu malam..no more food after that hingga esoknya,
semalam baru melantak megi tom yam tapi aku buat cara aku, goreng bawang kecik yang dimayang, lepas tu campak la hot dog yang dipotong 6 untuk 2 ketul, ambil pula crabmeat yang di potong kecil 3 ketul, letak 5 ulas cili padi yang diketuk lepas tu masakla megi selama 2minit, campakkan telur, kacau sampai agak2 telur tu dah masak, kemudian angkat dan ngap..
** sediakan tisu disebelah kerana makan panas2 dengan cili padi, boleh buat baju lenjun..
letak air yg baru sampai menggelegak, letak hirisan bawang merah, bawang putih, halia & cili api.. masukkan perencah, masukkan balki mee yg dah direbus pastu pecah telur (kalau rasa nak mkn dgn telur)